BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Update] : Rugby World Cup 2015

springbok struggle nak menang dgn wales same gak dgn england vs argentina...
 
game die pon better same dgn argentina...key player da kuar, makin pasrah nak melawan
 
Afrika Selatan bermula goyah

Springboks beraksi hambar sekadar menang tipis 17-16 ke atas Wales

WELLINGTON: Afrika Selatan bermula goyah dalam usaha mempertahankan mahkota kejuaraan Ragbi Piala Dunia apabila sekadar menang tipis 17-16 ke atas Wales, semalam.

Springboks yang menyenaraikan 16 pemain yang memenangi kejuaraan 2007 dalam skuad pada perlawanan itu dengan 11 daripadanya beraksi dalam barisan permulaan, membenarkan Wales mendominasi saingan dan kemenangan itu jelas bukan jaminan dalam saingan berlangsung sengit. Try daripada Frans Steyn dan Francois Hougaard, serta Morne Steyn yang menyempurnakan dua conversions dan penalti, sudah cukup membantu menundukkan barisan Wales yang memperoleh mata daripada try Toby Faletau dan James Hook memperoleh 11 mata daripada sepakannya.

Sudah tentu ia menjadi pengajaran paling berguna kepada kami apabila bangkit dalam situasi sukar, kata ketua pasukan Springboks John Smit. Ada sedikit kerja yang perlu dilakukan tetapi kami cukup gembira dengan keputusan petang ini.

Ketua pasukan Wales, Sam Warburtona berkata kekalahan itu adalah kekecewaan paling besar.

Kami beraksi baik tetapi kami gagal mencatat kemenangan.

Sementara itu, Australia memulakan aksi awal dengan hambar, namun kembali meledak dengan empat try pada babak kedua buat mengatasi Itali 32-6 pada perlawanan di Stadium North Harbour.

Juara Tri-Nations itu terikat 6-6 selepas aksi hambar pada separuh masa tetapi try daripada Ben Alexander, Adam Ashley-Cooper, James OConnor dan Digby menyaksikan mereka memperoleh mata bo nus dalam Kumpulan C yang turut membabitkan Ireland, Russia dan Amerika Syarikat. - AFP
 
aku dah lama pencen ragbi ni. masa sekolah dulu sanggup potong rambut ikut jonah lomu yg jambul je kat depan tu. bila belek2 gambo lama, lawak plak.
 
thn bile tu ko main? aku pon jadi forward paling kecik dlm team tu haha main prop je

tahun 2002 or 2003 tak ingat dah aku..yang paling best masa tu muar musketeers dekat line 22..forward dia datang sorang hit forward team aku..dalam team aku sorang je yang badan besar..terus daapat try under post..tiba2 je ade gap kat line defense sebab masing2 takut bila tengok team member badan yg besar pun rebah..time scrump memang tak yah cite la.. jadi udang..
 
Back
Top
Log in Register