chip555
Active+ Member
- Messages
- 2,719
- Joined
- Dec 3, 2007
- Messages
- 2,719
- Reaction score
- 385
- Points
- 51
Dalam surah Al-Maidah…ayat 90, Allah berfirman…
“Wahai orang-orang yang BERIMAN! Bahawa sesungguhnya ARAK dan JUDI dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”…
Apa bezanya PAS memberikan lesen arak di Kelantan dengan UMNO memberi lesen Judi di peringkat Persekutuan kepada orang bukan Islam?….
UMNO tidak pernah menghalalkan hukum judi kepada orang2 Islam, bahkan tidak membenarkan sama sekali serta mengenakan hukuman yang berat kepada orang islam yang terlibat dengan judi
isu judi ini telah di’politikkan’ oleh PAS untuk meraih sokongan dalam perjuangan kepartian mereka demi untuk memburuk-burukkan UMNO dan BN…
Begini jijiknya permainan PAS dalam politik samalah jijiknya seperti arak dan judi itu pada pandangan islam…
Ayat yang aku Merahkan tu.... Hanya orang UMNON buat je tak berdosa... kalu parti lain yang buat semua berdosa....
Ni kata orang lain "mempolitikkan isu" tp diri sendiri menggunakan isu untuk kepentingan politik... ayat yang merah tu dah terang dah, bukan diturunkan untuk orang pas je .... dah tentu untuk semua manusia tak kira mana2 parti pun.
daripada sibuk nak melalak mencari kesalahan orang lain kan lebih elok jika TT perbetulkan dulu parti TT. Ayat yang TT berikan tu dah terang menyebut perbuatan tersebut adalah perbuatan keji dan kotor, nah sekarang Minta menteri2 kesayangan tuan tanah mengharamkan perkara tersebut dan tunjukkan kepada parti lain bahawa perjuangan parti TT adalah perjuangan Islam yang sebenar. jangan asyik menunding jari kepada orang lain sebab satu jari je yang menunding orang lain, tiga lagi menunding diri sendiri. untuk pengetahuan TT menteri2 kesayangan TT mengistiharkan negara kita ni negara Islam,... jadi saya sarankan TT dapat mencari buku2 berkaitan negara Islam dan undang2 Islam supaya TT dapat mengetahui batas2 yang boleh diberikan untuk orang bukan Islam di dalam negara Islam. Fahami tentang Islam dan AyatNya sebelum membuat post supaya nanti tidak dikata orang "Bod0h tak boleh di ajar dan Cerdik tak boleh di ikut "
