BTC USD 84,657.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umur dan dosa

Fiezpro84

Super Active Member
gem
Messages
5,410
Paid Membership
Joined
Jun 17, 2012
Messages
5,410
Reaction score
645
Points
151
Abu Bakar al-Katani r.a. menceritakan bahawa ada seorang mengira sendiri kejahatannya. Pada suatu hari, ia mengira tentang umurnya. Ia dapati umurnya enam puluh tahun. Ia mengira berapa hari umurnya itu, maka ia dapati umurnya sebanyak 21,240 hari. Tiba-tiba ia memekik sekuat-kuatnya lalu pengsan tanpa sedarkan diri. Apabila ia telah sedar maka ia berkata: “Alangkah ruginya, aku datang menemui Tuhan dengan membawa sebanyak 21,240 dosa. Ini pun jika aku melakukan satu dosa sahaja setiap hari. Bagaimana jika aku melakukan berbagai dosa yang tidak terkira setiap hari?”

Kemudian ia mengeluh panjang; “Aku sendiri yang salah dan bertanggung-jawab. Aku telah membangunkan dan memajukan duniaku tetapi aku meruntuhkan akhiratku. Aku telah menentang pelindungku, Allah Yang Maha Mengurnia. Kemudian aku sangat benci untuk berpindah dari kemajuan kepada kehancuran. Bagaimana aku akan datang di hari mengira amalan yang tercatit di dalam kitab catitan amal dan bagaimana aku menghadapi azab itu tanpa amal soleh dan pahala?”

Kemudian iapun menjerit sekuat-kuatnya lalu jatuh ke bumi. Apabila orang ramai cuba menolongnya didapati ia telah mati. Semoga Allah memberi rahmat ke atasnya.

~ Petikan buku Membentuk Jiwa Sufi (Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek)
 
Aku baca je dah tau kisah2 Sufi..

Tp ksh2 golongan Sufisme ni byk yg tokok tambah sbb dorg biasanya dselubungi prasaan Taksub..tu yg risau..tp klu nk ambil sbg motivasi xdeslhnya...:D
 
Aku baca je dah tau kisah2 Sufi..

Tp ksh2 golongan Sufisme ni byk yg tokok tambah sbb dorg biasanya dselubungi prasaan Taksub..tu yg risau..tp klu nk ambil sbg motivasi xdeslhnya...:D

:)cgrock:)cgrock
 
21,240 hari kalau 60thn..
Tapi dari umur 0 smpai 7thn atau akil baligh (yg mana dtg dulu) ada dosa ke?
 
Back
Top
Log in Register