BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Scholes kritik United

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80

Scholes kritik United​

3654902.webp

Manchester United bergelut selepas hanya meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan awal EPL. Foto: AFP

LEGENDA Manchester United, Paul Scholes mengkritik tindakan kelab dalam pasaran perpindahan selepas menganggap kelemahan pembelian pemain menjadi antara punca prestasi hambar The Red Devils.

Scholes mendakwa United kini sangat jauh daripada kemampuan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sekadar meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan pembukaan musim ini.

United turut mengalami kekalahan kepada Hull City dan Manchester City selain seri menentang Everton serta Fulham, sebelum tersingkir awal daripada saingan Piala Liga Inggeris.

“Agak menyedihkan untuk saya katakan, tetapi Manchester United kini bukan kelab yang cuba memenangi liga berdasarkan pengambilan pemain mereka," katanya.

Scholes turut mempersoalkan keputusan kelab dalam memperkuatkan bahagian tengah selepas kehilangan Casemiro kepada Inter Miami serta gagal mendapatkan beberapa sasaran utama termasuk Elliot Anderson dan Mateus Fernandes.

United sebaliknya membelanjakan sejumlah besar wang untuk mendapatkan Carlos Baleba, Andrey Santos dan Youri Tielemans, namun Scholes mempersoalkan sejauh mana pemain berkenaan mampu membantu pasukan dalam usaha mencabar kejuaraan.

“Santos dan Baleba, mereka membawa masuk pemain yang mungkin lebih baik dari segi fizikal. Santos bermain 11 perlawanan untuk Chelsea dan mereka membayar harga yang mahal untuknya.

“Tetapi dia tidak mendapat tempat dalam pasukan,” katanya.

Bekas rakan sepasukan Scholes, Nicky Butt turut mengkritik perancangan kelab, khususnya kegagalan mendapatkan bek kiri baharu bagi menggantikan Luke Shaw yang kini berusia 31 tahun.

Butt turut mempersoalkan keputusan menggunakan Matheus Cunha sebagai penyerang utama berbanding Joshua Zirkzee.

“Memainkan Cunha sebagai penyerang nombor sembilan membunuh kelebihannya kerana dia bukan pemain nombor sembilan.

“Zirkzee pula tidak kelihatan seperti penyerang nombor sembilan Manchester United,” katanya.

Malah, Butt turut mempersoalkan sasaran Ketua Pegawai Eksekutif United, Omar Berrada yang sebelum ini menyatakan kelab itu mahu memenangi Liga Perdana menjelang 2028.

“Berrada berkata mereka akan memenangi liga menjelang 2028. Itu tidak akan berlaku jika keadaan berterusan seperti ini,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register