BTC USD 63,246.0 Gold USD 1,769.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Update Di Sini] - Kes AC Mizal dan AC Konsortium

AkuHenjutJer

Super Active Member
Joined
Mar 4, 2010
Messages
6,895
Reaction score
83
Points
70
PEMBONGKARAN PENIPUAN AC KONSORTIUM SDN BHD
ackkonsortium.png


Kali ini,kami ingin membawa isu mengenai Gelang Tungsten AC mizal yang popular semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.Rata-ratanya,umum telahpun tahu dengan Gelang Tungsten AC Mizal.Tak perlu nak cerita panjang lebar.Apa yang kami ingin kongsikan di sini,adalah beberapa fakta mengenai perniagaan AC Mizal Konsortium.

Harga untuk seutas rantai AC Mizal ini adalah RM 1,000 setiap satu.Ya!Kami ulang sekali lagi.RM 1,000!.Lebih mahal dari gelang emas 7 gram!Yang pastinya,gelang AC Mizal tiada harga,tapi gelang emas ada.Apa keistimewaan gelang AC Mizal ini adalah,ianya didakwa mampu memberikan tenaga dan mempunyai beberapa “sakti” bagi mengubat masalah-masalah kesihatan.

Ramai yang hendak tahu,dari mana sumber gelang ini sebenarnya?AC Mizal tak ada kilang nak hasilkan gelang ini.Jadi,mesti ada yang tertanya-tanya,dari mana dia ambil?

Baiklah,sumber gelang ini berasal dari syarikat di China yang namanya,
Guangzhou HotTime Jewelry Co.,Ltd.yang beralamat di:R218, QiaoDe Business Center,Second Floor of QiaoDe Street No.62-84, XiCha Road,BaiYun District,GuangZhou,China.Kos seutas bracelet besi dan tungsten daripada kilang tersebut adalah USD25 sahaja (dalam RM78).

Berikut adalah gambar sebut harga dan kuantiti minimun pembelian:


listhargagelangtipu.jpg


Anda sendiri lihat berapa harga sebenar gelang ini.Hanya USD 25 atau RM 78 dengan kuantiti pesanan minimum adalah 25 utas. Bayangkanlah kalau dia beli sebanyak 1000 utas gelang?Pasti harga seutas gelang tersebut akan menajdi lebih murah.

Tak perlulah nak kira kos naik kapal terbang ke,apa ker,bukan kena tax banyak sangat sebagaimana beli kete impot.Habis-habis pun,kos sebenar setiap utas akan menjadi sebanyak RM 140 atau kurang.Itu pun dah 100% keuntungan.Ni apa kes jual sampai RM 1000?Ada berlian ke dalam gelang tu?

Sebenarnya,tiada kesan dengan memakai gelang tersebut.Kalau ada yang pakai,kata boleh jadi kuat sampai boleh angkat orang dengan satu jari,ini tidak lebih semata-mata penipuan.Masa penulis duduk asrama dulu pun,dah ada benda ni.Mat saleh pun tak payah nak guna gelang AC Mizal nak angkat orang dengan satu jari.Contoh macam video kat bawah:


http://www.youtube.com/watch?v=rgXPsIt7_PI&feature=player_embedded

Nampak dah?Kami sebenarnya kecewa,trik sebegini dimanipulasi untuk menjukkan bahawa gelang AC Mizal memberi kekuatan.Ini tidak benar sama sekali.Teknik ini dah lama ada.Sebelum AC Mizal jadi artis 4U2C lagi.

Selain itu,tiada satu fakta mengani kandungan magnet dalam gelang tersebut mampu untuk memberi apa-apa manfaat secara langsung atau tidak langsung.Malah,di luar negara,dah ada syarikat Q-Ray Magnetic Bracelet yang terpaksa membayar 87 juta USD kepada pelanggan kerana menipu.


testimonitipuciplakac-.png


q-ray-scam.jpg


Sememangnya,tiada kesan dari segi sains yang dapat membuktikan gelang magent ini membawa manfaat.Kami begitu terasa dengan mentaliti sains di kalangan rakyat Malaysia,khususnya Melayu,yang tidak pernah membuat apa-apa penelitian mengenai gelang AC Mizal ini.

