Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
BMF, TUN M DAN PAS
Orang hari ini terkejut dengan pembongkaran salah laku Tun M isu BMF 30 tahun dulu. Tapi PAS dah lama siapkan dokumen ni, mendahului CIA sejak 1984 lagi. Ini adalah buku penerangan isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang pernah menggemparkan negara di awal zaman Tun M memerintah, yang turut melibatkan pembunuhan misteri juruauditnya.
Isu ni juga pernah dibangkitkan Lim Kit Siang dalam parlimen. Apa sekarang dosa itu dah dimaafkan kerana matlamat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?
Ini yang sebenarnya membimbangkan Tun M. BMF hanya salah satu dari beribu sejarah salahlaku Tun M yang sedang ditutup. Sebab itu orang pertama menentang idea UG adalah Tun M sendiri, sampai terguling Pak Lah.
Ini kerana idea UG akan meletakkan semua parti berada dalam kerajaan. Institusi kehakiman ditadbir bersama. Pasti PAS akan heret isu-isu Tun M ke muka pengadilan.
Musuh sebenar Tun M adalah PAS. Walaupun tahu Umno tak akan berjaya jatuh selagi tak bersama PAS, dia tetap menolak PAS. Matlamat sebenar bukan untuk menumbangkan Umno, tapi menyelamatkan empayarnya dari diancam PAS yang tidak pernah berkompromi dengan penyelewengan.
_(Alang Ibn Shukrimun)_
Telegram:
http://tinyurl.com/AlangIbnShukrimun
Facebook:
https://m.facebook.com/alangshukrimun/
pandap jgn caye sgt berita aku bg ni..
kikiki....

dpt rase pas akan serang ppbm abis2an..
sebab ape?
ahli ppbm ramai dr bn,so
pas serang ppbm = tarik undi bn
bagus gak tread ni...
aku pun ada byk soklan kt ppbm....^^
Tiga tuntutan rasmi PAS kepada Sarawak Report
![]()
KUALA LUMPUR: PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report yang bernama Clare Rewcastle Brown yang beralamat di London pada 13 Disember lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.
Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation" itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016 telah menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita Sarawak Report terbabit.
Menurut beliau, tiga perkara tersebut adalah meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report, mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang.
Beliau yang ditemui Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada hari ini turut menamakan dua pihak yang akan menyaman portal tersebut iaitu parti PAS dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. – HARAKAHDAILY 16/12/2016
aku kagum dgn gerak kerja parti baru bersatu ni, tersusun, kerja kuat terutama kawasan pendalaman.
ada harapan buat kejutan PRU14 depan.

negara xmaju mana nak ada duit bantu rakyat..matlamat utama tetap jadi maju..baru lah lebih banyak leh bantu rakyat..

KUALA LUMPUR: Setelah menyertai Pakatan Harapan secara rasmi, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat menjadi peneraju utama pembangkang sekaligus menenggelamkan parti komponen asal pakatan berkenaan - DAP, PAN dan PKR.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, dalam erti kata lain, Dr Mahathir adalah ketua blok Pakatan Harapan sebenar dalam usaha pembangkang melawan Barisan Nasional (BN).
"Sekarang beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua kepada PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia - BERSATU), PKR, DAP dan PAN (Parti Amanah Negara - AMANAH).
"Anwar Ibrahim sudah berjaya beliau tenggelamkan. Lim Kit Siang telah berjaya beliau jinakkan. Mohamad Sabu telah berjaya beliau mandulkan.
"Mahfuz Omar telah berjaya beliau perbudakkan," kata Dr Zuhdi dipetik lidah rasmi PAS, Harakah Daily
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir mendakwa Pakatan Harapan tidak memerlukan PAS untuk berdepan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Jelas Dr Zuhdi, kenyataan bekas Perdana Menteri itu dibuat bukan kerana beliau memandang rendah terhadap PAS tetapi bimbang akan pengaruh PAS yang boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap blok pembangkang.
"Dr Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah beliau berkonfrontasi dengan semua perdana menteri yang berada di atasnya, daripada Tunku Abdul Rahman sehingga perdana menteri sekarang.
"Kalaupun boleh dikecualikan ialah di zaman Tun Abdul Razak.
"Dengan sifat diktator politik inilah Dr Mahathir mencantas semua pimpinan Umno dan timbalan perdana menteri yang menggugat kedudukannya, daripada Tengku Razaliegh sehingga Anwar Ibrahim," katanya.
Tambah beliau, Dr Mahathir juga tidak teragak-agak untuk menyanggah Raja-Raja Melayu dengan sifat diktatornya dalam usaha memaksa orang ramai tunduk akan percaturan politiknya.
Mengulas lanjut, penguasaan diktator Dr Mahathir hanya boleh ditandingi PAS sebagai kuasa politik kedua terbesar negara selepas UMNO.
Sebab itu, Dr Mahathir sangat tidak mengalu-alukan PAS, meskipun Muhyiddin Yassin amat mengharapkan hubungan itu," katanya.
Jelas Dr Zuhdi lagi, pendirian PAS yang begitu konsisten dalam usaha memartabatkan syariah Islam dan hak orang Melayu juga menjadi punca penolakan jalinan PAS-PPBM disebabkan strategi berkenaan bertentangan dengan prinsip Dr Mahathir.

hopefully, kalo pembangkang menang.... tolong la jaga kebajikan rakyat. Tak perlu pun status negara maju tapi rakyat terhimpit di sini sana.