Ahad, 15 Julai 2012
Felda Selepas Penyenaraian : Untung Atau Rugi
Benarkah penyenaraian FGVHB ke Bursa Malaysia akan memberi keuntungan lumayan kepada peneroka Felda? Tanpa analisis yang mendalam, sudah tentu para peneroka akan mudah terjebak dalam skim cepat kaya ala “Pak Man Telo” berskala besar yang sekarang sedang cuba dijaja keseluruh tanah-tanah rancangan Felda oleh pihak-pihak tertentu di ketuai Tan Sri Isa Samad dengan restu Perdana Menteri sendiri.
Bagaimanapun mari kita lihat petikan analisis Dr Rosli Yaakop bekas pengarah Bank Negara berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang kewangan. Beliau membuat pengiraan untung rugi FELDA sebelum dan selepas penyenaraian dengan mengambil kira fakta-fakta yang terkandung dalam perjanjian pajakan tanah antara FELDA dan FGVHB. Analisis beliau turut disokong oleh data-data yang diperolehi daripada minit mesyuarat ahli-ahli lembaga pengarah FELDA yang membentangkan perbelanjaan FELDA dari 2007 hingga 2010.
PENDAPATAN FELDA SEBELUM PENYENARAIAN (2007-2010)
Pendapatan Bersih Ladang
2010 RM JUTA 1,430.22
2009 RM JUTA 843.43
2008 RM JUTA 1,808.35
2007 RM JUTA 1,349.25
Geran Infrastruktur Diterima
39.56
69.13
55.38
69.83
Dividen kasar 260.07 353.97 327.23 241.51
Keuntungan jualan sekuriti pasaran dan pelaburan jangka panjang
-
1,443.54
-
6.39
Pendapatan lain 657.11* 148.60 259.14 467.04
Jumlah p-endapatan/lain-lain pendapatan
2,386.96
2,858.67
2,450.50
2,134.02
*Pendapatan termasuk dari pelarasan kesan daripada FRS 139
Berdasarkan jadual diatas, pendapatan FELDA dari tahun 2007 hingga 2010 adalah sekitar 2,134.02 juta (2.1 bilion) hingga 2,386.96 juta (2.3 bilion). Cuba bandingkan pendapatannya setelah disenaraikan seperti dalam jadual dibawah yang dipetik daripada terma perjanjian pajakan tanah Felda Plantation kepada FGVHB.
PENDAPATAN FELDA SETELAH PENYENARAIAN PERKARA RM JUTA
Bayaran tetap pajakan Tanah Felda Plantation 251
15% keuntungan operasi pertanian 257
Jumlah keseluruhan pendapatan (anggaran 508
Dapat dilihat pendapatan FELDA bakal merosot dengan teruk setelah FGVHB mengambil alih ladang-ladang Felda Plantation melalui pajakan selama 99 tahun.
Sekarang, mari kita lihat data perbelanjaan FELDA sepanjang 2007 hingga 2010 untuk analisis untung rugi FELDA selepas FGVHB disenaraikan ke Bursa Malaysia.
RUMUSAN PERBELANJAAN FELDA
Perbelanjaan Pengurusan
2010 RM JUTA 516.54
2009 RM JUTA 494.76
2008 RM JUTA 592.81
2007 RM JUTA 538.17
Perbelanjaan Peneroka
705.24
472.89
515.96
587.78
Perbelanjaan Tanam Semula Peneroka
469.82
607.05
595.10
412.52
Pengeluaran Pinjaman Kepada Peneroka
191.24
172.90
278.55
120.84
Pendahuluan Baja Kepada Peneroka
97.92
149.45
129.44
85.82
JUMLAH 1,980.76 1,897.05 2,111.86 1,745.13
FELDA membiayai jumlah perbelanjaan diatas melalui pendapatan dari ladang, dividen, sumber dalaman dan lain-lain. Sebahagian besar pendapatan FELDA adalah daripada pendapatan ladang Felda Plantation meliputi 60% - 70%.
Untung atau rugikah FELDA jika FGVHB disenaraikan?
Rugi.
Lihat analisis berikut :
Pendapatan FELDA sekarang (purata 2007-2010) RM 2,458 juta setahun
Pendapatan FELDA lepas senarai FGVHB RM 508 juta setahun
Kehilangan Pendapatan RM 1,950 juta setahun
Benarkah FELDA bakal mengalami defisit selepas penyenaraian FGVHB?
Benar. Lihat analisis berikut :
Sekarang
Pendapatan FELDA sekarang (purata 2007-2010) RM 2,458 juta setahun
Perbelanjaan FELDA sekarang (purata 2007-2010) RM 1,936 juta setahun
Lebihan RM 522 juta setahun
Lepas Senarai
Pendapatan FELDA RM 508 juta setahun
Perbelanjaan FELDA sekarang (purata 2007-2010) RM 1,936 juta setahun
Kekurangan (defisit) RM 1,428 juta setahun
Berdasarkan analisis diatas, ANAK menyeru kepada seluruh warga FELDA, para peneroka dan anak-anak peneroka membuat pertimbangan yang mendalam sebelum bersetuju dengan apa-apa rancangan pelaburan yang dipaksakan keatas mereka. FELDA terbina dari penat lelah dan komitmen serta pengorbanan yang bukan sedikit daripada seluruh kakitangan FELDA, para peneroka, keluarga dan anak-anak mereka. Adakah kita rela melihat apa yang kita bina bersama dipunahkan oleh segelintir manusia kapitalis yang tamak dan rakus? Adakah hanya dengan janji-janji kosong “durian runtuh” kita hilang kewarasan dan pertimbangan? Ayuh, sama-sama kita bangkit halang penyenaraian ini!
Untuk lebih jelas klik
sumber