BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

‘Saya dah isytihar harta, calon BN dan PN bila lagi’ - Bawani​

20 April 2025 10:58am

Bawani ketika sidang media khas PSM di pekarangan pasar pagi bersebelahan Masjid Jamek Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini pada Ahad. FOTO SINAR HARIAN.

TAPAH - Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS menjadi individu pertama mengisytiharkan harta demi mendapat kepercayaan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Bawani yang juga Pengerusi PSM Perak berkata, setakat 15 April, jumlah aset bersih dianggarkan sebanyak RM21,248 yang dipecahkan kepada tiga kategori iaitu harta, pendapatan dan perbelanjaan serta hutang.

“Bagi seksyen harta atau peralatan, Perodua Bezza 2019 RM27,000 dan telefon pintar Honor X9B RM1,499 berjumlah RM28,499.
“Untuk pendapatan dan perbelanjaan, wang tunai di tangan saya ada RM583 manakala wang simpanan keseluruhan dalam beberapa akaun bank sebanyak RM20,638.

“Selain itu, kategori hutang pinjaman kereta (RM13,139) dan pinjaman pendidikan (RM14,750) menjadikannya RM27,889. Tolak tambah jumlah bersih dianggarkan sebanyak RM21,248," katanya.

Peguam terbabit berkata demikian ketika sidang media khas PSM di pekarangan pasar pagi bersebelahan Masjid Jamek Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini pada Ahad.

Anak jati Ayer Kuning berusia 39 tahun itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), malah aktif mewakili pelbagai komuniti sebagai peguam hak asasi manusia.

Ditanya mengenai rasional berbuat demikian, Bawani memaklumkan, ia tradisi yang sudah lama diamalkan PSM sejak 1999 dan setiap kali pilihan raya berlangsung.

Tambahnya, rakyat boleh menilai sama ada calon yang bertanding merebut kerusi di DUN Ayer Kuning benar-benar bersih, bebas rasuah, jumlah aset wakil rakyat meningkat secara signifikan atau sebaliknya.
Jelas Bawani lagi, ahli baharu atau pimpinan PSM juga diminta mengisytiharkan harta sebelum menyertai parti berkenaan.

“Kita nak tonjolkan yang kita tidak mahu wakil rakyat korup. Bagaimana individu yang sebelum jadi wakil rakyat hanya guna satu kereta, kemudian tiba-tiba guna kereta mewah.

“Itulah pentingnya PSM isytihar harta setiap tahun. Justeru, saya cabar calon Barisan Nasional (BN), Dr Ustaz Yusri Bakir dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek berbuat perkara sama.

“Sekiranya selepas menang nanti, rakyat boleh lihat adakah harta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning meningkat atau tidak,” ujarnya lagi.

Saarani: UMNO masih bertaring, masih jadi kerajaan walau tanpa Pas​

20 April 2025 02:25pm

Laporan Sinar Harian berhubung kenyataan Abdul Hadi UMNO hilang taring bila berpisah dengan Pas

TAPAH – Dakwaan bahawa UMNO kini lemah selepas perpisahan dengan Pas tidak mencerminkan realiti politik semasa, kata Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurut beliau, walaupun UMNO tidak lagi bersama Pas, parti itu masih menjadi sebahagian daripada kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.

"UMNO bukan sahaja masih dalam kerajaan, malah memegang kedudukan penting termasuk Timbalan Perdana Menteri, menteri kanan serta beberapa timbalan menteri.

“Di Perak, kita menang sembilan kerusi dan masih menjadi kerajaan. Saya kekal sebagai Menteri Besar, kita ada Speaker dan tiga orang Exco,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sejati Madani Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Dewan Orang Ramai Kampung Kenangan, Bidor pada Ahad.

Mengulas lanjut, Saarani menegaskan bahawa UMNO tidak hilang kekuatan seperti yang didakwa, malah masih memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara.

"Kalau benar kita lemah, sudah tentu kita terpinggir daripada pentadbiran. Tapi sebaliknya berlaku, kita berpisah (dengan Pas), tapi terus jadi kerajaan.
“Jadi, di mana hilangnya taring yang dimaksudkan itu? Cakap sedap mulut sahajalah,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang sebelum ini mendakwa UMNO semakin hilang taring sejak berpisah daripada kerjasama dengan Pas.

Abdul Hadi juga merujuk kepada kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Ayoh chik bersungguh2 nak Umno udah kenapa?
 
MGPerak : PRK Ayer Kuning : ‘Saya Boleh Katakan Kami Menang, InsyaAllah’ – Saarani​

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menzahirkan keyakinan bahawa, Dr Mohamad Yusri Bakir bakal memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, 26 April ini.

