BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebajikan PDRM Perlu Terus Diberi Keutamaan - Dr Wan Azizah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
fb7d80c43418ca7f446cc481760e4127699948a453826

af2bd4325faac2417d1ccfe71e2cbd726999490a38fe7

6b77ea0e4b1e8bd24ef4e208fe96f03d69994967ecb7f

Isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berucap pada Majlis Sumbangan Yayasan Seri Negara dan Penyerahan Zakat Wakalah PBLT Sdn. Bhd. di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah institusi penting negara dan kebajikan anggotanya perlu terus diberi keutamaan selaras dengan keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, berkata jasa pasukan keselamatan itu wajar dihargai kerana mereka sering berdepan risiko, tekanan kerja dan terpaksa mengorbankan masa bersama-sama keluarga demi menjalankan amanah menjaga ketenteraman awam.

“PDRM ini amat penting dalam negara kita... jangan ambil mudah apa yang PDRM buat... jadi, kita mesti jaga PDRM seperti yang dimahukan Perdana Menteri untuk jaga anggota yang menjaga keamanan negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Sumbangan Yayasan Seri Negara dan Penyerahan Zakat Wakalah PBLT Sdn Bhd di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Penaung Yayasan Seri Negara Tan Sri Dr Mazlan Lazim.

Beliau berkata bantuan yang disalurkan melalui mekanisme zakat wakalah kepada anggota PDRM berperanan membantu meringankan beban kewangan penerima termasuk perbelanjaan harian, pendidikan anak-anak dan keperluan asas keluarga khususnya dalam situasi kos sara hidup yang mencabar.

Menyentuh kepentingan zakat, Dr Wan Azizah berkata amalan itu bukan sekadar tuntutan ibadah malah menyumbang kepada keseimbangan sosial dengan memastikan golongan yang memerlukan tidak terpinggir terutama pada bulan Ramadan.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata sebanyak 200 penerima dalam kalangan asnaf warga PDRM disantuni pada majlis berkenaan melibatkan 100 orang dari Bukit Aman manakala bakinya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Beliau berkata mereka menerima bantuan wang tunai dan bakul makanan selain tiga penerima yang turut diberikan kerusi roda.

Mohd Khalid turut merakamkan penghargaan kepada Yayasan Seri Negara dan PBLT Sdn Bhd atas komitmen berterusan menjaga kebajikan warga PDRM terutama melalui program zakat serta pembangunan sosial sejak lebih tiga tahun lepas.

 
Back
Top
Log in Register