BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

update : Mat kilau Si Penderhaka

hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,471
Points
251
rentetan dari siaran majalah 3 dan sebahagian maklumat.

SEJARAH PERJUANGAN MAT KILAU
Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Bapanya bernama Imam Rasul atau gelarannya Tok Gajah, seorang pembesar Pahang. Ibunya bernama Mahda binti Tok Kaut Burau.
Dari kecil beliau telah pandai membaca al-Quran, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi beliau ialah bermain gasing dan berlaga buah keras, sejenis permainan tradisional yang telah pupus. Beliau sentiasa menjadi juara di kampungnya.

Ketika berusia 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud dari Kampung Kedondong dan dianugerahkan tiga orang cahaya mata. Mat Kilau belajar silat, menuntut ilmu kebatinan dan seni mempertahankan diri serta bermain senjata seperti keris, tombak dan parang daripada ayahnya, Tok Gajah. Beliau menuntut ilmu agama daripada Allamah Haji Botok bin Osman, ulama Kelantan yang berpindah menjadi mufti Pahang pada zamannya.

Sekitar tahun 1890-an, tugas memungut cukai dan hasil tanah oleh pembesar negeri yang dilantik telah diambil alih E.A. Wise, wakil penjajah British. Rakyat Pahang marah dengan tindakan British itu lalu bangun memberontak termasuk para pembesar negeri antaranya Tok Gajah dan Dato’ Bahaman.
Mat Kilau, pahlawan muda berusia 27 tahun ketika itu muncul membantu perjuangan Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Pahlawan tiga serangkai ini menguatkan pasokan tentera menentang British. Mereka berperang dengan British di Lubuk Terua, Temerloh, Bentong, Jeram Ampai dan Kuala Tembeling.Gerakan ini mendapat sokongan padu daripada ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.
Dengan kemahiran selok belok ilmu hutan dan treking Mat Kilau menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini masih digunakan oleh pencari hasil hutan seperti damar dan kayu gaharu dikenali sebagai Laluan Mat Kilau atau Mat Kilau Trail.
Pada 14 Jun 1894 Dato’ Bahaman dengan bantuan Mat Kilau bersama 100 orang pengikut mereka menawan semula Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas di bawah pimpinan Kolonel Walker. Sejak itu mereka terus diburu oleh British dan dilabel sebagai penderhaka. Akhirnya mereka terpaksa berundur ke Kelantan.
Pada 22 Oktober 1895 akhbar The Straits Times melaporkan, "Ketua Penderhaka, Dato' Bahaman telah ditawan pemerintah Siam.” Akhbar The Free Press pula melaporkan, ”Mat Kilau telah melawan apabila ditahan. Akibatnya dia telah cedera parah di muka dan kepalanya. Dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu."
Sebenarnya Mat Kilau tidak mati. Ini disahkan oleh kawan-kawannya iaitu Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lagi.

Disebabkan Mat Kilau telah sedia dicop 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau menyembunyikan identiti dirinya serta berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Akhirnya beliau bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak tahun 1930, beliau menukar namanya beberapa kali dan akhirnya menggunakan nama Mat Siam.

Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, anak Mat Kilau yang bernama Omar Mat Kilau mengiring bapanya ke masjid Kampung Masjid, kampung kelahiran Mat Kilau, untuk solat Jumaat.

Beliau yang memakai serban hitam dan gamis putih diusung dan dipayungi oleh sekumpulan pengikutnya. Selepas solat beliau membaca al-Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau dengan kad pengenalan no. 2044778 atas nama Mohamad bin Ibrahim.

Kerajaan negeri Pahang menubuhkan sebuah jawatan kuasa pada 8 Januari 1970 dan beberapa orang ditemuramah bagi mengesahkan bahawa Mat Siam itu sebenarnya ialah Mat Kilau. Pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.

Empat hari kemudian pada 10 Ogos 1970 Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur ketika berusia 105 tahun.

fr google..
A History Of Pahang - A Note (Pahang, Sejarah dan Budaya – Norazit Selat)


22.8.1892 – Mat Kilau dan adiknya Awang Nong menyerang Duff dan Panglima Perang Yusuf di kubu Kuala Atok, Sg. Tembeling.