Kalau kita lihat pun,rata-rata di Malaysia ini,ramai yang pakai pun dari Melayu.Mana pergi kaum-kaum lain?Kenapa mereka tidak tertarik untuk beli gelang ini?

Inilah melayu kalau meniaga.Selalu tikam kaum dan bangsa sendiri dalam mencari keuntungan.Yang hampir 900% pulak tu!Dengan gelang yang sebenarnya tidak lebih dari alat kosmetik sahaja,tambah pulak dengan Skim Piramid.


planskim-piramid-ac-mizal.jpg


Jelas ianya adalah skim piramid.Tiada siapa yang boleh menafikan. Skim di atas adalah mirip kepada skim piramid “8-ball Model”.Tapi lebih dasyat!1 Downline dengan 12!Memang cari nahas dengan skim begini.nak faham lebih lanjut,tengok gambar di bawah:

planpakejskim-piramid-ac-mizal-2.jpg


Biasalah kalau dah tengok gambar macam ini,memang terliur tengok angka juta-juta tu.tapi perlu diingat,sistem-sistem begini akan “crash” apabila sampai tahap tepunya nanti.Untuk sistem begini, kebiasaannya akan crash pada level ke-4 atau ke-5.

Siap disediakan juga pinjaman kepada penjawat awam dan swasta yang nak menjalankan perniagaan ini.Hmm,sepatutnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil langkah sewajarnya terhadap Konsortium AC Mizal sebelum lebih ramai lagi yang bakal menjadi mangsa
.

***PS***;Sila kongsikan artikel ini untuk rakan-rakan anda.
 
Last edited:
Sponsored Post

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,792
Reaction score
411
Points
141
pecah rahsia..
dah terbongkar pon kat thread Ac Konsortium..
 

zam_c61

Active Member
Joined
Nov 15, 2007
Messages
1,321
Reaction score
3
Points
25
mahalnya nak pakai gelang sampai harge 1k..dah bole pakai gelang emas ni..baru nampak garang sikit..hehe
 

Duffayoi14

Legendary Member
Joined
Jul 9, 2010
Messages
10,449
Reaction score
138
Points
123
ape lagi...kasi saman la...baru la takut scammer2 ni nk mainkan pelanggan...

masalahnya pengguna kita kurang arif hak masing2
 

ameant

Super Active Member
Joined
Mar 27, 2007
Messages
6,332
Reaction score
143
Points
73
mmg tgh panas kat fb.. teruk kene hentam :D
 

girlsilver

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Dec 1, 2009
Messages
10,744
Reaction score
194
Points
123
berlian ker???berlian cap X kot :)):)):))
 

AkuHenjutJer

Super Active Member
Joined
Mar 4, 2010
Messages
6,895
Reaction score
83
Points
70
TERAPI MAGNET KELENTONG!!!

Ramai orang di Malaysia memakai gelang magnet atau cincin magnet. Ini mungkin disebabkan anda melihat iklan gelang magnet lakunan AC Mizal. Jika anda memakai gelang atau cincin magnet tersebut, ketahuilah bahawa anda telah kena kelentong dan anda telah diperbod0hkan.

Untuk mendidik diri anda, sila baca laman wikipedia berikut:

http://en.wikipedia.org/wiki/Magnet_therapy

Magnet therapy is considered pseudoscientific due to both physical and biological implausibility, as well as a lack of any established effect on health or healing.[1][2][3] Although hemoglobin, the blood protein that carries oxygen, is weakly diamagnetic and is repulsed by magnetic fields, the magnets used in magnetic therapy are many orders of magnitude too weak to have any measurable effect on blood flow.

