BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang Perak tolong komen: Mengenal-pasti Dato' Maharaja Lela - Daeng Selili & Pandak

TokCu

Legendary Member
gem
Messages
11,155
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
542
Points
161
Orang Perak tolong komen: Mengenal-pasti Dato' Maharaja Lela - Daeng Selili & Pandak

Mungkinkah yang dimaksudkan Dato’ Maharaja Lela dalam kontek legasi Orang Besar-Besar Lambor pada zaman Kesultanan Melayu Perak/Lambor ini, nama batang-tubuhnya ialah Daeng Selili; iaitu seorang anak Raja Bugis dari Luwuk, Sulawasi. Daeng Selili dilantik menjadi Mufti oleh Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13; 1728 – 1756) atas jasanya menawan perompak-perompak di Pulau Sembilan, pada tahun 1743, Atas jasanya itu beliau di anugerahkan Orang Besar bergelar Maharaja Lela Tan Ela Putera Pancong Tak Bertanya.

Justeru catatan sejarah menyebutkan Sultan Muzaffar Shah III (nama sebenar Beginda ialah Raja Inu) bersemayam di Brahman Putera (Bota Kanan). Pada tahun 1742 – 1743; telah berlaku rebutan kuasa dengan adindanya Raja Bisnu; iaitu Raja Muda yang bersemayam di Pulau Tiga. Raja Muda mendapat sokongan kuat dari Daeng Chelak, Yam Tuan Riau. Raja Muda diangkat menjadi Sultan bergelar Sultan Muhammad Shah dan bersemayam di Pulau Tiga. Sementara Sultan Muzaffar Shah III terpaksa berundur dan bersemayam di Sayong (dalam daerah Kuala Kangsar). Pada masa ini Negeri Perak diperintah oleh dua Sultan. Akhirnya Sultan Muzaffar Shah III telah balik semula ke takhtanya di Brahman Indera secara muafakat dan adindanya menjadi Raja Muda semula.

Manakala Dato’ Maharaja Lela dalam peristiwa Pembunuhan JWW Birch (1875) ialah Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam. Saya mencongak jarak antara Sultan Muzaffar Shah ke III (Sultan Perak ke 13; 1728-1756) itu dengan Raja Abdullah (Tragedi Birch, 1875) adalah 131 tahun. Mungkin – orang dulu-dulu mempunyai jangka hayat yang panjang hingga 100 tahun lebih. Tapi semasa kedatangan Daeng Selili (Maharaja Lela Tan Ela Putera Pancung Tak Bertanya) ke Perak/ Lambor (mengalahkan pemberontakan di Pulau Sembilan dan diangkat menjadi Mufti, agak-agak umur beliau adalah sekitar awal 20an. Katakan umur beliau 20 tahun (pada tahun 1743) > (1875)/ 1875 – 1743 = 132 thn + 20thn (umur ketika baru mula sampa ke Lambor); bermakna umur Maharaja Lela ketika peristiwa Pembunuhan Birch ialah 152 tahun.

Mungkinkah pada usia itu Dato Maharaja Lela yang satu itu begitu perkasa. Atau Maharaja Lela peristiwa Birch itu Maharaja Lela II; iaitu Pandak Lam yang sudah jadi orang Kampung Gajah. Perlu diingat Raja Abdullah (1874 - 1876; Sultan Perak ke 26) dalam Peristiwa Pembunuhan Birch, 1875 bersemayam di Bagan Datoh.

Bagaimana pun tetaplah, gelaran/anuegarah Datok Maharaja Lela itu telah dimulai dari kerabat Maharajalela dari Lambor. Walahuaklam.

dinbatubara : http://dinbatubara.blogspot.com/2011/06/mengenal-pasti-dato-maharaja-lela-daeng.html

Orang perak tolong komen …



Sejarah Arus Perdana:

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Negeri Perak yang merupakan bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Beliau merupakan keturunan Daeng Salili adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 111, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela.

Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang kaya-kaya Seri Agar Diraja (Lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W.Birch), Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875.

Melalui perjanjian Pangkor yang telah ditandatangani oleh Sultan Abdullah dengan Gabenor negeri-negeri Selat. Sir Andrew Clarke, pada 20 Januari 1874. Negeri Perak terpaksa menerima seorang Residen Inggeris yang pertama bagi negeri Perak.