23.8.1892 – Walker dan E.A. Wise tiba di Kuala Atok untuk memberi bantuan tetapi Mat Kilau dan Awang Nong serta pengikut berundur ke Rueh (Ruai) kemudian ke Tenggiling di Hulu Lebir.


6.9.1892 – Orang-orang Bahaman menggeledah perahu pegawai British di Jeram Cangkong (berhampiran Kg. Jeram Landak) Walker meneruskan gerakan hingga ke Kenong, kemudian pulang ke Kuala Tembeling.


16.9.1892 – Hugh Clifford, Walker dan Duff serta 46 orang polis Sikh memburu Bahaman ke Kecau. Pasukan Bahaman berundur ke Temesu kemudian ke Hulu Nenggiri berhampiran Pulai.


Disember 1893 – Maharaja Purba Jelai berunding dengan Tok Gajah, Bahaman dan Mat Kilau di Cekuas, Hulu Tembeling bagaimanapun menolak syarat penyerahan diri.


25.3.1894 – Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau bertemu Tok Ku Paloh ketika mereka berlindung di Kg. Seberang Engku Ngah, Kuala Terengganu. Tok Ku Paloh mengumpul 100 orang dari Besut, Terengganu dan Hulu Lebir, Kelantan bagi membantu pejuang.


14.6.1894 – Para pejuang menyerang Balai Polis di Kuala Tembeling (Pasir Tambang) dan membunuh 5 orang polis Sikh.


14.7.1894 – Para Pejuang menyerang dan menawan kubu British di Jeram Ampai.


15.7.1894 – Hugh Clifford meneruskan gerakan ke Kuala Sat dan mendapat tahu Tok Gajah berada di Lebir dan Bahaman berada diantara Sg. Tahan dan Hulu Atok.


29.7.1894 – Pasukan Hugh Clifford bersama 130 pengikut tiba di Kuala Aur, Hulu Pertang (Terengganu) dari Kuala Sat.


30.7.1894 – Berlaku pertempuran di Hulu Pertang. 2 orang Melayu dan seorang polis Sikh dari pihak British terbunuh. Pasukan Tok Gajah berundur ke Kelantan dan mendapat simpati dari penduduk Belimbing dan Kuala Ketiar. Penunjuk jalan orang-orang dari Kg. Alur telah menyesatkan pasukan Hugh Clifford menyebabkan gagal mengesan pasukan Tok Gajah.


Tok Gajah dan Mat Kilau serta keluarga berlindung di Hulu Terengganu. Tok Gajah meninggal sakit tua di Pasir Nering. Bahaman serta keluarga dan pengikut berlindung di Hulu Kelantan.

part last tu best

mi5 pun tau mat kilau masih hidup

ending kat tv3 dikatakan sebagai penderhaka... bkn penderhaka pada raja dan tanah air tetapi pada penjajah...

head shot to macai...!!

Maaf tuan, tak ramai cucu cicit Mat Kilau (macam den) yg boleh cerita kisah lalu secara terbuka...

Ketika kedatangan British (fokus mereka adalah hasil bumi) mereka akan menyokong pemerintah (sultan) yang boleh mengikut telunjuk mereka (ketika itulah cukai diperkenalkan). Kebanyakan pewaris darah di raja yang alim (kuat agama) enggan menerima kehadiran British yang memperkenalkan sistem yg tidak berlandaskan syariah Islam. Jadi, mereka yg tamakkan kuasa berbanding kesejahteraan rakyat jelata bersekongkol dgn penjajah utk mendapat sokongan.

Kalau dilihat dari konteks lainnya, penjajah yg memburu pahlawan melayu adalah dari permintaan ketua ketua melayu sendiri yg tamak kan kuasa yg seharusnya bukan milik mereka. Ini adalah sebab utama waris asal kesultanan melayu menyembunyikan diri jika tidak mereka pasti akan dilenyapkan (ini bukan gurauan).

‘FAKTA SEJARAH BERGAZET’
"Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895." (Akhbar The Straits Times & The Free Press, Keluaran Oktober 1895)

PERSOALAN?

Siapakah Lelaki yang muncul pada 27 Januari 1970 di pinggir Sungai Kuantan, Kampung Peramu, yang juga bergelar Tok Guru Peramu atau nama sebenarnya Tengku Abdul Rahman Bin Tengku Nong@Tok Noh , yang lebih dikenali dengan gelaran Datuk Bahaman Orang Kaya Setia Semantan Pahang.

