Sebanyak 28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya pada hari pertama Aidilfitri pada Isnin dengan 19 kes melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata enam kematian lagi membabitkan pemandu dan penumpang kereta, dua pejalan kaki dan seorang pemandu jip.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata sepanjang enam hari Op Selamat yang dilancarkan pada 29 April lalu sempena musim perayaan Aidilfitri itu juga, sejumlah 9,816 kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara.
Kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal merekodkan jumlah tertinggi dengan 88 kematian dicatatkan di seluruh negara setakat kelmarin sejak Op Selamat 18 sempena Aidilfitri dilancarkan pada 29 April lepas.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata kemalangan maut membabitkan pemandu dan penumpang kenderaan lain pula mencatatkan 44 kematian diikuti pejalan kaki dengan lapan kematian serta penunggang basikal (satu kematian).
Polis Melaka mengeluarkan 7,956 saman terhadap pemandu yang dikesan melakukan kesalahan dalam tempoh 10 hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Aidilfitri, yang dilancarkan pada 29 April lepas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Supt Amran@Mohamad Zaki Omar berkata jumlah itu meningkat berbanding 6,022 saman dikeluarkan dalam tempoh yang sama pada Op Selamat 15.