BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

PN mesti menang di ayer kuning...teruskan bagi sokongan.
 
59cfb042decc2d101010e4d8397383ba68099f654b56d

ba73c116e93cc738cba2f3325f33ae5568099f84d3827

Demam pilihan raya semakin terasa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning apabila ‘perang bendera’ parti mula berkibar megah di sepanjang jalan dan persimpangan utama.

Warna-warni lambang perjuangan mula menghiasi ruang awam, menandakan permulaan kepada kempen yang bakal berlangsung.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon daripada tiga parti pada 26 April ini.


Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sudah hampir sampai ke penghujung dengan tempoh berkempen tinggal sehari lagi, sebelum 31,316 pengundi membuat keputusan di peti undi, Sabtu ini.

Faktor peribadi calon, keupayaan mereka melaksanakan manifesto serta isu-isu tempatan dan nasional yang dibangkitkan sepanjang kempen bakal menjadi pertimbangan pengundi.

Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata masyarakat di DUN itu dilihat lebih berminat dengan isu infrastruktur asas, perkhidmatan kesihatan serta kebajikan pekebun kecil yang dekat dengan masyarakat di situ berbanding naratif politik peringkat nasional.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata strategi membawa isu seperti 3R (isu agama, kaum dan institusi diraja) atau kenyataan politik berbaur kebencian, tidak berkesan di kawasan luar bandar seperti Ayer Kuning.

“Pengundi di Ayer Kuning ini lebih mengutamakan calon yang boleh membawa perubahan dari segi kebajikan dan pembangunan. Isu nasional seperti Jalur Gemilang tidak sempurna baru-baru ini atau kenyataan politik agama tidak akan mempengaruhi keputusan mereka.

"Jadi boleh dikatakan dalam konteks isu yang dibangkitkan ketika kempen itu, isu setempat lebih penting berbanding isu di peringkat nasional. PRK ini kalau bawa isu nasional memang sukar dapat sokongan pengundi," katanya kepada Bernama.

Ahmad Martadha berkata pendekatan kempen menyantuni pengundi dari rumah ke rumah juga dilihat lebih efektif dalam PRK DUN Ayer Kuning berbanding ceramah besar-besaran kerana calon serta parti bertanding mampu menyampaikan maklumat secara langsung kepada pengundi.

Beliau berkata ceramah berskala besar selalunya dihadiri kumpulan yang sama, sekali gus tidak banyak membantu dari sudut menambah undi.

Setakat ini Ahmad Martadha melihat calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir yang mempunyai latar belakang bidang akademik mempunyai kelebihan untuk memenangi kerusi DUN berkenaan, apatah lagi apabila dibantu jentera Pakatan Harapan (PH).

 
Tuan Ibrahim Yakin UMNO Kecewa, Tertekan Norashikin Masuk PAS

24.04.2025 - PAS yakin kemasukan bekas exco Wanita Umno Malaysia ke dalam parti itu akan memberi kesan besar kepada pengundian yang akan berlangsung Sabtu ini. Malah, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa langkah diambil Wan Norashikin Wan Nordin itu menyebabkan tekanan dialami pihak Umno. Bercakap kepada media di Kuantan selepas berakhir sidang dewan undangan negeri (DUN) hari ini, Tuan Ibrahim berkata reaksi ditunjukkan Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini membayangkan Presiden Umno berkenaan tertekan dan kecewa.​

1745498073772.png

"Saya fikir dia (Ahmad Zahid) kecewa apabila bekas Ketua Wanita Umno Perak itu mengumumkan menyertai PAS. Jadi, mungkin disebabkan itu dia mengeluarkan kenyataan berkenaan," katanya di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

DUN Pahang bersidang sejak Jumaat lalu. Wan Norashikin - yang pernah menjadi ketua Wanita Umno Perak dan Adun Kampung Gajah - diumum menyertai PAS dalam ceramah mega PN di Tapah hujung minggu lalu. DIa menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada presiden parti itu, Abdul Hadi Awang. Wan Norashikin, 52, memenangi kerusi DUN Kampung Gajah pada 2018 dalam PRU ke-14 namun gagal mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU berikutnya (2022) apabila kalah kepada calon PN, Zafarulazhan Zan, dari PAS.


