BTC USD 83,490.8 Gold USD 4,121.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Updated Trend: Perbincangan Saham FGVH

Mgkin tunggu kat rm4.00 br beli.
 

Attachments

  • 51.6 KB Views: 146
Memahami biz FGV dgn melihat kes CHGS

CHGS menjanjikan ROI dari 8% hingga 12% sejak tahun 2006 atas prospek pertumbuhan sawit. Akhirnya terpaksa tutup kedai krn hasil sawit tidak memberansangkan; antaranya risiko pokok sawit yg rosak, hasil tak berkualiti, kos maintainance tinggi, faktor hujan, cerun, lokasi dll.

Ceciter lebih kat SINI
 
5222.png



ada kenaikan mendadak 3.77%..apa citer ni?

Nilai eksport minyak sawit dijangka meningkat tahun ini :)cgrock

KUALA LUMPUR 20 Jun - Pendapatan eksport industri minyak sawit negara tahun ini dijangka meningkat sebanyak RM73 bilion berbanding RM71.4 bilion pada 2012.

Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim berkata, peningkatan nilai eksport minyak sawit atau produk berasaskan sawit itu adalah ekoran harga sawit yang kukuh di pasaran antarabangsa ketika ini.

"Jadi kami mengharapkan harga komoditi sawit ketika ini dapat terus kekal kerana harga pasarannya akan menentukan nilai pulangan kepada negara, selain faktor jumlah eksport itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pemindahan Teknologi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2013, di Ibu Pejabat MPOB, Bangi, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Choo Yuen May dan Ahli Lembaga MPOB, Zulkifli Mohd. Nazim.

Ketika berucap, Nurmala memberitahu, Malaysia ketika ini merupakan peneraju di dalam industri inovasi minyak sawit dengan MPOB sendiri telah membangunkan lebih 500 teknologi dan kadar komersialnya mencecah sehingga 30 peratus.

"Pembangunan teknologi itu meliputi keseluruhan rantaian nilai dalam industri minyak sawit serta seluruh subsektor industri, antaranya bidang perladangan, jentera, pemprosesan, makanan, bioaktif dan tenaga hijau.

"Teknologi, inovasi dan teknik-teknik baru yang telah dipindah dan digunapakai di dalam industri sememangnya telah menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan di dalam aspek pemprosesan dan pengeluaran bagi produk nilai tambah berasaskan sawit," katanya.

Sementara itu, Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (Miccos) 2013 akan diadakan pada 24 hingga 27 Oktober depan bertempat di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini.

Menurut Nurmala, Miccos 2013 yang bertemakan "Komoditi Mampan Menjamin Masa Depan" merupakan penganjuran kali kelima dan dijangka mampu menarik kehadiran lebih 50,000 pengunjung.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Eko...it-dijangka-meningkat-tahun-ini#ixzz2X2Qo3s40
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Dividen Akhir 8.5 sen..

FGV bayar dividen RM550
2013/06/27 - 07:16:53 AM Oleh Shahrizan Salian Cetak Emel Kawan

Kuala Lumpur: Peneroka FELDA akan menerima satu lagi durian runtuh pada Ramadan ini apabila Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mengumumkan bayaran RM550 seorang menerusi dividen akhir tahun kewangan 2012.

Jumlah itu tambahan kepada RM400 yang sudah diterima setiap peneroka ketikaa FGV mengisytiharkan dividen interim pertamanya, Ogos tahun lalu.
Malah, bayaran itu juga lebih tinggi daripada anggaran antara RM400 hingga RM500 yang dijangka diterima peneroka ketika FGV mengumumkan prestasi kewangannya, baru-baru ini.


Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul Samad, berkata bayaran yang akan dibuat bermula 12 Julai ini diberikan kepada sebahagian besar 112,635 peneroka yang menjadi pemegang saham tidak langsung FGV menerusi Dana Amanah Peneroka yang ditubuhkan FELDA.

Peneroka akan menerima bayaran RM550 setiap orang daripada bayaran dividen akhir ke atas 20 peratus saham yang dipegang menerusi FELDA yang keseluruhannya berjumlah RM62.02 juta.

Dibayar lebih awal

Bayaran itu tambahan kepada RM40.13 juta yang dibayar lebih awal, menjadikan pulangan keseluruhan kepada peneroka menerusi Dana Amanah Peneroka pada tahun kewangan 2012 berjumlah RM102.15 juta, katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) kelima FGV di sini, semalam.
AGM itu juga adalah yang pertama bagi FGV sebagai sebuah syarikat senaraian awam selepas setahun ia diapungkan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, 28 Jun tahun lalu.

Turut hadir pada AGM itu ialah Presidennya, Tan Sri Sabri Ahmad.
Isa pada sidang media itu mengumumkan bahawa pemegang saham FGV pada AGM semalam meluluskan bayaran dividen akhir 8.5 sen sesaham.

Jumlah itu, katanya, adalah tambahan kepada dividen interim pertama 5.5 sen sesaham yang sudah dibayar kepada pemegang sahamnya Oktober lalu, menjadikan dividen keseluruhan bagi tahun kewangan 2012 adalah 14 sen sesaham yang berjumlah RM310 juta.

Bayaran dividen itu mewakili 64 peratus daripada keuntungan sebelum cukai kumpulan bagi tahun kewangan 2012, yang juga lebih tinggi daripada 50 peratus seperti dijanjikan dalam prospektus semasa proses tawaran awam permulaan (IPO) FGV tahun lalu, katanya.

Rekod keuntungan

FGV merekodkan keuntungan sebelum cukai selepas perubahan nilai tara dalam liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) sebanyak RM1.13 bilion bagi tahun kewangannya yang berakhir 31 Disember 2012.

Keuntungan bersihnya dalam tempoh itu pula berjumlah RM905.1 juta.
Prestasi kukuh itu dicapai menerusi pendapatan berjumlah RM12.89 bilion yang diraih oleh kumpulan peladangan berkenaan tahun lalu.
 
ape citer fgv

Berita Baik: Kepada semua pemegang saham Felda Global Ventures (FGV) yang belum jual sahamnya..Relaks dahulu kerana Harga Saham FGV dijangka akan Naik semula dari paras RM4.50sen.
Yang BELUM beli,FGV ini adalah syarikat terbaik yang mempunyai cita-cita besar untuk menjadi ' NESTLE' buatan MALAYsia.Lihat sahaja iklan produk makanan mereka seperi 'sunbear,Minyak Saji,Saji Mee dan produk Margerin baru mereka yang sering ada iklan di TV dan Radio utama ini hari..
FGV ini saham berkualiti yang boleh disimpan dan tidur nyenyak.Selagi syarikat untung -Setiap tahun dapat DIVIDEN.

Sumber: FB ZamSaham

Today, FGV rose 14 sen to RM4.56..:)cgrock
 

Siapa boleh ajar sikit2 tentang Technical Indicator.. :D

Based on Moving Average Indicator, Sekarang ni,, bukanlah buy signal.
FGV punya trend DOWNTREND,
Moving Average 20Days dah cross 50days
Resistance bagi FGV RM4.32 dan seterusnya RM4.40..

Betul tak??? Siapa boleh tolong betulkan.. aku baru nak belajar,, just belajar dari MR. Google je...
:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register