Walaupun tubuh tua ini tidak pernah mengaku dirinya Tok Bahaman, tetapi dia tidak pernah menafikan dirinya adalah Tok Bahaman jika ditanya persoalan adakah Beliau Tok Bahaman, yang hanya dipamerkan Beliau adalah reaksi untuk mengalihkan perhatian penanya soalan tersebut kepada hal lain.

Buktinya, sewaktu akhir hayat Tok Guru Peramu (berpindah alam pada 23 Julai 1977), Beliau mendedahkan nama sebenarnya kepada beberapa orang yang dipercayai supaya tidak berlaku kekeliruan jika Beliau sudah meninggalkan dunia ini kelak terutamanya semasa talkin. Nama yang didedahkan adalah, Abdul Rahman, 7 hari setelah Beliau mendedahkan hal tersebut kepada orang-orang yang dipercayai Beliau, Beliau telah dijemput ALLAH dalam keadaan penuh kemuliaan, iaitu dalam keadaan bibir yang tiada putus menuturkan Asma kepada ZAT Maha Agung… ALLAH, ALLAH, ALLAH…

**********************************************************************

‘FAKTA SEJARAH BERGAZET’

"Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". (Akhbar The Free Press, keluaran 22 Oktober, 1895)

PERSOALAN?

Siapakah Lelaki yang memegang Kad Pengenalan yang bernombor K/P 2044778, yang sebelum itu menggunakan nama Mat Dahan, Mat Siam, Mat Dadu, Mat Din dan akhir sekali Muhammad Bin Ibrahim sebelum mengisytiharkan diri di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang sebagai Mat Kilau pada hari Jumaat, usai dari Solat Jumaat bertarikh 26 Disember 1969.

Kemudian dari itu, setelah siasatan dilakukan, pada 6hb Ogos 1970, Menteri Besar Pahang telah mengesahkan bahawa Insan tersebut adalah Mat Kilau yang terlibat dalam Penentangan British di Pahang bersama Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Lela, Mat Kelubi, Mat Kelantan dan beberapa orang lain lagi dari Mac 1892 – Oktober 1895.
Bertuahnya rakyat Pahang khasnya dapat mendekati Tokoh Pejuang hebat secara terus ketika itu.

ALLAHU Akbar.
**********************************************************************
‘FAKTA SEJARAH BERGAZET’

Gugur dalam Peperangan di Kampung Dalam Pupuh pada 25 Mei 1915, seterusnya jasadnya di arak ke Kota Bharu menaiki kereta lembu pada 26 Mei 1915 dengan iringan Kapten Alex atas arahan Mejar Borton.

Jasad yang didakwa Tok Janggut itu digantung songsang selama 3 hari di Padang Bank sebelum penduduk Pasir Pekan yang bersimpati mengusung jasad yang telah diaibkan itu (jasad tersebut sengaja dipotong janggutnya di khalayak ramai, seterusnya unggun kayu api dilayang ke tubuh tersebut, kononnya sebagai suatu pengajaran kepada mereka yang menentang British) dikebumikan di Pasir Pekan, Kelantan.

PERSOALAN?

Sebelum diarak ke Kota Bharu, jasad yang dikatakan Tok Janggut itu diarak disekeliling Pasir Puteh untuk ditunjukkan pada rakyat Pasir Puteh nasib seorang yang menentang British, TETAPI, TETAPI, TETAPI, penduduk-penduduk sekitar Pasir Puteh TIDAK DIBENARKAN melihat jasad tersebut, mereka hanya dapat melihat kereta lembu yang di dalamnya terbaringnya jasad seorang lelaki yang telah ditutup, dan kedengaran dari Malay State Guides, ‘Inilah tubuh penderhaka, inilah tubuh penderhaka, inilah tubuh penderhaka’.

Bertambah pelik, jasad tersebut hanya dipamerkan setelah mereka sampai ke Padang Bank, Kota Bharu Kelantan.

Bagaimana mungkin jasad seorang Ulama besar bertaraf Aulia’ (yang digelapkan sejarah Kealimannya) boleh diaibkan sebegitu rupa? Tok Janggut atau nama sebenarnya Syeikh Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas Bin Samad Bin Raja Bahar adalah Murid Tua dan juga Kepala Mutholaah dalam Jemaah Fathoniyyah Al Alim Al Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain Al Fathoni (Syeikh Ahmad Al Fathoni) @ Tuan Faridah.

