BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Update & semua isu berkaitan TTPA

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka membuka peluang perniagaan dalam pasaran pemerolehan kerajaan bagi syarikat Malaysia dalam semua 11 negara rakan yang lain.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata ia akan memastikan tahap pembukaan pasaran dalam pemerolehan kerajaan berpandukan kepada kepentingan dan kebimbangan pemegang kepentingan tempatan.

"Had yang diputuskan dalam tawaran kami, iaitu, nilai tawaran yang akan dibuka bagi pembidaan oleh syarikat-syarikat daripada anggota TPP, akan diputuskan menerusi perundingan dengan pemegang kepentingan kami.

"Bahagian kepentingan kepada komuniti perniagaan Bumiputera dan PKS tidak termasuk dalam tawaran Malaysia," kata MITI.

Dari segi Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) MITI berkata perunding Malaysia menyedari kebimbangan berhubung perkara itu, yang merangkumi bahagian yang besar dalam TPPA.

Ia berkata kebimbangan itu akan diketengahkan dalam rundingan.

ISDS adalah satu bentuk bantuan yang dibenarkan kepada pelabur bagi timbang tara antarabangsa selain mahkamah domestik.

Mengenai status terkini rundingan TPPA, MITI berkata masih ada banyak isu sensitif dan rumit, yang perlu dibawa ke tahap politik yang lebih tinggi untuk penyelesaian.

"Kerajaan akan terus berbincang dengan semua pemegang kepentingan," kata kementerian itu.

MITI mengadakan Hari Terbuka pda 1 Ogos untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dan media mengenai isu-isu yang menyelubungi TPPA dan mendengar kebimbangan mereka.

Pada 6 Ogos, ia juga bertemu dengan Coalition to Act Against the TPPA Malaysia, dan membincangkan cara-cara untuk meningkatkan interaksi dengan pemegang kepentingan.

MITI berkata ia mengalu-alukan maklum balas dan pandangan daripada semua pihak berkaitan TPPA.

Ia juga berkata melindungi kepentingan dan kedaulatan negara akan kekal menjadi keutamaan paling utama dalam membimbing pasukan rundingan Malaysia.

"Dalam hal ini, pendirian Malaysia akan mengambil kira peruntukan dalam Perlembangaan, hak-hak negara dan dasar teras kerajaan," kata kementerian itu.

Mengenai akses kepada perubatan dan penjagaan kesihatan mampu milik, MITI berkata perunding Malaysia akan terus merundingkan keputusan yang akan membolehkan rakyat Malaysia memperoleh akses kepada kedua-dua sektor itu.
 
Malaysia Tidak Harus Tandatangan TPPA Berdasarkan Garisan Merah, Kata CAP

GEORGE TOWN, 14 Ogos - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan Malaysia agar tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) jika 'Garisan Merah' yang dikemukakan tidak diterima negara TPPA lain termasuk Amerika Syarikat (AS).

Presidennya S.M. Mohamed Idris berkata 'Garisan Merah' itu mencerminkan kebimbangan utama mengenai kesan negatif TPPA kepada rakyat memandangkan ia dimodelkan daripada templat Perjanjian Perdagangan Bebas AS (USFTA).

Katanya negara lain yang merunding USFTA sebelum ini menyedari bahawa ia tidak fleksibel dan mendesak 43 negara daripada 63 termasuk Malaysia menarik diri daripada rundingan itu selepas menyedari ia tidak memihak kepentingan negara mereka.

"Oleh itu, Malaysia tidak harus tandatangan TPPA kerana kita mempunyai keraguan serius AS akan menerima 'Garisan Merah' (yang dikemukakan). Kita harus keluar dari rundingan TPPA memandangkan negara lain sebelum ini juga telah menarik diri," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

'Garisan Merah' itu dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi memberi maklum balas pada 1 Ogos lalu oleh masyarakat sivil termasuk CAP dan Sahabat Alam Malaysia dan lain-lain pertubuhan alam sekitar, sosial, kesihatan dan organisasi buruh.

Antara yang terkandung dalam 'Garisan Merah' adalah perdagangan barangan, perkhidmatan, pelaburan, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, perolehan kerajaan, persaingan dan perusahaan milik kerajaan, hak harta intelektual, kesihatan awam, keselamatan makanan dan pelabelan serta produk halal.

