COVID-19 | 56 Premis Perniagaan & Tapak Pembinaan Gagal Patuhi SOP
56 premis membabitkan kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup selepas gagal mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia hasil daripada 83,031 pemeriksaan dan 'snap check' dijalankan di seluruh negara kelmarin.
COVID-19 | Masih Ada Pemilik Premis Degil, Ingkar SOP
Meskipun lebih setahun pelbagai SOP bagi mencegah penularan COVID-19 dikuatkuasakan, namun masih ada pemilik premis gagal mematuhinya.
Ia terbukti apabila lima kompaun bernilai RM50,000 dan 11 notis amaran dikeluarkan ke atas 16 pemilik premis, dalam Op Pemantauan dan Pematuhan SOP COVID-19, di sekitar daerah Melaka tengah semalam.
‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.
LANGGAR SOP | Tutup Operasi Kilang Jika Terus Gagal Patuh SOP
Kerajaan tidak teragak-agak untuk menutup operasi kilang yang gagal mematuhi SOP walaupun mendapat kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kesalahan paling banyak dikesan ketika Op Patuh di seluruh negara adalah tidak mengimbas kod MySejahtera.
IMIGRESEN | 243 Pekerja Warga Asing Miliki Dokumen Sah
Seramai 243 pekerja warga asing di Kawasan Perindustrian Besgrade, Pokok Sena telah diperiksa oleh Jabatan Imigresen Negeri Kedah melalui Op Patuh Bersepadu.
Timbalan Pengarah Imigresen Negeri, Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, pemeriksaan terhadap pekerja-pekerja tersebut yang kini berada di bawah PKPD dilakukan selepas pihaknya menerima banyak aduan wujudnya kehadiran warga asing di kawasan terbabit.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata sebanyak 7,410 kompaun telah dikeluarkan dan 4,440 premis telah diarah tutup sejak 25 Jun lalu sehingga semalam.
Polis mempertingkatkan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) di beberapa lokasi tumpuan sekitar ibu negara dengan menggunakan 3 unit dron dari Pasukan Gerakan Udara, Bukit Aman.
Pemantauan tertumpu di 3 lokasi membabitkan Taman Tasik Perdana, Tugu Negara dan kawasan aktiviti sukan di Padang Merbok.
‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.
PANTAI BAGAN LALANG | Individu Dikompaun Jika Langgar SOP, Tidak Lengkap Vaksin
Bermula minggu depan, tiada lagi amaran akan diberikan kepada orang ramai yang belum lengkap vaksinasi, namun mengunjungi pantai Bagan Lalang di Sepang, Selangor.
Individu terlibat akan terus dikenakan kompaun, kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan, kerana aktiviti riadah atau perkhemahan hanya dibenarkan, kepada mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19.
‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.