Jika jasad yang dikebumikan pada 29hb Mei 1915 di Pasir Pekan itu adalah jasad kepada Syeikh Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas Bin Samad Bin Raja Bahar, maka siapakah pula yang dikebumikan di Hutan Putih, Machang, Kelantan pada 14 Disember 1969 dengan panggilan Haji Ahmad atau Haji Mad Keramat.

**********************************************************************
Dari ketiga-tiga FAKTA SEJARAH BERGAZET di atas, apakah yang dapat sekalian sahabat boleh simpulkan?

British merasakan mereka telah berjaya menakutkan rakyat tanah Melayu dengan ‘scare tactics’ mereka, tetapi perkiraan mereka benar-benar tersilap kerana 2 daripada Pahlawan-pahlawan yang pernah menentang mereka muncul di tengah-tengah khalayak ramai. ALLAH MAHA ADIL.

Jadi, lebih dari 20 tahun Mereka ( Ulama dan Pahlawan Pejuang Menentang British) mendiamkan diri dan tidak mendedahkan diri di khalayak ramai sebagai siapa mereka yang sebenarnya, adakah kerana mereka TAKUT? Adakah kerana mereka PENGECUT? Sudah semestinya TIDAK. Salah satu sebabnya adalah kerana mereka ini menyimpan dan memegang amanah Tokku Paloh (As Sayyid Abdur Rahman Al Aydrus).

Sang Faqir agak terkilan dengan kenyataan salah seorang yang dikenali dirinya sebagai pewaris Tok Janggut, yang melabelkan Tok Bahaman, Aki Mat Kilau, Mat Kelantan, Mat Kelubi dan lain-lain pejuang Pahang yang mengundurkan diri dari Pahang, sebagai Ayam mematuk (patuk dan lari). Aduhaii, ingin tegur tetapi bimbang mengaibkan dirinya di khalayak ramai.

Sejarah Pejuang terdahulu penuh dengan rahsia kenapa mereka berundur dan mendiamkan diri. Andai kita tidak tahu dan tidak mendalami, sebaiknya terus mencari, jangan terus menghukum dan membuat kesimpulan.

Perjuangan mereka dicatatkan di dalam teks sejarah kita kerana cukai, kerana kedudukan dan lain-lain yang berkaitan dengan dua hal tersebut, ternyata ianya amat silap, perjuangan mereka bukan kerana cukai (Terutamanya Tok Janggut) atau kuasa, tetapi kerana ALLAH, untuk membela agama ALLAH.

siapa penderhaka sebenarnya...?? :D

hope fully thread ini akan membuka mata bangsa melayu islam khususnya...

bangun..
sedar diri..
jgn dikuburkan perjuangan org2 lama..
jgn tau nk enjoyyyy jer... :D

Dato' Maharaja Lela

seorang lagi tokoh
pejuang melayu
yang menentang inggeris ...

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=459104
 
Last edited:
xder saper dpt sah kan yg tuh mat kilau..nih masalah nyer..
 
saya suka dgrkan kisah perjuangan pahlawan melayu dulu menentang penjajah ttpi pd hari ini penjajah haram ini diangkat, disokong dan dipuja...
 
pahlawan ke? nnt ada lak yg kata pemberontak?
 
part last tu best

mi5 pun tau mat kilau masih hidup
 
ending kat tv3 dikatakan sebagai penderhaka... bkn penderhaka pada raja dan tanah air tetapi pada penjajah...

head shot to macai...!!
 
pelikan, kita merdeka dari british, tapi takde satu pun cerita menentang british, asyik lawan komunis dan jepon, malah mereka yg menentang mcm mat kilau, dato bahaman, tok janggut di anggap sebagai pengkianat, tolong sapa2 yg ada info boleh terangkan....
 
pelikan, kita merdeka dari british, tapi takde satu pun cerita menentang british, asyik lawan komunis dan jepon, malah mereka yg menentang mcm mat kilau, dato bahaman, tok janggut di anggap sebagai pengkianat, tolong sapa2 yg ada info boleh terangkan....

mana nk ada kisah menentang british..
da yg tukang citer nya geng british...
 
Back
Top
Log in Register