Beliau berkata, ia berdasarkan pemantauan yang dibuatnya melalui pertemuan dengan pengundi-pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang membuat pengakuan bakal mengundi calon BN yang lebih mesra disapa Ustaz Yusri. -MGPerak

MGPerak : PRK Ayer Kuning : Tiga Tekad, Tujuh Tawaran Manifesto Ustaz Yusri​

Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir atau dikenali sebagai Ustaz Yusri menggariskan tiga tekad dan tujuh tawaran utama dalam manifesto bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Beliau berkata, manifesto itu juga turut menyentuh golongan warga emas, pendidikan serta perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terbaik. - MGPerak

‘Saya dah isytihar harta, calon BN dan PN bila lagi’ - Bawani​

20 April 2025 10:58am

Bawani ketika sidang media khas PSM di pekarangan pasar pagi bersebelahan Masjid Jamek Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini pada Ahad. FOTO SINAR HARIAN.

Bawani ketika sidang media khas PSM di pekarangan pasar pagi bersebelahan Masjid Jamek Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini pada Ahad. FOTO SINAR HARIAN.

TAPAH - Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS menjadi individu pertama mengisytiharkan harta demi mendapat kepercayaan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Bawani yang juga Pengerusi PSM Perak berkata, setakat 15 April, jumlah aset bersih dianggarkan sebanyak RM21,248 yang dipecahkan kepada tiga kategori iaitu harta, pendapatan dan perbelanjaan serta hutang.

“Bagi seksyen harta atau peralatan, Perodua Bezza 2019 RM27,000 dan telefon pintar Honor X9B RM1,499 berjumlah RM28,499.
“Untuk pendapatan dan perbelanjaan, wang tunai di tangan saya ada RM583 manakala wang simpanan keseluruhan dalam beberapa akaun bank sebanyak RM20,638.

“Selain itu, kategori hutang pinjaman kereta (RM13,139) dan pinjaman pendidikan (RM14,750) menjadikannya RM27,889. Tolak tambah jumlah bersih dianggarkan sebanyak RM21,248," katanya.

Peguam terbabit berkata demikian ketika sidang media khas PSM di pekarangan pasar pagi bersebelahan Masjid Jamek Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini pada Ahad.

Anak jati Ayer Kuning berusia 39 tahun itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), malah aktif mewakili pelbagai komuniti sebagai peguam hak asasi manusia.

Ditanya mengenai rasional berbuat demikian, Bawani memaklumkan, ia tradisi yang sudah lama diamalkan PSM sejak 1999 dan setiap kali pilihan raya berlangsung.

Tambahnya, rakyat boleh menilai sama ada calon yang bertanding merebut kerusi di DUN Ayer Kuning benar-benar bersih, bebas rasuah, jumlah aset wakil rakyat meningkat secara signifikan atau sebaliknya.
Jelas Bawani lagi, ahli baharu atau pimpinan PSM juga diminta mengisytiharkan harta sebelum menyertai parti berkenaan.

“Kita nak tonjolkan yang kita tidak mahu wakil rakyat korup. Bagaimana individu yang sebelum jadi wakil rakyat hanya guna satu kereta, kemudian tiba-tiba guna kereta mewah.

“Itulah pentingnya PSM isytihar harta setiap tahun. Justeru, saya cabar calon Barisan Nasional (BN), Dr Ustaz Yusri Bakir dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek berbuat perkara sama.

“Sekiranya selepas menang nanti, rakyat boleh lihat adakah harta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning meningkat atau tidak,” ujarnya lagi.

kes ikat kain kuning la org tak nak undi kaum ni.
 
4d408eb4b3e528b634b663a5010d87796805db2938727

ed2e62385be7a9a5a066c99f081b482d6805d90eb9cab

Mohammad Shahir Mohammad

Seramai 500 anggota polis bersama pasangan masing-masing akan mengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, esok.

Penolong Pegawai Pengurus (Undi Awal) PRK tersebut, Mohammad Shahir Mohammad berkata sebanyak tiga saluran akan dibuka di dua pusat pengundian, iaitu Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, dan Dewan Rekreasi APR Transit, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.

Beliau berkata pusat pengundian awal di Batalion 3 PGA dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang, manakala pengundian di IPD Tapah akan ditutup pada pukul 12 tengah hari.

“Proses pengundian awal esok akan melibatkan seramai 18 petugas, termasuk tiga anggota polis pengiring,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan semakan peralatan dan peti undi awal di pusat pengumpulan undi di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Mohammad Shahir berkata sebanyak 82 anggota polis akan mengundi secara pos.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Feb lepas.

PRK tersebut menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Back
Top
Log in Register