BTC USD 84,092.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buat apa tepi pantai tu?

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,496
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,496
Reaction score
347
Points
141
ambulans-tersangkut-ragam.jpeg

Tayar hadapan ambulans terbenam di dalam pasir pantai Camber Sands baru-baru ini. - UKNIP

LONDON – Sebuah ambulans yang membawa pesakit terkandas di tepi pantai di Britain selepas tayarnya terbenam dalam pasir, lapor akhbar Metro UK.

Kenderaan kecemasan milik South East Coast Ambulance Service itu terperangkap di pantai Camber Sands, Sussex Timur baru-baru ini.

Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan tayar belakang ambulans dipukul ombak, manakala tayar hadapannya terbenam dalam pasir.

Situasi itu boleh menyebabkan ambulans tersebut ditenggelami air apabila air laut mula pasang.

Sebuah syarikat pengangkutan segera dipanggil untuk menarik ambulans itu ke tempat letak kenderaan berhampiran.

“Saya tidak pernah melihat ambulans terperangkap di Camber Sands, namun terdapat banyak kenderaan lain yang terkandas di sini sepanjang tahun,” kata jurucakap syarikat tersebut, Dean Miller.

Jurucakap South East Coast Ambulance Service mengesahkan bahawa pesakit telah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans lain, manakala kenderaan gantian turut disediakan agar pasukan kecemasan dapat meneruskan tugas mereka. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register