BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Update) Lagi kes tembak di Bachok Kelantan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
http://www.youtube.com/watch?v=_idNWAg0HJc


BACHOK: Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah, di sini, kira-kira 8.45 malam tadi.

Dalam kejadian itu mangsa, Alias yusof, 58, menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga.

Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

http://www.hmetro.com.my/articles/2013111501540020131115015400//Article?HarianMetro


Kejadian tembak mati.
Pada 14/11/2013 jam lebih kurang 2100hrs ketika anggota pertanyaan L/kpl/w 134620 bertugas di balai polis tawang telah terima panggilan dari KPB Tawang memberitahu 1(LM) mati di tembak di kg Pengkalan Petah Tawang Bachok kelantan.lalu pengadu membuat laporan sebagai report pertama sebagaimana Tawang Rpt. No. 1448/13.

Hasil siasatan tempat kejadian: Didapati 1 (LM)
nama :Alias bin Yusoff
umur:58 tahun ,
kerja berniaga pasar malam.

Mati ditempat kejadian kerana di tembak di bahagian kepala sebelah kanan dan peluru tembus di bahagian kepala sebelah kiri.

Mangsa tiada rekod jenayah.

Takziah keluarga mangsa


1395422_498506500257263_1066245110_n.jpg

1394235_684530411571599_623468960_n.jpg

1425564_498506526923927_487240680_n.jpg

1471153_179384152254756_1821232654_n.jpg


berita penuh menyusul kemudian
 
Last edited:
sejak pistol jatuh dalam laut makin banyak kes tembak
 
Bila nih .... bahaya tol
 
nie pistol mesti dari laut....
 
Ini pistol siam nie. senang sangat nak akses pistol nie kat sempadan thai.
 
Dah lama aku xjumpe kete polis mcm dlm gambar tue

saga ek?
 
Back
Top
Log in Register