BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE OP BENTENG | Banteras PATI

OP BENTENG | Kebajikan Tahanan PATI Terjaga

Ribuan Ringgit dipertaruhkan pendatang asing tanpa izin (PATI), walaupun tahu risiko duit itu boleh melayang begitu saja.

Khairul Rizuan Azizan, yang menyertai Op Benteng daratan bersama Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF), di Sik, Kedah baru-baru ini ada laporannya.

 
OP BENTENG | 5 Warga Indonesia Cuba Seludup 230 Kilogram Ganja

Cubaan menyeludup masuk ganja seberat 230 KG dianggarkan bernilai RM700,000 di Perairan Pulau Beras Basah, Langkawi ditumpaskan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kedah dan Perlis.

 
OP BENTENG | Wanita Mengandung Antara 7 PATI Ditahan

Angkatan Tentera Malaysia menahan tujuh pendatang tanpa izin warga Indonesia termasuk wanita mengandung di Pesisiran Pantai Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Johor, awal pagi tadi.

 
KDN bakal buru PATI di Sabah dalam operasi besar-besaran

5kkzQ_do.jpg


KUALA LUMPUR: Mana-mana individu tanpa sebarang dokumen di Sabah diberi peringatan supaya pulang ke negara asal secepat mungkin.


Pendatang tanpa izin (PATI) yang gagal berbuat demikian dan berhasrat terus menetap di Negeri Di Bawah Bayu itu bakal ditangkap menerusi operasi besar-besaran dalam tempoh terdekat.

Memberi peringatan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata kerajaan komited untuk merungkai masalah lambakan warga asing tanpa dokumen sah di Sabah.

Hasil penelitian lanjut, katanya, isu lambakan warga asing di negeri terbabit semakin meruncing kerana masih wujud pengeluaran kad yang tiada perakuan oleh mana-mana agensi rasmi.

"Saya ingin tegaskan, kerajaan tidak akan keluarkan lagi kad IMM13 tetapi yang jadi masalah sekarang sehingga berderet nak daftar bukan IMM13.

"Sebaliknya dokumen lain yang kita sendiri tidak tahu siapa ingin keluarkan dalam zaman kerajaan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

"Oleh itu, saya ambil tindakan untuk memastikan tiada lagi pengeluaran dokumen selain yang sedia ada buat masa ini.

"Kita nak selesaikan isu warga asing di Sabah, justeru sesiapa yang tidak mempunyai dokumen dan tinggal di Sabah, cepat pulang ke negara asal kerana kita akan buat operasi besar-besaran," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Isu lambakan PATI di Sabah yang didakwa berpunca daripada pelbagai faktor khususnya dikaitkan dengan pemberian Pas Sementara Sabah (PSS), IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung.

Perdebatan hangat menerusi celahan bertali arus tercetus daripada beberapa ahli Parlimen seperti Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis), Ma'mun Sulaiman (WARISAN-Kalabakan), Datuk Azizah Mohd Dun (BERSATU-Beaufort) dan Vivian Wong Shir Yee (DAP-Sandakan).

Keadaan itu seakan tidak membenarkan Hamzah memberi penjelasan berhubung polemik lambakan warga asing di Sabah kerana masing-masing ingin menegakkan pendirian, selain memberi gambaran sebenar di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Mengetepikan celahan lanjut, Hamzah menjelaskan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS), susulan syor yang dikemukakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai PATI di negeri terbabit.

"JKPWAS bertanggungjawab untuk mengkaji dan membincangkan isu berkaitan pendatang dan orang asing di Sabah," katanya.

 
20 PATI baru 'mendarat' dicekup

ANTARA PATI berkenaan. PIX IHSAN PGA Batalion 4


Sungai Besar: Cubaan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba menyusup masuk ke negara ini secara haram mengundang padah apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batilion 4 di Sungai Nipah, Sungai Haji Dorani, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batilion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, pihaknya menahan semua individu terbabit menerusi Op Benteng Covid di lokasi berkenaan jam 12.30 tengah malam.

