BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

8.24am: Calon PN buang undi, seru pengundi bantu golongan uzur​

Calon Perikatan Nasional, Abd Muhaimin Malek, menunaikan tanggungjawab mengundi sekitar jam 8.24 pagi hari ini, ditemani isteri dan kedua ibu bapanya.

Dia turut menyeru pengundi di kawasan DUN Ayer Kuning supaya keluar awal mengundi dan membantu mereka yang kurang sihat atau berdepan kesukaran untuk hadir ke pusat pengundian.


 

8am: Pengundian bermula, siapa pilihan 31,281 pengundi DUN Ayer Kuning?​

Hari ini seramai 31,281 pengundi Dewan Undang Negeri (DUN) Ayer Kuning akan menunaikan tanggungjawab bagi memilih wakil rakyat baru kawasan itu.

Semua 19 pusat mengundi dengan 63 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning dibuka serentak pada 8 pagi ini.

Sebanyak 18 pusat mengundi akan dibuka hingga 6 petang kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada 4 petang.

PRK Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS.




 


ni dia.. tabung bencana pon pusat kene pikir

duit kerajaan negeri duit kito
duit rakyat duit kito (tabung milo)

rakyat sila keluar kwsp 😂 😆 😂 😆

pastu sembang bab ekonomi berangan nak jd pusat
 

PRK Ayer Kuning: Peratusan keluar undi masih rendah setakat 11 pagi​

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun berkat, peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi masih rendah iaitu 26.36 peratus, dan menasihati orang ramai untuk keluar lebih awal.

Dia juga memaklumkan SPR menerima 36 laporan berkaitan kesalahan sepanjang kempen pilihan raya melibatkan bahan kempen. Menurutnya, lima laporan dibuat kepada polis namun semua kesalahan hanya melibatkan bahan-bahan kempen.


 

MGPerak : Calon PRK Ayer Kuning Bertembung Mesra di Pusat Mengundi SK Sungai Lesong​

Tiga calon PRK DUN Ayer Kuning Dr Mohamad Yusri Bakir (BN), Abd Muhaimin Malek (PN) dan Bawani KS (PSM), bertembung secara santai di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, Tapah, selepas masing-masing selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Suasana harmoni ini mencerminkan kematangan demokrasi dan semangat muafakat dalam proses pilihan raya. - MGPerak

 

PRK AYER KUNING | Lebih 40 Peratus Keluar Mengundi Setakat Ini​

Perkembangan terkini mengenai PRK Ayer Kuning bersama Kumaran Rajamoney langsung dari Tapah.

 

45.01% keluar mengundi setakat 2 petang​


Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka hingga 6 petang kecuali pusat pengundian di SK Toh Tandewa Sakti akan ditutup pada 4 petang.​

VOTERS - PUBLIC - AYER KUNING

Semua 19 pusat mengundi dengan 63 saluran dibuka serentak pada 8 pagi.
TAPAH: Sebanyak 45.01% pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada PRK Ayer Kuning setakat 2 petang, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semua 19 pusat mengundi dengan 63 saluran dibuka serentak pada 8 pagi.
Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka hingga 6 petang kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti akan ditutup lebih awal pada 4 petang.

Peratusan keluar mengundi bagi DUN itu mencapai 74.85% pada PRU15 November 2022.
Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang akan memilih wakil rakyat baharu susulan kematian Ishsam Shahruddin daripada Barisan Nasional pada 22 Feb lalu.

Pada PRU15 Ishsam yang juga ketua Umno Tapah memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

PRK hari ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohamad Yusri Bakir, Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek dan Parti Sosialis Malaysia KS Bawani.

 
Back
Top
Log in Register