Unit Saham FGV

CG Sponsors




mytrade

Super Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
7,117
Reaction score
242
Points
83
Khabarnya CDS yang dibuka utk setiap pelabur adalah hanya SATU kali guna sahaja.Lepas semua unit saham dijual akaun CDS ni ditutup permanently.:(scam
nominee akaun kot....
biasalah bank pun nak amik komisen gak....
macam ASB..bank tkleh beli tp diorang kasi modal pinjam...bila dapat dividen kongsi dgn pelabur...pimai tang mana pun bank tetap buat duit...

dulu pun masa FVGH kuar news bukan ker Isa samad cakap peneroka bukak CDS akaun dah kena caj ttetap rm200...aku tk tau la caj apa...padahal CDS cuma Rm10 jer...mgkin runner cost kot...wat duit lagi...

pasal bila jual kena Rm40 tu biasa la..mmg itu fee yg dah ditetapkan oleh SC....

mmmg makan kenyang la bank2 ni....diorang bagi modal jer....faedah loan kena bayar + broker fee lagik...

aku harap peneroka kena paham....bukak CDS dgn investment bank.Caj buka CDS cuma RM10...fee bila jual pun standard ikut arahan SC.....
tapi loan dari bank tu dari bank komersil....saham untung ka rugi bank ni tk kira...janji 6 bulan mesti kena bayar balik...klu tk bayar saham akan kena jual....klu pas jual tk dapat cover loan + faedah disebabkan saham jatuh harga maka kena la topup dgn duit sendiri..
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,493
Reaction score
2,008
Points
201
Felda beli 857,300 saham FGV daripada pasaran terbuka
| | 15 Februari 2021

Selasa | 16 Februari 2021
972493.jpg

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membeli 857,300 saham lagi dalam FGV Holdings Bhd bernilai RM1.11 juta daripada pasaran terbuka dengan harga RM1.30 sesaham.
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dalam satu kenyataan bagi pihak Felda pada Isnin memaklumkan, Felda telah membeli saham-saham FGV itu pada hari Khamis.
Katanya, langkah itu adalah di bawah tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat oleh Felda menerusi Maybank IB, untuk memiliki kesemua baki saham dalam FGV (tidak termasuk saham perbendaharaan) yang belum dimiliki oleh Felda dan pihak yang berkepentingan sama (PAC), termasuk semua saham FGV di bawah pelan insentif jangka panjang FGV.
Pada 11 Februari, Maybank IB berkata, tarikh tutup penerimaan tawaran pengambilalihan oleh Felda untuk memperoleh baki saham dalam FGV telah dilanjutkan daripada 16 Februari kepada 2 Mac.
Setakat 10 Februari, jumlah saham yang dipegang oleh Felda dan PAC dalam FGV berjumlah 2.62 bilion saham, bersamaan dengan 71.95 peratus kepentingan dalam syarikat itu.
Menurut Maybank IB, FGV tidak memenuhi syarat minimum pegangan saham awam iaitu 25 peratus kerana ia hanya menyumbang 23.93 peratus setakat 4 Februari.
Ia juga menambah, Felda tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities. - Bernama
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register