Birch telah mengubahsuai adat istiadat melayu dan menjadikan negeri Perak sebagai tanah jajahan Inggeris di negeri-negeri selat yang mendatangkan banyak hasil kewangan bagi penjajah inggeris. Tindakan sedemikian telah ditentang oleh Datuk Mharaja Lela di Pasir Salak juga oleh Sultan sendiri. Akibatnya pada waktu subuh 2 November 1875 Birch diserang dan dibunuh.

Pembunuhan Birch telah menggemparkan Inggeris. Mereka menganggap peristiwa itu sebagai kebangkitan rakyat Melayu menentang penjajahan Inggeris. Pada 7 November 1875 Inggeris telah menghimpunkan satu angkatan tentera yang besar lalu menyerang Pasir Salak. Serangan Inggeris itu dapat dipatahkan oleh Perwira-perwira Melayu yang dipimpin Datuk Maharaja Lela. Dalam pertempuran itu Kapten Innes pemerintahan pasukan Inggeris dan dua orang askarnya telah terkorban.

Namun beliau dianggap bersalah kerana disabitkan terhadap kes pembunuhan J.W.W.Birch oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati di tali gantung sebagaiorang yang bermaruah demikebebasan dari penjajah kuffar.

Inilah iktibar yang perlu diambil kira oleh seorang syuhada'. Seorang yang telah dilantik secara sah sebagi seorang mufti bangun untuk menegakkan keadilan. Beliau bukan sahaja telah menyelamatkan negeri Perak bahkan tetapi telah menyelamatkan Negeri perak dari dijajah pemikiran serta wabak doktrin-doktrin kufar. Maka Allah telah memilih penghabisan nyawa Syuhada' Dato' Maharaja Lela sebagai seorang Syahid. Moga pemergian Dato' Maharaja Lela akan melahirkan lebih ramai lagi semangat dan jiwa kental di negeri Perak seperti beliau.
 
Daeng Selili [ Dato’ Maharajalela I ] (Bergelar Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya) Mufti Pertama Perak(mangkat 1766)



Siapakah dia Arung Singkang dan juga Daeng Selili Dato Maharajalela Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya?

Fakta-fakta yang menyokong:

Arung Singkang dan Daeng Selili lahir pada 1700 atau sedikit awal dan mangkat pada tarikh yang yang berbeza hanya setahun. Arung Singkang Mangkat 1765 dan Daeng Selili pulak mangkat 1766. Daeng Matokko’ adalah abang kepada Arung Singkang, dia membawa 150 pengikut keJohor pada 1681.

Mereka juga berasal dari keluarga DiRaja Bugis Wajo, Daeng selili berbondakan Ratu Sedinding atau mungkin Sedenreng, Bondanya adalah Datu Luwu menggantikan Ayahandanya Payung Kerajaan Luwu/Luwuk/Luak, Opu Pajung-ri Daeng Muhammad Wali ud-din telah berkahwin dengan Sultan ‘Ala ud-din Ahmad Shah Johan Badr Berdaulat Sultan Aceh 1727-1735 . Arung Sinkang tidak diketahui siapa bondanya, dan dicerita pada 1700 telah dibawa ke Kutai semasa kanak-kanak lagi olih bapa saudaranya, Lamohang Daeng Mangkona atau Pua Ado I . Ketika itu Pihak Belanda yang bekerjasama dengan Arung Palakka, Raja Bone telah mengalahkan Gowa/Makassar dan memaksa I-Mallombassi Daeng Mattawang Karaeng Bonto Mangngape Sultan Muhammad Bakar Hasan ud-din Makassarnya [Tumenanga-ri Balla'Pangkana], Sultan Gowa menandatangani Perjanjian Bungaya pada 18th November 1668 dibawah pengaruh Belanda. Ramai pembesar-pembesar Bugis telah berpindah kekerajaan lain kerana tidak mahu menjadi hamba Belanda.

Terdapat daerah-daerah yang dinamakan Daerah Selili Seberang dan juga Gunung Selili, kerana kebiasaannya orang Bugis akan menamakan satu-satu kawasan dengan nama Raja mereka atau pemimpin mereka contoh Mempawah ia adalah diambil dari nama Daeng Mempawah.

Daeng Selili atau Arung Singkang telah dibawa keMesir olih Sheik……. untuk mendalami Agama Islam dan belajar di Madrasah Al-Azhar. Dan Beliau telah kembali keKutai sebagai seorang pemuda yang berilmu baik didalam hal Agam Islam mahu pun dan Ilmu peperangan.

