BTC USD 103,551 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Ramalan Cuaca ☀️🌤️🌦️🌩️⛈️

Sponsored Post

LURUAN MONSUN | Ramalan Hujan Lebat Berterusan Di Sabah Dan Sarawak

Jabatan Metorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan berpotensi berlaku di Sabah timur dan Sarawak barat antara Isnin hingga Rabu depan.

Selain angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan, termasuk kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Aminuddin Hassim sehubungan itu berkata, semua agensi digesa bersiap sedia menghadapi situasi berkenaan yang mungkin boleh menyebabkan bencana banjir .

 
BANJIR | Semua Pihak Perlu Waspada Ketidaktentuan Cuaca

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengingatkan semua pihak supaya berwaspada dengan ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini.

Katanya, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan luruan monsun pada 27 hingga 29 Disember ini dengan hujan berterusan dijangka di Timur Sabah dan Barat Sarawak.

 
FB_IMG_1640359380713.jpg

𝗥𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗔𝗖𝗔 𝗦𝗜𝗚𝗡𝗜𝗙𝗜𝗞𝗔𝗡 𝟮𝟱-𝟯𝟭 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟭.

Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), MET Malaysia menjangkakan akan berlaku luruan monsun pada 27-31 Disember. Pada masa yang sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sabah Timur dan Sarawak Barat pada 27-30 Disember. Manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30-31 Disember.

Angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung pada 26-31 Disember. Orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini.

MET Malaysia terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan dan Amaran Ribut Petir bila keadaan perlu.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Kementerian Alam Sekitar dan Air

Masa dikeluarkan : 1:00 tengah hari
Tarikh: 24 Disember 2021

#cuacasignifikan
#metmalaysia
#KementerianAlamSekitarDanAir
#KeluargaMalaysiaSiagaBencana
 
Hujan dan ribut petir di beberapa negeri pada Krismas

a87a9e1aa5c073a369e89e5095e0ef2761bd52f2d6d3f.jpg

24/12/2021 12:05 PM


KUALA LUMPUR, 24 Dis -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang pada Hari Krismas esok (25 Dis).

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ramalan cuaca pada waktu pagi itu turut membabitkan beberapa kawasan di Kuching, Betong, Mukah, Sarikei, Sibu dan Bintulu, Sarawak serta Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir di satu dua kawasan di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kawasan Pantai Barat dan Pendalaman di Sabah pada waktu petang.

"Manakala bagi waktu malam akan berlaku hujan di satu dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Limbang, Miri dan Kapit), Sabah (Pantai Barat, Pedalaman, Tawau dan Sandakan) dan Wilayah Persektuan Labuan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


 
MET MALAYSIA - Laporan Cuaca 25 Disember 2021 (Petang)

 
CUACA | Hujan Lebat Diramal Minggu Depan

Penduduk Sarawak dinasihatkan bersiap sedia berikutan ramalan hujan lebat berterusan di bahagian barat negeri itu minggu depan.

Pejabat Ketua Menteri arawak dalam kenyataan satu berkata, amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) perlu dipatuhi terutama penduduk yang tinggal di kawasan terdedah banjir.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register