ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Dari kiri: Forbes, Norrizan, Zaini dan Wan Ahmad Saifuddin semasa majlis pelancaran UNIEC di Unitar, baru-baru ini.
UNITAR International University (Unitar) menyambut baik pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan pada April 2015 walaupun mengakui cukai itu turut memberi kesan kepada industri pendidikan swasta.
Ketua Pegawai Eksekutif Unitar Capital Sdn Bhd, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi berkata, pelaksanaan GST pada kadar cukai enam peratus akan memberikan kesan ketara antaranya peningkatan perbelanjaan kepada pihak universiti.
“Unitar akan mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi tanpa membebankan pelajar.
“Kita tidak akan mengenakan caj enam peratus itu kepada pelajar,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Teras Pendidikan Unitar (UNIEC) di Kelana Jaya, baru-baru ini.
UNIEC dirasmikan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Profesor Datuk Seri Dr Zaini Ujang.
Mengulas berhubung program itu, Wan Ahmad Saifuddin berkata, UNIEC membolehkan setiap individu dalam ekosistem Unitar untuk berhubung di mana-mana sahaja tanpa mengira masa.
“Uniec menjadikan pelajar sebagai pusat kepada proses pembelajaran, disokong oleh persekitaran holistik, pengurusan, fakulti, kurikulum, kemudahan dan aktiviti sokongan yang lain.
"Kami bangga untuk melahirkan siswazah terbaik untuk rakan kongsi tempatan dan antarabangsa kami, serta untuk pasaran kerja secara keseluruhannya," katanya.
Turut diadakan sempena perasmian itu ialah forum yang bertajuk Ke Arah Pembelajaran Generasi Baharu dengan menampilkan tiga ahli panel iaitu Pengarah Pendidikan Microsoft Malaysia, Datin Dr Norrizan Razali dan Pengarah Urusan Pearson Partner Market, Gregor Forbes dan Wan Ahmad Saifuddin.