Daeng Selili atau Arung Singkang telah mengembangkan Islam dikalangan Istana Kutai dan Istana Pasir, kerana tentangan pada 1726 telah menawan Kutai dan Pasir. Daeng Selili atau La Maddukelleng Arung Singkang dari Wajo ini telah berkahwin dengan Puteri Sultan Kutai, Puteri Anden Ajeng Putri Sultan Sepuh Alamsyah. Termasuk kehadiran laksamana La Bannak To Assak, Daeng Parani, Daeng Mencelak, Daeng Marewa, dan Haji Sore di Wilayah Kerajaan Kutai. Telah merapatkan lagi hubungan Kerajaan Bugis dengan Kerajaan Kutai.

1737 Daeng Selili atau Arung Singkang telah menggunakan kapal perang yang dibinanya sendiri telah berlayar dengan tenteranya telah menyerang dan menaluki semula Wajo dan Bone. Arung Palakka telah melarikan diri keMakassar meminta pertolongan Belanda.

May 16 1739 Daeng Selili telah menyerang Makassar dan menawan ibu kota Makassar, Gowa. Belanda telah mendapat pertolongan Arung Palakka.

March 29 1741 Belanda telah menyerang Bone tetapi tidak berjaya.

1737-1754 La Maddukelleng (Sultan Pasir atau Sultan Peneki) Arung Singkang atau Daeng Selili telah menjadi Yang Dipertuan (Opunna) kepada Raja-Raja Wajo, Soppeng, Bone, Tallo, Tenate, Sumbawa dan Bima. Berjayalah beliau untuk menyatukan wilayah-wilayah Bugis dan mengembangkan Islam.

Arung Singkang atau Daeng Selili terus menerapkan unsur-unsur keIslaman dijajahan pemerintahannya. Ini telah menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati dikalangan Raja-Raja Bugis dibawah naungannya. Berlakulah perselisihan faham dan pemberontakkan.

1754 beliau telah mengundurkan diri dan bersemayam diPeneki.

Beliau dikatakan bahawa mangkat pada 1765 diPeneki. Adakah ia benar?

1754 Olih kerana Arung Singkang atau Daeng Selili mempunyai seorang saudara iaitu Daeng Hanasah di Perak beliau mengambil keputusan berlayar keNegeri Perak bersama pengikut-pengikut setianya. Saudara beliau ialah Daeng Hanasah bergelar Raja Laksamana Mahkota Nakhoda Hitam.

Beliau telah memberikan idea Adat Temenggong kerana telah berlaku Perebutan Kuasa antara anak-anak Raja Perak. Beliau juga telah mengalahkan Lanun diDaerah Dinding dan telah menawan ketua lanun tersebut dan terus memeluk Islam.

Beliau telah dilantik sebagai Mufti Pertama Negeri Perak, dengan gelaran Daeng Selili Haji Besar Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya dan menjadi Pembesar di Daerah Pasir Salak.

Laksamana atau Maharajalela Melayu diAceh yang menjadi Sultan Aceh pada abad 18 masihi adalah Ayahanda kepada Daeng Selili dan Daeng Hanasah dan bonda mereka adalah Ratu Sedinding/Sedenreng ibni almarhum Datu Payung Luak/Luwuk/Luwu.

Atau orang Kaya Maharajalela Melayu Daeng Ahmad ibni almarhum Daeng Abdul Rahman ibni almarhum Daeng Zainal Abidin ibni almarhum Daeng Mansur, Tengku Ribee ibni almarhum Syeikh Abdullah Malik ul Amin.

Daeng Hanasah telah mengahwini Tok Epo iaitu anak saudara Dato Sagor.

1766 Daeng Selili telah wafat, kejadian aneh telah berlaku semasa jenazah beliau mahu dimasukan keliang lahat, sekelip mata jenazah beliau telah ghaib. Kemudian disepakati digantikan dengan tongkat beliau untuk kebumikan.

http://salasilahasalbugis.blogspot.com/
 
Buku Orang Biasa Diraja Hayat dan Zaman Imam Perang Jabor (1858-1921) – Hashim Sam ,diterbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia pada tahun 2000. Saya tidak pernah menjumpai buku ini dijual dimana-mana kedai buku, oleh itu untuk mendapatkannya ialah dengan berkunjung ke pejabat Persatuan Sejarah yang letaknya bersebelahan dengan Perpustakaan Negara. Buku ini ditulis oleh cicitnya, Dato Hashim Sam. Siapa Ngah Jabor ini? Itulah yang telah dikaji dan cuba dikupas oleh Dato’ Hashim dalam bukunya ini.

