Saya tadi terbaca sedikit info mengenai projek Pheonix Proton kat CBT, NST & juga dari rakan2 blog seperti theking & lain2..antara info yang menarik ialah :-
- Enjin turbo berasaskan enjin Campro, tetapi telah dilakukan beberapa modifikasi pada water jackets & sistem CVVT (Continuous Variable Valve Timing) pada intake valves.
- Enjin ini menggunakan sistem LPT (Low Pressure Turbo) dari BorgWarner yang memberikan kuasa tambahan sekitar 1,800 rpm. Kuasa enjin pula disasarkan sekitar 140hp (*mungkin lebih lagi kot)
- Pengenalan kotak gear terbaharu Proton iaitu manual 6 kelajuan dari Getrag & CVT (Continuous Variable Transmission) dari ZF/Punch..kemungkinan juga ada versi automatik 5 kelajuan
- Selain itu enjin IAFM+ (*mungkin dengan sistem CVVT (Continuous Variable Valve Timing) juga sedang dibangunkan
- Sempena ulangtahun ke-25 Proton tahun ini, akan ada versi Edisi Terhad Proton Exora sebanyak 25 unit
- Model facelift Saga (phase 1) cosmetic changes sahaja dengan IAFM (ECU 32bit) dijangka dilancarkan hujung tahun ini, facelift Saga (phase 2) cosmetic changes dengan enjin IAFM+ dilancarkan pada 2011
- Model baharu gantian Waja dijangka dilancarkan sekitar Oktober 2010 berasaskan model Lancer Fortis, enjin kemungkinan berkapasiti 1.8 & 2.0 (*masih belum dipastikan)
- Model baharu gantian Perdana pula dijangka dilancarkan sekitar Q2, 2011 berasaskan model VW dalam segment D (* kemungkinan VW Passat)
- Proton sedang dalam proses membangunkan model generasi ke-3, iaitu model gantian Persona & kemungkinan juga Proton EMAS di Itali bersama Italdesign Giugiaro..