BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE - Isu - Isu Dr Wan Azizah ( TPM )

marvelous

Legendary Member
gem
Messages
17,046
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,046
Reaction score
2,972
Points
261
K'jaan wujudkan daftar penjenayah berkaitan kanak-kanak tahun depan

Diterbitkan 20 Nov 2018, 5:03 petang


435a9ff5c19b4dd8ba0a197386ca7c87.jpeg


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam usaha menyediakan sistem baru bagi memantau penjenayah, terutama mereka yang didapati bersalah dalam keganasan dan jenayah seksual, paling lewat tahun depan.

Menterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia adalah kerjasama antara kementeriannya dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dan pihak-pihak lain antaranya mahkamah, polis dan jabatan penjara.

"Dengan sistem ini, sekolah, institusi kanak-kanak (seperti) taska dan pusat jagaan boleh mengemukakan permohonan semakan sebelum mengambil kakitangan, untuk memastikan individu yang ada rekod jenayah tidak diambil bekerja dalam industri berkaitan kanak-kanak," katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat semalam.

Wan Azizah kemudian memberitahu Malaysiakini kementeriannya dalam usaha untuk membolehkan sistem itu sedia digunakan pada tahun depan.


"Ini penting dan data sedang dikoordinasi dengan mahkamah, polis dan penjara.

"Pada mulanya, pekerja dan ibu bapa akan diberi akses tetapi kita perlu merangka perinciannya," katanya yang juga timbalan perdana menteri.

Daftar kanak-kanak sudah diwujudkan bawah Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016, tetapi laporan sebelum ini menyatakan kerajaan tidak akan membukanya kepada orang awam.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh juga sebelum ini berkata kementerian itu sedang mengkaji untuk meminda akta itu untuk mengupayakan lagi daftar tersebut.

https://www.malaysiakini.com/news/4...DGfVJn1K0pvTWsJBIuxbueLD9tQpDewLmc8D7zCXbMcCM
 
Kunjungan hormat TYT Dato' Zainol Rahim, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Singapura & TYT Dato' Yubazlan, Duta Malaysia ke Azerbaijan. Antara perkara dibincangkan soal hubungan dua hala antara Malaysia dgn Singapura & Azerbaijan, serta isu kebajikan & pendidikan anak-anak diplomat

Dsg5krOU8AAEi3d.jpg
 
TPM: Tiada kompromi isu kanak-kanak, wanita, OKU

Diterbitkan 22 Nov 2018, 9:04 malam

97da04decef6786ab4cb646e37d51526.jpeg


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata isu sosial membabitkan kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan wanita adalah keutamaan kerajaan dan tidak akan berkompromi dalam hal berkenaan.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan penglibatan anggota parlimen, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam menyumbangkan cadangan penyelesaian kepada masalah sosial negara.

"Isu-isu sosial yang melibatkan kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan wanita adalah keutamaan saya. Saya tidak akan berkompromi dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara buat kali pertama di bangunan parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial menjadi fokus utama mesyuarat majlis itu hari ini.

Dr Wan Azizah berkata pelaksanaan program itu penting dalam menangani isu perkahwinan bawah umur dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Katanya, pencegahan bermula dengan kesedaran serta pendidikan, dan sekolah merupakan medium terbaik untuk tujuan ini.

Manual persediaan kecemasan bencana

Beliau berkata kertas-kertas yang telah dibincangkan dan dipersetujui merangkumi pelaksanaan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) di sekolah.

Katanya, mesyuarat turut membincangkan mengenai Manual Persediaan Kecemasan Bencana Untuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang bertindak sebagai panduan pengurusan golongan itu sebelum, semasa dan selepas bencana.


Selain itu, katanya mesyuarat juga membincangkan cadangan kewujudan Majlis Tindakan Wanita Negara untuk memperkasa dan memastikan semua perancangan program pembangunan wanita dilaksanakan lebih berkesan.

Dr Wan Azizah berkata mesyuarat akan datang bakal membincangkan beberapa perkara termasuk gangsterisme, gejala buli dan masalah penyalahgunaan dadah dan usaha menangani masalah sosial di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Katanya selain itu, isu remaja hamil luar nikah dan isu kanak-kanak tercicir daripada akses pendidikan dan transformasi bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) turut akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/453002
 
K'jaan wujudkan daftar penjenayah berkaitan kanak-kanak tahun depan

Diterbitkan 20 Nov 2018, 5:03 petang


435a9ff5c19b4dd8ba0a197386ca7c87.jpeg


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam usaha menyediakan sistem baru bagi memantau penjenayah, terutama mereka yang didapati bersalah dalam keganasan dan jenayah seksual, paling lewat tahun depan.

Menterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia adalah kerjasama antara kementeriannya dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dan pihak-pihak lain antaranya mahkamah, polis dan jabatan penjara.

"Dengan sistem ini, sekolah, institusi kanak-kanak (seperti) taska dan pusat jagaan boleh mengemukakan permohonan semakan sebelum mengambil kakitangan, untuk memastikan individu yang ada rekod jenayah tidak diambil bekerja dalam industri berkaitan kanak-kanak," katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat semalam.

Wan Azizah kemudian memberitahu Malaysiakini kementeriannya dalam usaha untuk membolehkan sistem itu sedia digunakan pada tahun depan.


"Ini penting dan data sedang dikoordinasi dengan mahkamah, polis dan penjara.

"Pada mulanya, pekerja dan ibu bapa akan diberi akses tetapi kita perlu merangka perinciannya," katanya yang juga timbalan perdana menteri.

Daftar kanak-kanak sudah diwujudkan bawah Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016, tetapi laporan sebelum ini menyatakan kerajaan tidak akan membukanya kepada orang awam.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh juga sebelum ini berkata kementerian itu sedang mengkaji untuk meminda akta itu untuk mengupayakan lagi daftar tersebut.

https://www.malaysiakini.com/news/4...DGfVJn1K0pvTWsJBIuxbueLD9tQpDewLmc8D7zCXbMcCM
yg ni aku sokong.patutnya dah lama buat benda ni.
 
Mesyuarat pre-council bersama delegasi daripada Malaysia dan pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di Qatar membincangkan perihal strategi serta aturcara bagi menjayakan lawatan kerja Qatar

DsxZM_qUwAADUPH.jpg
 
Saya sempat mempromosikan madu kelulut produk Malaysia kepada Peguam Negara Qatar TYT Dr. Ali bin Fetais Al-Marri ketika makan malam semalam.

Beliau meraikan delegasi Malaysia dengan menganjurkan makan malam

Ds1jW6PUcAAruyO.jpg
 
Back
Top
Log in Register