Berdasarkan tulisan Dato Hashim ini, beliau menyatakan bahawa Ngah Jabor ini adalah saudara paling hampir dengan tokoh paling penting dalam peristiwa penjajahan British di Perak pada kurun ke-19 iaitu Dato Maharajalela Pandak Lam.

Dalam bukunya ini ada dimuatkan salasilah yang menunjukkan hubungan antara Pandak Lam dengan Ngah Jabor. Mengikut catatan Prof C.N Parkinson, Ngah Jabor adalah adik kepada Pandak Lam manakala Buyong Adil menyebut bahawa Ngah Jabor bersaudara dengan Pandak Lam. Kedua-dua nama itu berhubung dengan satu lagi nama iaitu Zainal Abidin yang ditunjukkan dalam carta salasilah itu sebagai ayahanda kepada Pandak Lam dan Ngah Jabor (rujuk m/s 59).

Dalam satu salasilah lain, hubungan antara Pandak Lam dan Jabor ditunjukkan dengan tidak menghubungkan keduanya kepada satu nama yang sama (maksudnya ayah yang sama). Pandak Lam tidak ditunjukkan hubungan keatas (tidak diketahui ayahnya) manakala Jabor ditunjukkan hubungan ke atas iaitu ayahandanya bernama Bardot. Tetapi kedua-dua nama itu berasal dari akar yang sama iaitu bertemu di moyang mereka yakni Daeng Selili yang menunjukkan hubungan mereka dalam satu keluarga Bugis yang besar.

Salasilah yang dinyatakan oleh Parkinson dan Buyong Adil nampaknya bercanggah dengan salasilah yang direkod oleh Fawzi Basri dalam karyanya yang bertajuk Cempaka Sari. Dalam buku itu disebut bahawa ayahanda Pandak Lam bernama Maulud. Manakala yang bernama Zainal itu ialah ayahanda kepada Maulud.

Berbalik kepada cerita Ngah Jabor tadi, beliau dalam usianya yang masih muda iaitu lebih kurang 17 tahun ditangkap oleh pihak British kerana disyaki terlibat dengan peristiwa pembunuhan JWW Birch. Dalam buku ini diceritakan bahawa sesetengah orang berpendapat Ngah Jabor telah dibebaskan senyap-senyap oleh Raja Idris apabila baginda menjadi Sultan pada tahun 1887 (rujuk m/s 84). Ngah Jabor dikatakan muncul semula pada tahun 1894 tetapi dengan nama yang sedikit berbeza iaitu Mohamed Jabar.

Nama ini muncul ketika Kampar mula diteroka untuk dijadikan kawasan perlombongan bijih timah. Mohamed Jabar dikatakan tokoh yang telah membuka bandar tersebut. Beliau dikatakan telah menjadi seorang kaya yang terkenal di Lembah Kampar (rujuk m/s 85). Beliau juga dikatakan pernah membuat tuntutan atas gelaran Dato Maharaja Lela, gelaran yang sebelum itu disandang oleh Pandak Lam. Selepas Pandak Lam menjalani hukuman mati, gelaran tersebut tidak digunakan oleh sesiapa. Tuntutan itu bagaimanapun ditolak oleh Sultan Idris yang mempunyai pertalian saudara dengannya kerana beralasan bahawa gelaran tersebut tidak akan dihidupkan semula. Sultan Idris menawarkan jawatan lain iaitu gelaran Dato Panglima Kampar tetapi ditolak dengan penuh hemah oleh Mohamed Jabar. Tuntutan itu dibuat oleh Mohamed Jabar memandangkan beliau adalah satu-satunya tokoh yang tinggal setelah dua lagi tokoh yang berasal dari Pasir Salak/Kampung Gajah dijatuhi hukuman bunuh iaitu Pandak Lam dan Ngah Kamdin (Dato Sagor) (rujuk m/s 86).