Effects of magnet therapy on pain relief a beyond non-specific placebo response have not been adequately demonstrated. A 2003 Cochrane Review of carpal tunnel syndrome treatments found no improvement in symptoms over placebo or control.[18] A 2008 systematic review of magnet therapy for all indications found no evidence of an effect for pain relief, with the possible exception of osteoarthritis.[10] Both reviews report that small sample sizes, inadequate randomization, and difficulty with allocation concealment, all of which tend to bias studies positively, limit the strength of any conclusions. A 2009 randomised double-blind placebo-controlled crossover study concluded that magnetic bracelets are ineffective in the management of pain and osteoarthritis.

A 2002 U.S. National Science Foundation report on public attitudes and understanding of science noted that magnet therapy is “not at all scientific.”[21] A number of vendors make unsupported claims about magnet therapy by using pseudoscientific and new-age language. Such claims are unsupported by the results of scientific and clinical studies.

Marketing of any therapy as effective treatment for any condition is heavily restricted by law in many jurisdictions unless all such claims are scientifically validated. In the United States, for example, U.S. Food and Drug Administration regulations prohibit marketing any magnet therapy product using medical claims, as such claims are unfounded.


magnet.jpg


Kalau anda tidak faham ayat-ayat tersebut kerana menggunakan istilah Inggeris dan saintifik yang susah, mari saya tolong beri ringkasan:

Terapi magnet tidak mempunyai apa-apa “khasiat” perubatan, sama ada melancarkan aliran darah, menajamkan minda, mengurangkan kesakitan, mengurangkan stres mahupun menambahkan seri muka. Anda tidak menjadi makin sihat, makin pandai atau makin lawa apabila memakai gelang magnet. Bahkan, tak ada bezanya jika anda memakai gelang magnet berharga RM78 yang dijual dengan RM1200 ini dengan memakai gelang mainan plastik yang diberi percuma di dalam kotak Tora atau Ding Dang.


torading_dang.jpg


Jika anda membayar sejumlah wang untuk membeli cincin magnet atau gelang magnet, anda telah kena tipu, kena kencing, kena kelentong, dan kena diperbod0hkan. Ini bukanlah kata saya, atau kata siapa-siapa yang dengki. Kajian sains (double blind experiment) telah dijalankan beberapa kali oleh makmal-makmal sains yang diiktiraf, yang menunjukkan bahawa cincin magnet, gelang magnet atau terapi magnet tidak memberi apa-apa manfaat sama ada dari segi kesihatan mahupun dari segi kepandaian atau kecantikan. Yang mengaku semua itu ialah penjual-penjual magnet MLM yang ingin menipu anda (mungkin jurujual itu ikhlas, dan dia tak tahu, tapi upline yang paling atas sekali memang pasti ingin menipu).

Oleh itu, sayangilah diri anda dan keluarga anda dan elakkan dari ditipu dan diperbod0hkan oleh penjual-penjual magnet yang mahal. Lagi bagus beli magnet hiasan letak dekat peti sejuk, sekurang-kurangnya boleh guna untuk lekat kertas di depan peti sejuk.

Ada banyak lagi laman web yang mendedahkan penipuan gelang/cincin/terapi magnet, termasuklah:

The Skeptic’s Dictionary: http://www.skepdic.com/magnetic.html (laman web rujukan yang lengkap untuk perkara-perkara pseudoscience)

Magnet Therapy — A Skeptical View: http://www.quackwatch.org/04ConsumerEducation/QA/magnet.html (mengandungi banyak rujukan-rujukan saintifik dan data-data eksperimen, jika geng-geng magnet ni ingin mengajak anda berdebat)

Kesimpulannya, janganlah kita diperbod0hi oleh orang lain yang menjual barang-barang ajaib yang kononnya boleh memberi manfaat kesihatan kepada kita. Mereka cuma menjual “harapan kosong” sahaja. Sedang anda dikelentong memakai gelang magnet ke hulu ke hilir, towkey gelang magnet ni ketawa berguling-guling menggelakkan anda yang telah tertipu sehingga sanggup membayar beribu-ribu ringgit. Don’t be a sucker.
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register