BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE : Harga semasa beras import

Naik je la..masing² x kesah pn sbb brim dpt tampung
 
Harga beras putih import naik 1 Mac

KUALA LUMPUR: Harga beras putih yang diimport daripada tiga negara bakal dinaikkan RM50 bagi setiap tan bermula 1 Mac ini.


Kenaikan membabitkan beras putih lima peratus hancur dari Thailand, Vietnam dan Pakistan yang akan dijual pada harga RM2,200 setiap tan, berbanding RM2,150 setiap tan ketika ini.

Mengesahkan perkara itu, seorang wakil pemborong beras import yang enggan namanya didedahkan berkata, arahan itu dimaklumkan oleh Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) melalui surat yang diedarkan sejak 20 Februari lalu.

Beliau yang turut menerima surat berkenaan berkata, semua pemborong beras import sudah dimaklumkan dengan arahan itu.

"Harga sebelum ini adalah RM2,150 bagi setiap tan dan mengikut surat terbaru daripada BERNAS, ia akan dinaikkan RM50 bermula 1 Mac ini.

"Ini bermakna harga jualan kepada pengguna juga terpaksa dinaikkan. Sebagai contoh, beras import berharga RM30 akan dinaikkan sekurang-kurangnya RM5," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Surat berkenaan ditandatangani Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran BERNAS, Richard SC Tan.

Cubaan BH menghubungi pihak BERNAS bagi mendapatkan pengesahan gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, pemborong tidak berdepan masalah dengan kenaikan itu kerana harga jualan akan dinaikkan seiring harga belian.


http://www.bharian.com.my/node/252182
 
Harga beras kekal

Kuala Lumpur: Harga beras putih import lima peratus hancur di seluruh negara kekal tanpa sebarang kenaikan.


Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dalam satu kenyataan berkata, harga berkenaan kekal stabil sekali gus menafikan spekulasi mengenai kenaikan harga yang tular di media sosial.

"Harga beras di pintu gudang di Semenanjung, termasuk beras putih import lima peratus masih berada di paras sama iaitu RM2,150 bagi setiap tan metrik.

“Bagi beras putih tempatan yang memenuhi sejumlah besar permintaan juga kekal tidak berubah dan dikawal oleh kerajaan," katanya.


beras_1488364534.jpg


http://www.hmetro.com.my/node/210040
 
Harga beras import dijangka naik

KEMENTERIAN Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) tidak menolak kemungkinan harga beras import akan meningkat kerana komoditi itu bukan barangan kawalan dan harganya bergantung kepada pasaran beras dunia.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, antara faktor yang boleh menyumbang kepada kenaikan harga beras import ialah nilai ringgit yang rendah.

Katanya kerajaan tidak mempunyai kuasa mengawal harga beras import di pasaran tempatan.

"Bagaimanapun itu (kenaikan) hanya ramalan. Sebenarnya beras import tidak dikawal harga silingnya tetapi dari segi peraturan ia tidak boleh dijual lebih murah berbanding beras tempatan bagi melindungi industri beras negara.

“Mungkin apa yang disebut Persatuan Pemborong Beras betul kerana ada tanda-tanda beras dunia sudah mula meningkat.

“Pada satu peringkat dulu, harga beras import pasaran dunia satu tan metrik kira-kira US$340 (RM1,461) hingga US$350 (RM1,504), sekarang sudah ada tanda-tanda berkemungkinan meningkat US$400 (RM1,719) per tan metrik," katanya.

Bliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Kompleks Perikanan Kampung Acheh di Setiawan, Perak, yang dirasmikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini.

Presiden Persatuan Pemborong Beras Wu Zi Lian meramal harga beras import akan naik 10 peratus selewat-lewatnya hujung tahun ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/242304/harga-beras-import-dijangka-naik
 
Harga beras import mungkin naik

SITIAWAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) tidak menolak kemungkinan harga beras import akan meningkat pada masa akan datang kerana komoditi itu bukanlah barangan kawalan dan harganya bergantung pasaran beras dunia.


Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, antara faktor yang boleh menyumbang kepada kenaikan harga beras import ialah nilai ringgit yang rendah.

Katanya kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga beras import di pasaran tempatan.

“Bagaimanapun itu (kenaikan) hanya ramalan. Sebenarnya beras import tidak dikawal harga silingnya tetapi dari segi peraturan ia tidak boleh dijual lebih murah daripada beras tempatan bagi melindungi industri beras negara.

Mungkin apa yang disebutkan Persatuan Pemborong Beras betul kerana ada tanda-tanda bahawa beras dunia sudah mula meningkat kerana satu peringkat dulunya harga beras import pasaran dunia satu tan metrik adalah lebih kurang AS$340 (RM1,461) hingga AS$350 (RM1,504), sekarang ini sudah ada tanda-tanda berkemungkinan meningkat AS$400 (RM1,719) per tan metrik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Kompleks Perikanan Kampung Acheh di sini yang dirasmikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Pemborong Beras Wu Zi Lian meramal harga beras import akan naik sebanyak 10 peratus selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Ahmad Shabery berkata, harga minyak dunia yang mungkin meningkat turut boleh mempengaruhi harga semasa pasaran beras import selain berlakunya bencana alam seperti di Bangladesh baru-baru ini selain permintaan beras dunia yang turut meningkat.

“Kita tahu bahawa dalam pasaran beras dunia sekarang ini, hanya 10 peratus daripada pengeluaran beras yang didagangkan di peringkat antarabangsa, jadi naik turun harga beras boleh berlaku bila-bila masa,” katanya.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/07/04/harga-beras-import-mungkin-naik/
 
Kerajaan tak kawal harga beras import

Ahmad_Shabery_Cheek255.transformed.jpg


SITIAWAN: Kerajaan tidak mengawal atau menetapkan harga siling bagi beras import, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


Beliau berkata, kerajaan sebaliknya memastikan beras import tidak boleh dijual lebih murah daripada beras tempatan bagi melindungi industri beras dan padi tempatan.

"(Harga beras import) ini bukan di bawah kawalan kita, ia bergantung kepada banyak faktor lain," katanya selepas perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut, hari ini.

Perasmian institut itu disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ahmad Shabery diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pemborong Beras, Wu Zi Lian, semalam yang menjangka harga beras import akan meningkat 10 peratus dalam tempoh terdekat atau selewat-lewatnya akhir tahun ini, berikutan peningkatan harga beras dunia.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, ia sekadar ramalan persatuan itu tetapi tidak menolak kemungkinan itu kerana sebelum ini harga beras dunia antara AS$340 hingga AS$350 setan metrik tetapi kini sudah meningkat kepada AS$400 setan metrik.

Katanya, ketika ini hanya 10 peratus daripada pengeluaran beras dunia yang diperdagangkan di pasaran antarabangsa.


https://www.bharian.com.my/node/298811
 
Sume benda kerajaan xleh kawal cmner....
 
kejap kata naik, kejap bernas cakap tak..kejap MOA cakap tak kawal harga, mungkin naik...mana satu ni
 
sikit jee naik tuu....brim lagi tinggi naik
 
Back
Top
Log in Register