BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Untuk apa buat GST?

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

KAKITANGAN Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memberi penerangan tentang GST di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2014. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN​

KERAJAAN telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk para usahawan yang hendak menjejakkan kaki mereka ke dunia perniagaan, khususnya buat orang-orang Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Kita telah melihat pelbagai inisiatif seperti pinjaman TEKUN, pinjaman ATOM untuk bengkel automotif, TUKAR dana transformasi kedai runcit, melalui Mara kita menyediakan pelbagai kelas, bengkel, kursus malah menyediakan ruangan inkubator buat para usahawan muda.

Akan tetapi banyak kali kita lihat kegagalan usahawan-usahawan ini bukan sahaja untuk memajukan perniagaan mereka malah untuk berniaga cukup-cukup pulang modal sekalipun amat sukar dalam industri tertentu.

Sememangnya kita perlu akui dalam sesetengah kes usahawan itu sendiri mempunyai masalah disiplin namun dalam bidang peruncitan tertentu, apabila usahawan yang telah kita latih masuk ke dalam pasaran, kita mendapati amat sukar untuk mereka bersaing walhal kalau dari segi zahirnya ini tidak sepatutnya berlaku.

Kita ambil contoh dalam bidang bengkel automotif, berapa banyak kes yang kita dengar dan rekod mengenai alat ganti tiruan, alat ganti seludup malah ada alat ganti cetak rompak dalam pasaran. Agak aneh apabila lebih murah untuk kita mendapatkan alat ganti Toyota dari bengkel ketiga berbanding membeli terus daripada Toyota, malah perbezaan harga alat ganti antara kedua-duanya cukup besar.

Secara zahirnya nampak seperti pasaran domestik kita mempunyai persaingan yang sihat namun kalau dilihat secara teliti banyak ketirisan, salah laku dan penguasaan golongan kartel yang memonopoli pasaran secara gelap.

Sebab itu banyak kita lihat usahawan muda yang membuka bengkel gagal untuk bersaing terutama dari segi harga servis dan harga alat ganti, ini kerana pada usahawan dan peniaga yang mengikut undang-undang akan sentiasa ke belakang berbanding pesaing mereka yang mempunyai kelebihan harga dan kos kerana tidak mematuhi peraturan.

Perkara ini berlaku kerana negara kita selama ini mengamalkan sistem cukai peruncitan yang tidak efisien iaitu SST (Sales and Service Tax). Sistem percukaian yang hanya mengenakan cukai pada pengilang dan pengimport menyebabkan amat sukar untuk kerajaan mengawal selia pergerakan barangan. Ini menyebabkan banyak kes penyeludupan dan perniagaan yang mengelak daripada membayar cukai.

Kita memerlukan sistem percukaian yang lebih telus, sistem yang mudah untuk kita mengawal selia pergerakan barangan dan perkhidmatan di semua rantai penawaran. GST ialah cukai yang dikenakan pada semua transaksi perniagaan dan pada masa sama dirangka untuk tidak terlalu membebankan peniaga melalui sistem tuntutan semula.

Apabila kita dapat melihat jumlah cukai yang dikenakan pada setiap rangkaian penawaran maka kerajaan dapat melihat dengan telus jumlah sebenarnya barangan yang dikilang, diimport, yang dijual, keuntungan dan pendapatan sebenar sesebuah perniagaan itu.

Apabila kita melaksanakan sistem percukaian yang lebih telus maka amat sukar untuk pasaran dikuasai oleh golongan kartel yang menguasai pasaran dengan menawarkan harga yang tidak kompetitif melalui penyeludupan, menyimpan bekalan dan mengelakkan diri dari mengisytiharkan cukai. Sebab itu lebih dari 160 buah negara dalam dunia mengamalkan sistem cukai GST.

Namun sudah pasti ada suara-suara yang mengatakan bahawa akhirnya walau apa sekalipun alasan yang diberikan harga barangan tetap akan naik. Sepatutnya mengikut hukum logik ada barang yang akan turun harganya dan ada juga yang akan naik, ini perlu kita akui, namun peniaga yang paling bising mengenai GST ini kebiasaannya adalah mereka yang selama ini mengelak dari membayar cukai.

Ini kerana bukan sahaja perlu mereka mengisytiharkan cukai barangan yang mereka tidak bayar selama ini, malah melalui sistem GST adalah lebih mudah untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri mengetahui pendapatan sebenar mereka.

Untuk jangka masa pendek memang saya akui akan mempunyai sedikit perasaan tidak selesa terutama apabila rata-rata peniaga mengatakan bahawa mereka dipaksa menaikkan harga. Namun apabila pembetulan pasaran bermula, peniaga terpaksa bersaing dan menerima hakikat pelaksanaan sistem cukai ini maka pasaran akan kembali stabil.

Samalah seperti ubat kita akan merasakan sedikit pahit pada permulaan namun kita harus laksanakan ini demi kebaikan pasaran kita untuk jangka masa panjang. Sesungguhnya kerajaan hari ini mengambil risiko politik untuk melaksanakan dasar yang sukar demi kebaikan masa depan dan saya secara peribadi menyokong tindakan berani ini.

PENULIS ialah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Oleh KHAIRUL AZWAN HARUN (pakai fotobyline)
 
Adekah GST nnt mampu mengurangkan miskin tegar???

Tunggu dan lihat je la nnt... negara pengeluar minyak pon masih ade lagi org tinggal bwh jambatan...

Adekah auta atau fakta?? Lu pikir la...
 
hurm..jerung punya pasal,dengan bilis2 kena tunda sekali..
 
inilah jadinya bila macai penjilat gst menulis
 
yg menulis tu pakai ekonomi ke? ke tulis main taram bodek punya pasal?
 
orang lain buat hutang.. kita kena byr
 
kerana negara kapir buat GST, yahudi buat GST...maka BN pun buat la GST...
 
Lhdn dah ada sebenarnya team audit untuk memantau pendapatan peniaga. 1001 alasan diwujudkan bagi menghalalkan gst. Dan lebih bagus para peniaga terutama peniaga cina dijadikan kambing hitam. Berapa ramai peniaga melayu dapat dana dan bantuan macam keluarga shahrizat dapat 250 juta? Nak minta pinjam mara pun susah. Kalau nak salahkan barang tiruan itu dah bawah kpdnkk. Mana penguatkuasaan. Sebagai contoh modifikasi kereta dan motor diharamkan tetapi kedai aksesori senyum sahaja
 
Back
Top
Log in Register