Mohamed Jabar dikatakan sangat suka mendekati ulama. Dikatakan tiap-tiap tahun pada bulan Ramadan, pemimpin agama dan alim-ulama dari seluruh Alam Melayu datang berkunjung ke rumahnya untuk berbuka puasa dan bersolat tarawih bersama-sama (rujuk m/s 94). Mohamed Jabar meninggal dunia pada tahun 1921 dalam usia 63 tahun. Walaupun tinggal di Kampar, beliau dikebumikan di Kampung Gajah, tempat dimana beliau dibesarkan. Beliau dikatakan mempunyai beratus-ratus ekar tanah di beberapa tempat dalam negeri Perak tetapi banyak tanahnya telah diambil kemblai oleh pihak berkuasa negeri (rujuk m.s 94).Saya tertarik dengan rujukan yang digunakan oleh pengarang buku ini.

Dua rujukannya yang menarik perhatian saya ialah yang berjudul Cerita Raja Melayu Negeri Perak serta Keturunan segala Syed-Syed daripada Zainal Abidin dibawahnya salasilah Temenggong Perak dan Salasilah orang Kaya Temenggong Perak 1944. Dinyatakan sumber rujukannya ialah di Arkib Negara. Saya pernah mencarinya tetapi tidak berhasil. Mungkin saya kena cuba sekali lagi atau minta bantuan pegawai arkib.


http://ikantongkol09-buku.blogspot.com/2009/09/orang-biasa-diraja-hayat-dan-zaman-imam.html
 
Ada kene mengena dop dgn Datuk Seri Mapadulung Daeng Matimung Karaeng Sanrobone? :D

Dato_Sri_Mohd_Najib_Tun_Razak.JPG
 
aku lupe da sape yg bunuh JWW Birch, bkn Dato’ Maharajalela... lupe lak.... org2 tua dulu ade ceter kat aku...
 
nak komen pun den x bape tahu sgt sejarah negeri perak ni tok..:">

tp teruskn meniti sejarah perjuangan pahlawan2 melayu silam tok..:)cgrock
 
Ada kene mengena dop dgn Datuk Seri Mapadulung Daeng Matimung Karaeng Sanrobone? :D

entah lerrr ...:D

salasilah glamornya seperti berikut:

Dato' Sri Mohd Najib
Bin Orang Kaya indera Syahbandar X Tun Hj Abdul razak
bin orang kaya indera syahbandar IX dato hussain
bin awang muhammad taib
bin tuan hakim haji andak
bin orang kaya indera syahbandar VI hussain
bin orang kaya indera syahbandar V jahidin@chalidin
bin orang kaya indera syahbandar III bediman bin orang kaya indera syahbandar Itondek@tunduk,
Manakala keturunan bugis beliau adalah dari che embong yang berkahwin dengan orang kaya indera syahbandar Vjahidin@chalidin. che embong binti orang kaya indera syahbandar II jenal yang berkahwin dengan che mas binti tok pondek bin tok pongkeng bin tok tuan@karaeng aji@karaeng agang jene mohd nasiruddin bin la pattau arumpone bone bin sultan abdul jalil tumenanga ri lakung raja gowa 19 bin I mappadulung daeng mattimung karaeng sanrobone
 
aku lupe da sape yg bunuh JWW Birch, bkn Dato’ Maharajalela... lupe lak.... org2 tua dulu ade ceter kat aku...

TokCu cuba tanya gugel
jawapannya macam ni ...

Pandak Indut telah diarahkan oleh Dato’ Maharaja Lela merejam lembing ke arah tempat Birch mandi
Sedang Birch menjirus badannya, Pandak Indut, seorang pendekar terhandal perak merejam lembing ke arah tempat Birch mandi.
Rejaman lembing tepat singgah di dada Birch, lantas jatuh berguling di dalam Sungai Perak.
Birch masih bernyawa, beliau cuba berenang hendak naik sambil meminta tolong. Bagaimanapun, belum sempat Birch timbul, dengan pantas, Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan parang panjang


entah betul entah ke tidak
mungkin orang perak ada jawapan tepat:)cgrock
 
nak komen pun den x bape tahu sgt sejarah negeri perak ni tok..:">

tp teruskn meniti sejarah perjuangan pahlawan2 melayu silam tok..:)cgrock

itu la...
nanti kita tunggu
kot ada teman2 lain yang dapat bantu ...
 
TokCu cuma nak dapat kepastian siapakah Pandak lam a.k.a. dato maharaja lela tu ...
 
Back
Top
Log in Register