BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Update] : Rugby World Cup 2015

pernah main dengan muar musketeers masa liga johor dulu..best..semua badan forward muar musketeers gabak2 time tu..time scrump jadi udang

thn bile tu ko main? aku pon jadi forward paling kecik dlm team tu haha main prop je
 
yup..15 org 1 team...start 9 September...All Black vs Tonga
 
Rugby World Cup will be played in New Zealand between 10 September to 24 October 2011. 20 teams of different countries are participating in that event. Final will be played in Auckland at Eden Park on 24 October 2011. I think Australia and New Zealand are favourite for the title.
 
new zealand musti masuk final tahun ni...cmon all black
 
haha aku tak reti r...teringin nk jadi stenop
 
England akui gerun scrum skuad Puma

DUNEDIN (New Zealand): Jurulatih scrum England, Graham Rowntree menanti prospek pertembungan sengit menentang Argentina apabila kedua-dua pasukan berentap dalam perlawanan pembukaan mereka di kejohanan Ragbi Piala Dunia, Sabtu ini.

Skuad Puma amat dikenali dengan kekuatan ketika melakukan scrum manakala England, tidak kira apa juga usaha keras mereka lakukan di mana-mana, kebiasaannya menampilkan prestasi buruk ketika scrum.

“Adakah mereka yang terbaik dalam bidang ini?,” kata bekas pemain prop England, Rowntree kelmarin. “Jadi, kita tunggulah dalam perlawanan nanti. Selalunya perlawanan sukar dan penuh fizikal apabila menentang mereka, dan saya rasa ia tidak berubah kali ini.”

Bagi kedua-dua negara, scrum menjadi asas permainan mereka pada Piala Dunia 2007 ketika England muncul naib juara kepada Afrika Selatan dan Argentina mengejutkan senarai kedudukan kesatuan ragbi dengan menduduki tempat ketiga selepas dua kali menewaskan tuan rumah, Perancis.

Rowntree, 54 kali mewakili England berkata, berdepan aksi scrum menentang Argentina menjadi ujian getir terhadap barisan depan England.

“Ia sukar, begitu memeritkan dan menyeksakan. Anda menguji diri sebagai seorang pemain, sebagai pemain penyerang barisan depan, menentang pemain Argentina dan Perancis.

“Sebagai seorang pemain muda, antara aksi pertama saya ialah menentang Argentina dan ia menjadi petang yang sukar. Ia bakal menjadi penanda aras baru untuk jurulatih scrum: Apa yang perlu anda lakukan apabila menentang sebuah pasukan seperti Argentina atau Perancis.”

Skuad Puma memberi senarai pemain menentang England kelmarin dengan hooker veteran, Mario Ledesma menyertai barisan depan dibarisi prop berpengalaman, Rodrigo Roncero, manakala Martin Scelzo, seperti Ledesma tampil dalam Piala Dunia buat kali keempat, berada di bangku simpanan. – AFP
 
Pengalaman ‘aset’ Springbok

Afrika Selatan mampu bangkit pertahan gelaran

WELLINGTON: Afrika Selatan akan bergantung kepada pengalaman mereka dan keupayaan yang sudah terbukti untuk membuat keputusan tepat dalam usaha mempertahankan mahkota kejuaraan ragbi Piala Dunia 2011, menurut penolong jurulatih, Dick Muir.

Skuad 30 pemain Springbok yang mantap itu dibarisi 10 pemain berusia lebih 30 tahun dan mereka hanya memiliki 10 pemain yang kali pertama menyertai kejohanan berkenaan.

“Kami mempunyai skuad berpengalaman, mereka sudah diuji dan pernah mengalami situasi berada dalam tekanan sebelum ini yang mana keputusan yang mereka buat adalah kunci utama,” kata Muir menjelang perlawanan pembukaan Afrika Selatan menentang Wales, Ahad ini.

Afrika Selatan mencatat prestasi tidak begitu baik pada kejohanan Tri-Nations sebagai pemanas untuk ke Piala Dunia, menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Australia dan New Zealand.

Namun, Muir berkata bahawa keputusan itu tidak begitu memberi makna kerana skuad Springbok ketika itu tidak dibarisi kekuatan penuh kerana keperluan merehatkan beberapa pemain.

“Kami menyertai kejohanan itu dengan menyenaraikan skuad di bawah keupayaan sebenar,” jelasnya.

“Kami tidak membawa beberapa pemain. Jelajah selepas tamat musim adalah di mana anda terpaksa mengetepikan beberapa pemain akibat kepenatan atau kecederaan, dan kita bukan selalu mampu menurunkan skuad terbaik beraksi di atas padang. “Ahad nanti bakal menceritakan segala-galanya.” – AFP
 
kenangan masa main hooker dulu time sek men...lama tak main rugby nih...
 
Back
Top
Log in Register