BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

Saarani: UMNO masih bertaring, masih jadi kerajaan walau tanpa Pas​


20 April 2025 02:25pm

Laporan Sinar Harian berhubung kenyataan Abdul Hadi UMNO hilang taring bila berpisah dengan Pas

Laporan Sinar Harian berhubung kenyataan Abdul Hadi UMNO hilang taring bila berpisah dengan Pas

TAPAH – Dakwaan bahawa UMNO kini lemah selepas perpisahan dengan Pas tidak mencerminkan realiti politik semasa, kata Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurut beliau, walaupun UMNO tidak lagi bersama Pas, parti itu masih menjadi sebahagian daripada kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.

"UMNO bukan sahaja masih dalam kerajaan, malah memegang kedudukan penting termasuk Timbalan Perdana Menteri, menteri kanan serta beberapa timbalan menteri.

“Di Perak, kita menang sembilan kerusi dan masih menjadi kerajaan. Saya kekal sebagai Menteri Besar, kita ada Speaker dan tiga orang Exco,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sejati Madani Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Dewan Orang Ramai Kampung Kenangan, Bidor pada Ahad.

Mengulas lanjut, Saarani menegaskan bahawa UMNO tidak hilang kekuatan seperti yang didakwa, malah masih memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara.

"Kalau benar kita lemah, sudah tentu kita terpinggir daripada pentadbiran. Tapi sebaliknya berlaku, kita berpisah (dengan Pas), tapi terus jadi kerajaan.
“Jadi, di mana hilangnya taring yang dimaksudkan itu? Cakap sedap mulut sahajalah,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang sebelum ini mendakwa UMNO semakin hilang taring sejak berpisah daripada kerjasama dengan Pas.

Abdul Hadi juga merujuk kepada kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

umno bukan bertaring ... tapi telor kena pegang dgn Durian Action Party & Pmx ..

umno baru nk keluar taring .. pmx keluarkan DNAA .. umno terus meng-meow je la .. taring hilang
 
d22a2be73cc96bcd713b207ff5f44f4c6806e280173d4


Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dibuka serentak pada 8 pagi ini.

Dua pusat pengundian itu ialah Dewan Rekreasi APR Transit, Batalion 3, Pasukan Gerak Am (PGA) Bidor dan Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini.

Proses pengundian awal di tiga saluran itu melibatkan 500 anggota polis dan pasangan mereka.

Pusat pengundian awal di Batalion 3 PGA dibuka hingga 5 petang manakala di IPD Tapah ditutup pada 12 tengah hari.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Feb lepas.

 
Back
Top
Log in Register