assalamualaikum....
aku tahu dah banyak thread melancong ke sabah (KK) tp yg ni aku nak tanya persiapan sebalum dan semasa berada di sana sbb ni first time aku naik flight.nak tanya yg dah berpengalaman

cadang nak ke sana bulan depan.
memula...
masa kat airport,ape benda yg tak sepatutnya aku bawa yg boleh jd kesalahan selain dadah..
kedua...
masa dalam flight boleh on henset/tablet tak?dia tau tak kalau aku on?(untuk amik gambar ke,main game ke sementara nak sampai)
ketiga...
bila sampai sana,jarak dari airport ke KK jauh tak?kena amik teksi ke?
keempat...
mudah tak nak dapat hotel kat KK?cadang nak g Kundasang jgk.sana senang dpt hotel jgk ke?
kelima...
sekarang ni musim hujan ke kat sana?taktau musim cuaca sana sama ngan sini tak..
aku cadang nak amik tour guide bila sampai sana sbb nampak memudahkan..korang rasa camne sbb aku takde kawan kat sana.
nak pergi berdua ngan isteri.sebenarnya dah 2 tahun rancang nak pergi baru sekarang ada rezeki lebih sikit.
semua pendapt korang aku ucapkan terima kasih terlebih dahulu

kena tanya banyak soalan sbb tak penah lg naik flight ngan g sabah
dalam flight takleh bawak benda bentuk cecair..
Takyah Off takpe gadget tu, cukup pilih flight mood aje..jgn la amik gambo waktu tgh nak blepas atau landing, bila lampu tali pinggang tu tak nyala, barula bebas nak buat menda2 amik gambo ke..
Sabah Kampung Kedua ku..Orang Rumah asal sana..hehe..Untuk Info, perjalanan dari satu tempat ke satu tempat, agak jauh berbanding jalan2 di Semenanjung..tetapi jangan risau...Seeloknya sediakan GPS sebelum pegi sana...dan sewa sebuah kereta (viva dah memadai sbb bedua je kan)..Servis sewa kereta kat sana mmg terbaik, siap buleh amik di Airport, dan hari balik, return balik kereta tu di Airport (staf company sewa kereta tu akan tunggu bro kat airport)..biasanya mereka akan tanya nombor flight atau ape2 yg berkaitan..Seeloknya booking online sewaktu bro masih ade di semenanjung lagi..Buleh cari kat mudah.my atau pun google je..confirm keluar punya sewa kereta di Kota Kinabalu..
Airport mmg di K.K, so jgn risau la, dlm 15 minit driving pun dah sampai tgh2 bandar..kalu bro naik AirAsia, bro akan turun di Terminal 2, Airport dekat Tanjung Aru..Kalu naik MAS, akan turun di Terminal 1, KKIA...kedua2 airport ni dekat je dgn bandar..
penginapan, kalu nak dekat dengan pasar Filipina, ada apartment yg biase dikenali sebg Api-Api Center, ataupun Marina Court (apartment mewah sikit) kat situ mmg kebanyakkan ramai org sewa Apartment..tapi kalu bro prefer Hotel, ade je, cuma cari yg jauh sikit dari bandar K.K, walaupun hotel tu still dalam kawasan K.K tapi bukan ditengah bandar, mmg ade je hotel tgh bandar tu, tapi alang2 sampai sana, aku prefer baik bro sewa Hotel yg jauh sikit dari bandar, barula syok..mengadap laut kaaa...hehe...Ini semua boleh dilakukan dgn cara online booking siap2 sewaktu bro masih di semenanjung (refer booking.com , agoda.com , ibilik dan sbgnya), even kalu bro nak sewa penginapan di Kundasang pun, better bro online booking je waktu bro masih di semenanjung ni..Kalu rase larat nak naik kinabalu, buleh la naik, tapi kena bermalam la kat checkpoint, dan teruskan perjalanan seawal kul 5 pagi utk sampai ke puncak, bila sapa yang berjaya naik atas tu, akan dapat sijil ori, tapi kalu tak berjaya naik sampai atas, just dpt sijil photostat

) ..Kaki Gunung kinabalu tu pun buleh pegi, mcm ada beranda, kalau lau pagar bawah beranda tu consider bro akan mendaki kinabalu, tapi kalu setakat lepak kat kaki gunung kinabalu tu (beranda tu) buleh aje lepak nak rase Kabus anggaran 2 meter dah tak nampak org sebelah (ada waktu2 tertentu)
Jangan lupa kunjungi Rumah Terbalik (Lokasinye di Tamparuli)..masuk satu kepala RM 10..org lelaki RM 20 sbb ade 2 kepala

melawok je

) ..same je RM 10 jugak..kalu ada masa pegi ke kudat ---> Biasa kalu sampai Kudat, org akan terus ke simpang menggayau (Tip Of Borneo)..perjalanan dari K.K amik masa dekat 5 jam la jugak rasenye..tapi kalu dari Kota Belud dalam 2 jam setengah je

...
Muzium Sabah kat K.K tu aje..lagi mana mau pegi?..Pulau?..Pulau Manukan ada..Pulau Gaia ada...mcm2 ada...hehehe
Yang Penting, jgn terpedaya dengan jurujual tepon klon kat Pasar Filipina tu, Bukan Gred AAA tu, tepon yg dorang jual btul2 Cap Ayam takde Gred.

)
Sekian