BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Update] : Rugby World Cup 2015

Springboks belasah Fiji

WELLINGTON: Afrika Selatan merakam kemenangan kedua berturutturut dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Dunia selepas menewaskan Fiji 49-3, semalam.

Springboks mempamerkan permainan kemas ketika merobek pertahanan Fiji yang seperti kehilangan punca walaupun pada mulanya menunjukkan potensi untuk menyaingi kehebatan penyandang juara itu.

Diketuai flanker, Schalk Burger dan Heinrich Brussow serta lock, Danie Rossouw, Afrika Selatan mengutip 18 mata tanpa balas dalam 20 minit terakhir babak pertama.

"Ini satu petanda baik dalam memastikan rancangan kami berjalan lancar, terutama apabila dapat mengalahkan pasukan yang mampu bermain ragbi dengan baik," kata kapten Springboks, John Smit.

Try Springboks dihasilkan Jaque Fourie, Gurthro Steenkamp, Frans Steyn, Morne Steyn, Tendai Mtawarira dan Rossouw, ditambah 14 mata hasil tendangan Morne Steyn dan satu penalti daripada Frans Steyn.

Seremia Bai menyumbang tiga mata tunggal penalti untuk Fiji, yang menewaskan Namibia 49-25 pada perlawanan pembukaan.

Afrika Selatan sebelum ini menang tipis, 17-16 ke atas Wales pada perlawanan pertama dan kini mendahului Kumpulan D dengan sembilan mata.

Pertahanan jitu Afrika Selatan menjadi punca Fiji sukar menembusi kawasan gol juara bertahan itu yang turut disokong barisan depan padu ketika scrum dan ruck.

Kemenangan ini adalah yang kesembilan berturut-turut buat Afrika Selatan dalam kempen Piala Dunia, menghampiri rekod 10 perlawanan yang pernah dicatat mereka pada 1995 dan 1999. - Agensi
 
England gah benam Georgia

Kemenangan amat ditagih selepas diselubungi masalah disiplin

DUNEDIN: Dua try daripada Shontayne Hape dan Chris Ashton membantu kemenangan buat England untuk menewaskan Georgia 41-10 di Stadium, Otago sambil meletakkan barisan didik Martin Johnson itu ke tahap lebih selesa dalam kempen Piala Dunia di New Zealand, semalam.

Pemain kelahiran New Zealand, Hape beraksi cemerlang dua kali pada separuh masa pertama buat England, untuk meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan B selepas menundukkan Argentina 13-9 minggu lalu sekalipun terus menghadiahkan banyak penalti kepada lawan.

Kemenangan ke atas Georgia amat ditagih England yang diselubungi masalah disiplin selepas peristiwa di Queenstown, Ahad lalu yang membawa kepada pertuduhan kepada kapten pasukan, Mike Tindall atas sikapnya di sebuah bar.

“Kami menjadikan situasi sukar buat kami dan menghadiahkan banyak penalti namun kami kembali dengan enam try,” kata kapten England, Lewis Moody.

“Permainan yang baik buat Georgia, mereka bermain dengan cukup baik. Ada yang perlu kami perbetulkan namun kamu hanya boleh menang dalam setiap perlawanan dan ia adalah penting buat kamu.”

Kapten Georgia, Irakli Abuseridze berkata ia adalah perlawanan yang cukup sukar malah cukup memeritkan untuk bangkit selepas perlawanan menentang Scotland. - AFP
 
ganas giler aku tengok rugby nie
 
All Blacks layak suku akhir

New Zealand tewaskan Perancis, England belasah Romania

AUCKLAND: Tuan rumah, New Zealand mengukuhkan cengkaman mereka selepas mencatat kemenangan 37-17 ke atas Perancis di Eden Park, semalam untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia 2011 selaku juara Kumpulan A, biarpun masih berbaki satu perlawanan.

Try menerusi Adam Thomson, Cory Jane, Sonny Bill Williams serta dua daripada Israel Dagg, ditambah 12 mata lagi sumbangan Dan Carter membolehkan The All Blacks memadam kegagalan mereka melepasi peringkat kumpulan pada 1999 dan 2007.

Secara kebetulan, New Zealand pernah menewaskan Perancis di gelanggang yang sama pada final Piala Dunia 1987 untuk muncul juara edisi sulung itu dan semalam juga adalah penampilan ke-100 pemain The All Blacks, Richie McCaw.

Kami terpaksa menyerap sedikit asakan pasukan lawan pada awal permainan tetapi saya cukup bangga dengan rakan-rakan yang berjaya menanganinya dan apabila kami mendapat peluang, kami memanfaatkannya dengan memungut mata, kata McCaw.

Sementara itu, di Dunedin, dua pemain sayap, Mark Cueto dan Chris Ashton masing-masing melakukan hatrik untuk membantu England mencatat kemenangan bergaya 67-3 ke atas Romania menerusi 10 try pada aksi Kumpulan B.

Kami agak kekok pada perlawanan ini tetapi kami tetap berjaya mempamerkan disiplin yang baik. Tugas berjaya dilaksanakan dan kami kini bersedia untuk menghadapi minggu lebih penting, kata pengurus England, Martin Johnson. - Reuters
 
Ireland baham Russia

ROTORUA (New Zealand): Keith Earls menyudahkan dua daripada sembilan try yang dilakukan Ireland untuk menundukkan Russia 62-12, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan C dan menempah slot ke suku akhir Piala Dunia 2011, semalam.