Mohamed Idris mendakwa TPPA adalah usaha AS untuk menghalang kemaraan ekonomi baru Asia serta mengambil kesempatan dari negara dunia ketiga.

"Tiada apa-apa dokumen didedahkan kerajaan kepada umum termasuk laporan analisis kos-faedah TPPA. Kerajaan harus berikan sebab-sebab menarik serta kebaikan TPPA kepada rakyat," katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus memberikan contoh kebaikan yang akan diperoleh rakyat sekiranya menandatangani TPPA serta implikasinya kepada pertumbuhan negara.

"Kita (Malaysia) sudah ada beberapa perjanjian perdagangan bebas termasuk AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas Asean). Malaysia maju dan mampu mencatat pertumbuhan ekonomi walaupun tidak tandatangan apa-apa perjanjian sebelum ini," katanya.

TPPA, yang diketuai oleh AS, adalah suatu perjanjian multilateral yang sedang dirundingkan oleh 12 negara iaitu Australia, Brunei, Chile, Jepun, Kanada, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
 
Malaysia Tidak Terikat Dengan Tempoh Masa Ditetapkan Bagi TPPA - Kabinet

KUALA LUMPUR, 15 Ogos - Malaysia tidak akan terikat dengan sebarang tempoh masa yang ditetapkan berkaitan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Pada satu mesyuarat khas yang diadakan Khamis, Kabinet mengambil pendirian ini kerana sejumlah besar isu, termasuk perusahaan milik negeri (SOE) atau syarikat berkaitan kerajaan, buruh dan Hak Harta Intelektual (IPR), masih belum diselesaikan.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata dalam satu kenyataan, ia memaklumkan Kabinet bahawa perbincangan dengan semua pemegang kepentingan akan dipertingkatkan lagi sebelum memuktamadkan perundingan TPPA.

Miti ketika ini sedang berbincang dengan pelbagai pemegang kepentingan tentang format dan rangka kerja rundingan seterusnya.

Kabinet sangat menyokong ketelusan yang lebih tinggi dalam proses rundingan itu.

Mesyuarat itu merupakan sebahagian daripada proses berterusan Miti untuk memaklumkan perkembangan terkini dan mendapatkan mandat baharu daripada Kabinet mengenai TPPA.

Menurut Miti, semua perunding utama daripada pelbagai kementerian memaklumkan kemajuan masing-masing dalam rundingan itu dan cabaran mendatang.

"Perdana Menteri dan Kabinet mengarahkan perunding untuk terus memastikan kedaulatan Malaysia dipertahankan semasa rundingan TPPA.

"Mereka sebulat suara dalam mengukuhkan pendirian Malaysia yang kita hanya akan bersetuju kepada TPPA bagi terma-terma yang paling baik kepada negara," kata Miti.

Kabinet juga bersetuju bagi dua lagi Analisis Manfaat Kos (CBA).

Ia akan menumpukan kepada kepentingan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan komuniti perniagaan Bumiputera serta analisis menyeluruh bagi kepentingan negara.

"Kedua-dua CBA itu akan menyediakan input tambahan bagi perunding kita," kata Miti.

Ia juga berkata bagi isu IPR, Kabinet sebulat suara bahawa Malaysia tidak bersetuju dengan sebarang cadangan yang akan menafikan akses kepada perubatan dan penjagaan kesihatan mampu milik.

"Kabinet bertegas dalam memastikan akses kepada perubatan mampu milik kekal sebagai keutamaan paling utama, yang tidak akan dikompromikan dalam rundingan TPPA yang sedang berlangsung.

"Ia juga memberi perhatian kepada permintaan untuk mengecualikan tembakau dan produk tembakau daripada TPPA," kata Miti.
 
Dah ada topik ni tak salah aku. Tak salah isu dia ialah, isi perjanjian takleh didedahkan public pada tempoh tertentu.
 
TPPA akan burukkan ekonomi negara, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sekiranya diteruskan bakal memberi kesan buruk kepada ekonomi negara, terutama daripada segi eksport dan import negara yang boleh menyebabkan negara mengalami defisit lebih teruk.

