adamdaniel81
Super Active Member
- Messages
- 8,208
- Joined
- Feb 27, 2011
- Messages
- 8,208
- Reaction score
- 166
- Points
- 73
United yakin bangkit
Kami akan pamer tindak balas serta merta temu Wolves hari ini
MANCHESTER: Rio Ferdinand menegaskan Manchester United akan menghasilkan tidak balas serta merta ketika bertemu Wolverhampton Wanderers di Old Trafford, hari ini selepas tersingkir secara mengejut dalam kempen Liga Juara Eropah.
Kekalahan di Basel sekadar menghadiahkan United tiket ke saingan kedua prestij Eropah - Liga Europa dan mengesahkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kini menjadi sasaran nombor satu kelab itu musim ini.
Namun dengan jiran tetangga Manchester City memiliki kelebihan lima mata di puncak liga, barisan didik penyandang juara Alex Ferguson kini berdepan kesukaran dengan hanya sedikit ruang untuk kesilapan.
Dengan kekalahan suku akhir Piala Liga kepada kelab divisyen dua Crystal Palace minggu sebelumnya juga masih segar, sebarang keputusan selain kemenangan ke atas Wolves akan mencetuskan persoalan mengenai kebangkitan pasukan itu.
Begitupun bagi Ferdinand seorang daripada pemain yang masa depannya bersama kelab gergasi itu dipersoalkan ketika ini, bertegas kelab gergasi Inggeris itu akan bangkit.
Semua pemain berasa kecewa tersingkir pada tahap seperti ini, namun kami tidak melakukan yang sepatutnya di Old Trafford dan jika kamu tidak mengambil peluang di laman sendiri, kamu tidak boleh mengharap untuk terus mara, kata pertahanan England itu.
Malam di Old Trafford, di bawah cahaya lampu dan lagu Liga Juara... itulah kehidupan yang kami impikan. Kami tersingkir awal tahun ini dan amat kecewa. Namun, kami tidak boleh menyalahkan orang lain.
Kami pasti akan kembali bangkit, bersatu dan bersedia untuk bergerak ke depan kerana itulah yang menjadikan kami kelab hebat.
Kami tidak boleh terus kekal seperti ini sekalipun berada dalam keadaan amat kecewa. Kami masih mempunyai banyak perlawanan besar selepas ini dan perlu memastikan minda kami berada di laluan yang sebenar untuk menang semua perlawanan itu, kata Ferdinand. - AFP
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Unitedyakinbangkit/Article