Ireland meneruskan momentum selepas mengejutkan Australia 15-6 minggu lalu apabila berjaya memperoleh mata bonus hasil tiga try dalam tempoh tiga minit terakhir babak kedua.

Beberapa pemain diberi peluang minggu ini untuk mengembalikan persembahan pada hujung minggu lalu. Ia penting untuk meneruskan momentum. Kami akan cuba terus meraih kemenangan apabila bertemu Itali (Ahad ini), kata kapten Ireland, Leo Cullen.

Russia yang kini tewas kesemua tiga perlawanan pada penampilan sulung di pentas Piala Dunia tetap mempamerkan semangat juang tinggi dengan berjaya juga melakukan try pada babak kedua menerusi Vasily Artemyev dan Denis Simplikevich.

Terdahulu pada sebelah pagi, Tusi Pisi menghasilkan 15 mata untuk Samoa menghidupkan peluang ke suku akhir dengan menewaskan Fiji 27-7 pada aksi Kumpulan D di Eden Park.

Pertembungan pertama kedua-dua pasukan di pentas Piala Dunia menghiburkan para penonton menerusi cok permainan saling menyerang.

Samoa yang sebelum ini menundukkan Namibia 49-12 tetapi kemudian tewas 10-17 kepada Wales masih berpeluang mara ke suku akhir jika mereka berjaya mengatasi juara bertahan, Afrika Selatan, Jumaat ini. - Reuters
 
all blacks kalo kt home nih tk mng gak world cup tatau ar...
nk kene buang badi world cup...
da most experienced team ever assembled nih...
 
Williams lakar sejarah Wales

NEW PLYMOUTH (New Zealand): Scott Williams melakukan hatrik try ketika Wales membelasah Namibia 81-7 semalam kemenangan terbesar mereka dalam kempen Piala Dunia.

Kemenangan dengan mata bonus itu turut memberi kelebihan kepada Wales dalam perebutan tempat kedua Kumpulan D dengan Samoa yang memerlukan kemenangan ke atas juara bertahan, Afrika Selatan Jumaat ini, untuk kembali membuka peluang ke suku akhir.

Wales yang menewaskan Samoa 17-10 Ahad lalu, menghukum Namibia dengan 12 try. Flyhalf Stephen Jones menjadi pemain paling kerap mewakili negaranya, menyumbang 15 pada penampilan ke-101 dengan menyempurnakan enam conversion dan satu penalti sebelum digantikan Rhys Priestland yang menambah enam mata hasil tiga conversion.

Kami dapat mata bonus yang sangat berharga, tetapi Namibia memberikan tentangan sukar dan saya perlu memastikan setiap perkara dengan lebih teliti, kata kapten Wales, Sam Warburton. Pujian buat rakan sepasukan kerana menghasilkan 12 try dan mengutip satu mata bonus.

Jones membuka jaringan menerusi penalti awal sebelum Wales memulakan pesta dengan tiga try dalam tempoh 10 minit. Pemain tengah, Williams merakam try antarabangsa pertamanya sebelum pemain sayap, Aled Brew dan nombor lapan, Toby Faletau menambah dua try.

Namibia memperkemaskan pertahanan dan cuba bangkit tetapi flyhalf, Theuns Kotze terlepas enam mata menerusi dua tendangan penalti jarak jauh. Selepas rehat, Williams kembali memulakan kutipan mata menerusi try keduanya, diikuti deretan try barisan depan Wales termasuk yang ketiga Williams.

Mereka mengasak bertubi-tubi dan sukar untuk mengekang mereka, kata kapten Namibia, Jacques Burger. Kami menentang sebuah pasukan mantap, cukup sukar. Ini adalah penamat kempen Piala Dunia kami, Wales akan mara dan kami harap mereka berjaya. Reuters
 
Ragbi: New Zealand tanpa dua tonggak

WELLINGTON - New Zealand berdepan tamparan hebat ketika mengharungi kempen Ragbi Piala Dunia 2011 apabila dua tonggak utama, Richie McCaw dan Dan Carter mengalami kecederaan sebelum pertemuan terakhir peringkat kumpulan menentang Kanada.

McCaw mengalami kecederaan kaki yang telah lama menghantuinya dan ia kembali menyerangnya pada saat akhir sebelum perlawanan terakhir menentang Kanada, manakala Carter pula masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan semasa sesi latihan baru-baru ini.

Satu sumber dari pasukan All Blacks itu memberitahu, status dua pemain tersebut akan diketahui pada hari ini.

Carter telah dinamakan sebagai ketua pasukan selepas McCaw menarik diri akibat kecederaan lamanya meskipun sudah melakukan pembedahan Februari lalu.

McCaw juga diketepikan pada aksi persahabatan Mei lalu.

Namun, New Zealand selaku tuan rumah telah berjaya layak ke suku akhir dan mereka kini sedang memasang impian untuk bergelar juara.

"Saya tidak akan beraksi kerana kaki saya agak sakit," kata McCaw.

"Ia agak mengecewakan. Saya memang bersemangat untuk beraksi tetapi kecede- raan yang saya alami telah menghalang hasrat saya.

"Saya tidak menjalani latihan sejak Jumaat bagi membolehkan kecederaan saya pulih sepenuhnya tetapi kesakitannya masih terasa," katanya.

Ketiadaan dua tonggak utama itu, New Zealand dijangka menurunkan Colin Slade dan Andrew Presto pada aksi menentang Kanada nanti. - Agensi
 
Back
Top
Log in Register