Berlaku Pertambahan Kerusi

Untuk rekod, Wan Norashikin mendirikan rumah tangga dengan Edi Razman Mohd Ismail sehinggalah suaminya itu meninggal dunia pada 2021. Pada 2024 Wan Norashikin bernikah dengan Muhammad Noor Farid Zainal yang merupakan calon PAS sekali gus PN untuk kerusi DUN Ayer Kuning dalam PRU lalu. Muhammad Noor kalah kepada Allahyarham Ishsam Shahruddin dengan perbezaan 2,213 undi. Ketika ini Muhammad Noor merupakan Setiausaha PAS Tapah. Ditanya apakah yang boleh berlaku ekoran penyertaan Wan Norashikin ke dalam PAS, Tuan Ibrahim yang juga Adun Cheka membayangkan kesannya akan dirasai secara ketara

"Sudah tentu ia akan memberi kesan kepada PRK Ayer Kuning kerana Wan Norashikin mempunyai pengaruh bukan saja di peringkat negeri, tapi juga di peringkat Pusat," katanya.

Tuan Ibrahim menambah penyertaan bekas ahli Wanita Umno itu juga akan menambah sokongan pengundi di Ayer Kuning.
1745498098185.png

"Kita boleh lihat dalam PRU lalu, apabila individu berpengaruh dari Umno seperti Noh Omar, Annuar Musa dan Shahidan Kassim menyertai PN, berlaku penambahan kerusi dimenangi gabungan kami. Jadi, saya percaya apa yang berlaku (kemasukan Wan Norashikin) ini turut memberi kesan kepada keputusan pengundi di Ayer Kuning, Sabtu ini," katanya.

Pada Ahad lalu Ahmad Zahid berkata, pada ketika hari penamaan calon bagi PRK Ayer Kuning, Wan Norashikin hadir mengiringi calon BN namun seminggu kemudian membuat keputusan meninggalkan parti berkenaan.

“Mungkin itu adalah langkah terbaik untuk beliau menuju ke syurga," kata Ahmad Zahid secara sinis dalam satu majlis di Lenggong, Perak.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/741367
 
Anak Bekas Adun Ayer Kuning Lapor Polis Terhadap PN

24.04.2025 - Anak kepada bekas Adun Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, membuat laporan polis terhadap PN atas dakwaan menyalahgunakan nama akademi bola sepak milik arwah bapanya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut. Menurut Isnabil Ishsam, Akademi Bola Sepak YB Haji Ishsam (AYBI FC) yang diasaskan arwah bapanya digunakan oleh PN untuk mempromosikan satu perlawanan bola sepak persahabatan yang dijadualkan berlangsung malam esok. Isnabil berkata dia dan keluarganya hanya menyedari penggunaan nama AYBI FC dalam poster perlawanan bola sepak tersebut setelah dimaklumkan oleh seorang rakan baru-baru ini.

"Kami tidak dimaklumkan mengenai penggunaan nama ini. Saya membuat semakan dan pada awalnya tiada siapapun (memaklumkan penggunaan nama akademi berkenaan) tetapi mereka guna sahaja nama akademi ini,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno Tapah hari ini.

Tambah Isnabil, selepas dia dan keluarganya menegur penggunaan nama akademi tersebut, pihak penganjur telah mengubah poster dan menggantikan nama AYBI FC dengan “Yus Tapah”, iaitu setiausaha kepada arwah bapanya dalam pengurusan akademi tersebut. Isnabil memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, dan menggesa agar semua poster berkaitan diturunkan segera kerana telah mengaitkan arwah bapanya secara salah dengan program anjuran PN.

“Saya tak ada hubungi mana-mana pemimpin PN untuk menggesa mereka menurunkan bahan hebahan berkenaan, sebaliknya terus membuat laporan polis,” tambahnya.

Isnabil menegaskan bahawa arwah bapanya tiada sebarang kaitan dengan PN kerana sebagai bekas Ketua Umno bahagian Tapah, Allahyarham sentiasa mendahulukan perjuangan bersama BN. Ini bukan kali pertama PN didakwa menyalahgunakan imej berkaitan Umno dalam bahan kempen mereka. Sebelum ini, gabungan tersebut menerima kritikan selepas isteri kepada seorang ahli BN membuat laporan polis, mendakwa gambar suaminya digunakan dalam poster PN tanpa kebenaran. Individu terbabit dikatakan memegang jawatan dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Temoh Stesen. Mengulas aduan tersebut, calon PN di Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek berkata sebagai calon untuk semua, dia tidak mahu bermusuh dan terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Pilihan raya kecil ini diadakan susulan kematian Ishsam pada 22 Feb lalu akibat serangan jantung. PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, BN dan PSM. BN diwakili Setiausaha Umno Tapah, Yusri Bakir manakala PSM diwakili oleh timbalan setiausaha agungnya, Bawani KS. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 26 April ini.