Malaysia mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, malah agensi penilaian global Fitch Ratings baru-baru ini meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif kerana hutang kerajaan meningkat kepada 53.3 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) penghujung 2012 daripada 51.6 peratus pada hujung 2011 dan 39.8 peratus pada hujung 2008.

"Sekiranya perjanjian TPPA ini diteruskan, kita lihat eksport akan berkurang dan import meningkat. Ini tidak baik untuk ekonomi negara.

"Bila berlaku ini, negara akan alami defisit. Ia suatu yang merugikan," kata bekas Perdana Menteri dalam sidang media pada persidangan meja bulat TPPA di INTAN, pagi ini.

Menurutnya, keupayaan Malaysia masih jauh lagi ketinggalan berbanding dengan Amerika Syarikat yang mempunyai kelebihan daripada segi teknologi dan kepakaran.

"Malaysia tidak mempunyai banyak barangan untuk eksport.

"Amerika Syarikat ada banyak lagi barangan, kita belum jadi negara maju," tegas Dr Mahathir lagi semasa memberi ucap tamanya.

Dr Mahathir juga berkata perjanjian tersebut hanya merugikan kerana tidak mempunyai kuasa untuk mengawal sebaliknya akan terikat dengan kekangan yang sudah ditetapkan oleh pelobi.

"Malaysia akan dikuasai oleh mahkamah yang bukan di Malaysia.

"Malah, kita tidak ada kebenaran untuk membuat rayuan, tidak banyak kelebihan didapati dengan menandatangani perjanjian TPPA ini," katanya.

Beliau turut memberi amaran supaya tidak terjebak dengan krisis ekonomi yang melanda di Amerika Syarikat hasil kesan ketidakseimbangan pendapatan, mendakwa negara kuasa dunia tersebut cuba menguasai kekayaan sesebuah negara.

"AS (Amerika Syarikat) menjadi negara miskin sebab sebab hutang melebihi pendapatan.

"Kalau mereka dapat kuasai sumber negara-negara yang baru merdeka ini, mereka dapatlah kekayaan yang amat banyak," ujarnya lagi.

Dr Mahathir juga meluahkan rasa kebimbangan kerana tidak menolak krisis kewangan pada tahun 1997 mungkin berulang kerana kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pertukaran mata wang.

"Mungkin akan jual mata wang kita sekali lagi, seperti 1997.

"Sebab kita tidak ada penguasaan dalam pertukaran mata wang," terang beliau.

Minggu lalu, Bank Negara Malaysian (BNM) telah mengumumkan pertumbuhan KDNK pada 4.3 peratus, kadar yang dianggap perlahan menurut penganalisis ekonomi berbanding unjuran awal yang diramalkan pada 4.9 peratus.

BNM juga menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 ini kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus sebelum ini.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak juga gagal mencapai sasaran mengurangkan defisit fiskal kepada 4.8 peratus pada tahun 2012, sebaliknya mencapai defisit fiskal kepada 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) awal bulan ini mengadakan satu rumah terbuka bagi membincangkan mengenai TPPA dengan kumpulan perniagaan dan pihak berkaitan, bagaimanapun enggan mendedahkan butirannya atas alasan 'kerahsiaan'.

TPPA adalah inisiatif untuk membentuk satu kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei Darulssalam pada Oktober 2010 lalu, serta terbaru adalah di semasa pusingan ke-18 baru-baru ini di Kota Kinabalu.

Kontroversi TPPA mendapat perhatian banyak pihak antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga parti Pakatan Rakyat (PR), hingga menyaksikan Putrajaya terpaksa membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) melibatkan keanggotan dwi partisan bagi membolehkan pembangkang mendapat penjelasan berhubung perjanjian berkenaan.

PR turut membangkitkan persoalan terhadap beberapa isu dalam TPPA yang memungkinkan akan memberikan kesan negatif kepada Malaysia memandangkan perjanjian itu tidak boleh diumumkan kepada orang ramai.- 26 Ogos, 2013.

..
 
najib sila dengar cakap mahathir.

aku sokong...demi kebaikan rakyat.... dengarlah dari mereka yg berpengalaman dan jgn pulak dengar cakap kak mah wat sementara waktu... errr... mana kak mah pegi lama x dengar kabar erk...
 
Ape kebaikan tppa ni sampai diorg x hiraukan kesannye.
 
Back
Top
Log in Register