ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
UnionPay International
UNIONPAY International, cabang perniagaan antarabangsa bagi China UnionPay, mengumumkan pada 19 November di Shanghai dan Sydney bahawa ia telah memberikan keistimewaan tertentu untuk pemegang kad UnionPay di 20 bandaraya pelancongan dan 10 pulau peranginan di seluruh dunia, dengan menyediakan diskaun sehingga 15 peratus kepada pelanggan mereka.
Kempen itu, yang bertujuan menaik taraf sistem keistimewaan pemegang kad UnionPay, adalah yang ketiga seumpamanya pada tahun ini selepas tawaran istimewa diberikan kerana menggunakan kad UnionPay (nombor kad bermula dengan angka 62) di kedai bebas cukai di 60 lapangan terbang antarabangsa dan 40 daerah perniagaan utama di seluruh dunia.
CaiJianbo, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International, berkata pada majlis pelancaran itu di Sydney bahawa UnionPay International komited ke arah mempertingkatkan perkhidmatanpemegang kad dan pada masa yang sama memperluaskan rangkaian penerimaan kad UnionPay di peringkat global.
"Tawaran istimewa itu adalah sebahagian daripada usaha UnionPay International untuk mengoptimumkan sistem sokongan penggunaan kad, kami telah melancarkan beberapa kempen yang meliputi ke daerah-daerah utama perniagaan, kedai bebas cukai, bandaraya pelancongan dan pulau-pulau peranginan di seluruh dunia untuk menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada pemegang kad kami,” kata beliau.
Peniaga-peniaga yang menawarkan keistimewaan khas mencakupi dari rantau Asia Pasifik, Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah sehingga ke Afrika, di mana destinasi pelancongan yang paling popular termasuk Gangwon-do di Korea Selatan, Nice di Perancis, Maldives dan Bali akan menyertai kempen istimewa UnionPay International buat kali pertama.
Sehingga akhir Februari, pemegang kad boleh menikmati diskaun sehingga 15 peratus di 20 bandaraya pelancongan apabila menggunakan kad UnionPay untuk membayar di hotel, makan malam, dan tempat-tempat pelancongan dan untuk tujuan hiburan dan membeli-belah. Diskaun 10 peratus pula diberikan apabila menggunakan kad UnionPay di 10 pulau peranginan.
Shanghai merupakan bandaraya tunggal di China yang disenaraikan dalam kempen itu, dengan menawarkan diskaun sehingga 15 peratus di beberapa kedai di Xintiandi dan Lujiazui kepada pemegang kad UnionPay.
Sebagai bandaraya pelancongan tunggal yang menyertai acara ini di hemisfera selatan, Sydney adalah antara bandaraya yang menyediakan diskaun terbaik dengan kebanyakan peniaga yang terlibat. Tempat-tempat indah termasuk Menara Sydney dan Jambatan Pelabuhan Sydney dan banyak restoran terkenal turut menawarkan diskaun sehingga 40 peratus.
UnionPay International adalah sebuah anak syarikat China UnionPay yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan menyokong perniagaan UnionPay di peringkat global. Rangkaian penerimaan kad UnionPay telah berkembang ke lebih 140 buah negara dan wilayah, dan lebih 4.5 bilion kad UnionPay telah dikeluarkan di lebih 30 buah negara dan wilayah. - Sumber: UnionPay International
- Bernama