"Hasil operasi itu, kami menahan 13 lelaki warga Indonesia berusia antara 21 hingga 41 tahun dan tujuh wanita warganegara sama berusia antara 24 hingga 40 tahun.

"Siasatan lanjut mendapati semua mereka disyaki baru tiba dari Indonesia dan masuk melalui jalan tidak diwartakan (jalan laut) dengan menggunakan bot dan seterusnya mendarat di pesisir Sungai Nipah," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Zulafendy berkata, tangkapan dibawa ke Balai Polis Sungai Besar untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959.

"Semua tangkapan juga menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam," katanya.


== hmetro
 
120 PATI Di Tahan - Menteri

15.09.2020 - Kuala Lumpur, Tindakan tegas pihak berkuasa dalam mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini menyaksikan 122 individu termasuk dua tekong ditahan dalam Operasi Benteng yang dijalankan semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua mereka ditahan kerana memasuki sempadan negara melalui laluan tidak sah dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Operasi Benteng melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan pandemik Covid-19. Sebanyak 79 sekatan jalan raya Operasi Benteng dilaksanakan semalam membabitkan PDRM (57), Aksem (10) dan ATM (15),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai Pasukan Petugas Operasi Pematuhan tatacara operasi piawai (SOP), beliau berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-182 semalam menyaksikan seramai 68 individu ditahan atas kesalahan melanggar SOP. Beliau berkata daripada jumlah itu, 66 individu dikompaun manakala dua direman.

“Antara kesalahan ingkar PKP ialah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (21), tidak memakai pelitup muka (18), gagal melunaskan bil kuarantin (3) dan tangkapan pendatang tanpa izin (2),” katanya.

Mengenai kuarantin wajib, Ismail Sabri berkata sejak 24 Julai lepas hingga semalam, 29,438 individu pulang ke tanah air dari 32 negara dan kesemua mereka ditempatkan di 72 hotel dan lapan premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

“Daripada jumlah itu, 9,737 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, 71 individu dihantar ke hospital untuk rawatan dan 19,630 individu telah didiscaj serta dibenarkan pulang,” katanya.

Memperincikan perkara itu, beliau berkata mereka yang berkenaan pulang dari Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu. Negara lain ialah Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/09/op-benteng-120-pendatang-tanpa-izin-ditahan-menteri/
 
119656174_209449370517298_446467386667602285_n.jpg


119682507_209449393850629_9115374141223933979_n.jpg


119666438_209449417183960_698031548835511888_n.jpg


21/09/2020

Satu lagi mayat PATI warga Indonesia ditemui terdampar di pantai sekitar jam 9.25 pagi.

Mayat wanita ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi enam mayat PATI yang lemas di pesisir Pantai Teluk C, Bandar Penawar, di Kota Tinggi, awal pagi semalam.
 
Warga emas, 3 PATI ditahan

25kota_1601008068.jpg


KOTA TINGGI: Cubaan warga emas berusia 70 tahun membawa masuk tiga wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dipatahkan apabila dia ditahan Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), jam 11.50 pagi semalam.

Menurut kenyataan dimuat naik di laman Facebook Tentera Darat Malaysia, kumpulan rondaan dari Pasukan 1 KAD melihat sebuah teksi dalam keadaan mencurigakan di bahu jalan sekitar kawasan Ladang Sg Tengah, Bandar Penawar, di sini, bersama seorang pemandu lelaki warga tempatan berbangsa Cina berusia 70 tahun.

"Pemandu itu memaklumkan kenderaannya mengalami kerosakan. Namun, hasil siasatan lanjut, beliau didapati sedang menunggu PATI.

"Pemeriksaan di kawasan sekitar berjaya menemui tiga wanita warga Indonesia berusia antara 37 hingga 40 tahun yang baru masuk ke Malaysia dan menunggu kenderaan itu," katanya.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM57,930.45 termasuk kenderaan jenis Proton Exora serta wang tunai dan tiga buah telefon bimbit.

Mereka kemudiannya dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk dibuat pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).


== bharian
 
Back
Top
Log in Register