BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

d1fe52620a1df5c7f13d49dc7b62f89b680d0610bda9b

Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media sempena kemenangan Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah hari ini.

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menjadi bukti jelas sokongan pengundi terhadap agenda kestabilan yang dibawa Kerajaan Perpaduan, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menteri Besar Perak itu berkata penduduk Ayer Kuning memilih untuk menolak politik fitnah dan perpecahan sebaliknya mengutamakan keharmonian demi masa depan yang lebih baik.

"Alhamdulillah, Allah SWT memberikan kemenangan kepada calon BN yang mewakili Parti Kerajaan Perpaduan malam ini. Mereka (pengundi) menerima hujah kita, mereka menerima rayuan kita, jadi saya nak ingatkan, mari kita teruskan kasih sayang ini, kita teruskan perpaduan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman rasmi keputusan PRK itu di Dewan Merdeka di sini malam ini.

Saarani berkata kemenangan itu tidak akan tercapai tanpa usaha gigih semua pihak termasuk jentera BN dan Pakatan Harapan yang bekerja keras sepanjang tempoh berkempen.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata dengan keputusan itu, BN meneruskan kejayaan meraih sokongan rakyat selepas PRK DUN Nenggiri (Kelantan) dan PRK DUN Mahkota (Johor).

“Kemenangan ini membuktikan rakyat menolak politik berasaskan kebencian, permusuhan, memaki hamun dan politik perkauman yang melampau,” katanya.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said, kemenangan itu membuktikan kekuatan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan pengiktirafan rakyat terhadap usaha berterusan memajukan kawasan Ayer Kuning.

Beliau berkata ia juga bukti jelas bahawa rakyat secara keseluruhannya terus meletakkan kepercayaan kepada BN untuk meneruskan agenda pembangunan dan kesinambungan kepimpinan yang telah dirintis oleh Allahyarham Ishsam Shahruddin (bekas ADUN Ayer Kuning) sebelum ini.

memang badan MB ni kecil & rendah ke? atau angle kamera tu?
 
PAS dah boleh Tarik handbrake dgn Bersatu. Try la hidupkan balik Muafakat Nasional tendang Bersatu...Bersatu dah Jadi liabiliti Pada PAS. Parti Kecik tapi nak Jadi king maker orang UMNO lama dah offer PAS ni Sejak Zaman Arwah TGNA. Semua gagal dah elok2 MN gi ajak Bersatu.

Atok 5x kalah PRK terus dia tebuk atap..paling kelakau dulu BN pernah letak calon MCA kat johor PRK mana entah.. kalah Teruk PH dan Bersatu masa tu.

Tak nampak lagi tak tau le.
 
tapi Pas kena tadbir negeri elok2, isu air, prasarana bagai dan elakkan buat statement mkn diri😅😅
 
Yg aku nampak, yg tak keluar undi kemungkin besar melayu
Kalu trend melayu tak keluar undi makin teruk next pru, paling untung DAP la
Katakan next pru tiga penjuru, BN, PH, PN, silap3 PH dapat undi paling besar
Tak perlu gabung dgn BN
 
Back
Top
Log in Register