BTC USD 81,862.2 Gold USD 4,141.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Op Selamat 18

OP SELAMAT 18 | 28 Kematian Dalam Tempoh Dua Hari

28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara pada dua hari pertama Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang bermula Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata sepanjang tempoh sama juga 3,987 kemalangan dilaporkan berlaku seluruh negara.

​
 
IMG_20220504_092318_967.jpg

Sebanyak 28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya pada hari pertama Aidilfitri pada Isnin dengan 19 kes melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata enam kematian lagi membabitkan pemandu dan penumpang kereta, dua pejalan kaki dan seorang pemandu jip.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com


#AWANInews
 
IMG_20220508_141303_759.jpg

Kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal merekodkan jumlah tertinggi dengan 88 kematian dicatatkan di seluruh negara setakat kelmarin sejak Op Selamat 18 sempena Aidilfitri dilancarkan pada 29 April lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata kemalangan maut membabitkan pemandu dan penumpang kenderaan lain pula mencatatkan 44 kematian diikuti pejalan kaki dengan lapan kematian serta penunggang basikal (satu kematian).


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
 
IMG_20220511_011618_472.jpg

Polis Melaka mengeluarkan 7,956 saman terhadap pemandu yang dikesan melakukan kesalahan dalam tempoh 10 hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Aidilfitri, yang dilancarkan pada 29 April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Supt Amran@Mohamad Zaki Omar berkata jumlah itu meningkat berbanding 6,022 saman dikeluarkan dalam tempoh yang sama pada Op Selamat 15.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews
 
Back
Top
Log in Register