1745506151019.png

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/741375
 
Pengundi Akan Tolak Kerajaan UmDAP, Kata Hamzah

24.04.2025 - Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata dia yakin pengundi Ayer Kuning akan mengundi PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu yang akan berlangsung Sabtu ini. Menurut Hamzah, PN berpotensi meraih sokongan daripada penyokong setia Umno yang tidak bersetuju dengan kerjasama parti itu bersama DAP, kerana mereka lebih cenderung melihat Umno bergabung dengan PN.

"Banyak maklumat (sampai) ke kita bahawa penyokong-penyokong asal Umno tak setuju tentang gabungan antara Umno dan DAP. Mereka juga mengakui kalaulah negeri ini gabungan antara PN dan Umno, ini merupakan satu gabungan yang kuat, bukan setakat sekarang tapi juga untuk masa-masa hadapan. Saya percaya kalau ramai yang punyai sifat sebegitu rupa, mereka akan beri undi kepada kita semata-mata nak bagi signal kepada pemimpin mereka bahawa gabungan UmDAP itu mereka tak boleh terima," kata Hamzah kepada pemberita ketika berkempen bersama calon BN Ayer Kuning.

UmDAP ialah istilah yang digunakan terhadap Umno oleh lawannya selepas parti itu bergabung dengan DAP untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum pada 2022. Sebelum ini, BN memenangi sembilan kerusi dalam DUN Perak, tetapi jumlah itu berkurangan satu kerusi selepas kematian Adun Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, pada 22 Feb lalu yang mendorong pilihan raya kecil diadakan. PH mempunyai 32 kerusi DUN berbanding 26 kerusi yang dimiliki PN.

"Kalau mereka (Umno) bergabung dengan kita, suaranya besar, PN ada 26, campur dengan Umno 9 dulu, kita ada 35 (kerusi), majoriti yang besar dan kita boleh aturkan mengikut agenda yang betul, apa saja kemahuan rakyat boleh kita sama-sama perjuangkan," tambah Hamzah.


‘MB Perak Ambil Mudah Isu Babi’

Mengenai isu ladang babi yang dibangkitkan oleh PN sepanjang kempen pilihan raya kecil Ayer Kuning, ketua pembangkang itu menegaskan perkara itu merupakan kebimbangan serius di kalangan penduduk tempatan. Hamzah juga membidas reaksi Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad mengenai isu tersebut, dengan menyatakan bahawa menteri besar itu seharusnya lebih peka terhadap keluhan penduduk.

"Isu babi ni pada saya adalah satu isu yang sudah pun ditolak oleh MB, seolah-olah itu perkara yang sepatutnya tidak dibawa dalam pilihan raya. Tapi itulah isu sebenarnya, isu tempatan, kerana terlampau banyak sangat ladang babi dalam kawasan ini. Jadi kita orang Melayu merasakan bahawa mengapa isu yang sebegitu rupa diambil mudah oleh MB? Jangan semata-mata kerana seronok menjadi MB, sehinggakan lupa tanggungjawab untuk kepentingan rakyat di bawah, terutamanya masyarakat kita sendiri," tambahnya.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, menyifatkan jawapan yang diberikan Saarani sebagai “memalukan” dan tidak menjawab dakwaan yang dibangkitkan PN mengenai sisa kumbahan najis ladang babi yang disalirkan terus ke Sungai Bidor. Pengundi DUN Ayer Kuning akan menunaikan tanggungjawab mereka pada 26 April ini, selepas tempoh kempen selama dua minggu. Sepanjang kempen, PN antaranya menumpukan isu berkaitan ladang babi, yang menjadi perhatian utama dalam kawasan majoriti pengundi Melayu itu yang terletak di bawah Parlimen Tapah, kawasan yang kini diwakili MIC. PRK ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PN, Abd Muhaimin Malek; calon BN, Yusri Bakir; serta calon PSM, Bawani KS.
1745506348603.png
 
Back
Top
Log in Register