8 ingkar SOP sekatan pergerakan dikompaun - Bukit Aman
Oleh
Faris Fuad- September 11, 2021 @ 4:21pm
[email protected]
Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan yang memasuki Johor Bahru di Sekatan Jalan Raya (SJR) Tol Skudai, Johor. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan daripada 210 kompaun dikeluarkan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan di seluruh negara, semalam.
Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M V Srikumar Nair, berkata berdasarkan rekod yang diperoleh kelmarin polis mengeluarkan 218 kompaun dengan 15 daripadanya gagal mematuhi sekatan.
"Persediaan polis adalah pada tahap optimum. Kita bekerjasama dengan semua agensi berkaitan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
"Kita akan memastikan SOP dipatuhi orang awam dan operasi pemantauan akan sentiasa dijalankan bagi mengesan mereka yang gagal berbuat demikian," katanya kepada BH hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Lembah Klang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan berkata, keputusan peralihan ke fasa dua itu membabitkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan daripada 210 kompaun dikeluarkan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan di seluruh negara, semalam.
www.bharian.com.my