BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Update Macam-macam Kes Scammer & Skim Pelaburan & Penipuan di Malaysia

Edisi Khas Laki Bini Scammer Bangs4t. 🤣😎🤣😎

Tu sebab kita kena bijak... Nak beli apa pun kena siasat.. Cek no kenderaan di jpj.. Bawak orang bijak pasal kereta cek segala setiap sudut kereta.. . Bukan beli macam beli ikan kat pasau je... Kita kena faham.. Bukan semua orang diluar tu baik dan jujur macam kita... inilah al kisah nyaaaaa
https://www.youtube.com/create_channel?upsell=comment
 

Ustaz Ambil Duit Derma Masjid Untuk Hotel, Flight dan Upah! Scammer Agama Kutip Derma Tak Terkawal?!​

Ustaz Husam dedah pengalaman peribadi dia dengan seorang ustaz (bukan pendakwah) yang mengambil upah RM 7,000 sebelum dikira tiket kapal terbang (Business Class) dan Hotel 2 Bilik. Habis semua duit kutipan masjid untuk pembinaan masjid dibayart kepada Ustaz berkenaan.

 

Lima peniaga rugi RM89,300 ditipu tawaran tender palsu​



Kesemua mangsa dihubungi suspek melalui telefon dan aplikasi WhatsApp dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai kerajaan. Gambar hiasan

Kesemua mangsa dihubungi suspek melalui telefon dan aplikasi WhatsApp dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai kerajaan. Gambar hiasan

KUANTAN - Lima peniaga di daerah ini mengalami kerugian berjumlah RM89,300 selepas diperdaya sindiket menyamar sebagai wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan modus operandi menawarkan tempahan majlis rasmi kerajaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, kesemua mangsa dihubungi suspek melalui telefon dan aplikasi WhatsApp dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai kerajaan.

“Suspek mendakwa kononnya mahu membuat tempahan barangan atau perkhidmatan bagi pihak agensi kerajaan termasuk langsir, makanan, cenderahati dan katering.

“Bagi meyakinkan mangsa, mereka mengemukakan dokumen palsu seperti Local Order (LO) dan surat pelantikan vendor,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau memaklumkan, mangsa kemudian diarahkan menghubungi pembekal tertentu dan membuat bayaran ke akaun peribadi.
“Selepas bayaran dibuat, suspek dan pembekal gagal dihubungi dan mangsa akhirnya menyedari mereka telah ditipu,” katanya.

Ashari berkata, semua laporan yang diterima menunjukkan modus operandi hampir sama dan dipercayai didalangi sindiket yang berkaitan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam urusan perniagaan melibatkan individu yang mendakwa dari agensi kerajaan, terutamanya jika diminta membuat bayaran ke akaun peribadi.

Tegasnya, semua dokumen atau LO perlu disahkan terlebih dahulu dengan agensi terbabit.
“Sebarang keraguan boleh dirujuk kepada balai polis terdekat atau Bahagian Siasatan Jenayah Komersil untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ringkasan AI

  • Lima peniaga di Kuantan kerugian RM89,300 akibat penipuan sindiket menyamar sebagai wakil PBT
  • Sindiket menggunakan telefon dan WhatsApp mengaku sebagai pegawai kerajaan untuk membuat tempahan
  • Mangsa ditipu dengan dokumen palsu termasuk Local Order dan surat pelantikan vendor
  • Mangsa diarahkan bayar ke akaun peribadi dan suspek menghilang selepas pembayaran
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, orang ramai dinasihatkan berwaspada

 
Back
Top
Log in Register