Hypnosis-Diri
Super Active Member

- Messages
- 8,232
- Joined
- Sep 22, 2014
- Messages
- 8,232
- Reaction score
- 656
- Points
- 111
Umno tiada idea serang PPBM
GEORGETOWN - Umno dan BN dilihat tidak mempunyai idea lain bagi menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila sering menyerang isu peribadi Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, selain isu peribadi, Umno juga sering menimbulkan isu perkauman dengan menuduh Bersatu berpakat bersama DAP untuk mengangkat pemimpin kaum Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri setelah berjaya menubuhkan kerajaan baharu kelak.
Mukhriz berkata, Umno dan BN sering mengalih tumpuan rakyat perjuangan sebenar Bersatu kononnya ia bersifat peribadi dengan menabur fitnah yang tidak masuk akal.
"Mereka menuduh kononnya Bersatu ditubuhkan untuk kepentingan peribadi bapa saya (Tun Mahathir). Itu sahaja isu dari dahulu mereka jaja bagi menimbulkan kemarahan rakyat kepada kita. Saya nak beritahu, Tun Mahathir dari dahulu lagi melarang saya dan adik beradik lain terjebak dalam dunia politik.
"Beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Jika benar beliau mahu saya menjadi Perdana Menteri, dari dulu lagi beliau buat dah. Tetapi, kenapa setelah 14 tahun pencen, baru beliau bersungguh-sungguh mahu saya jadi Perdana Menteri? Masuk akalkah tuduhan mereka (BN dan Umno)?" katanya ketika berucap di Program Bicara Ke Arah Menuju Perubahan di Gelugor, disini malam semalam.
Turut hadir, Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Adun Seri Delima, RSN Rayer, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman dan Pengerusi Penyelaras Keahlian Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya.
Mukhriz berkata, rakyat diminta agar tidak percaya dan terpedaya dengan isu yang sering dijaja Umno.
"Saya harap rakyat dapat menilai Bersatu dengan baik. Jangan percaya dengan tuduhan dibuat Umno dan BN menerusi media kawalan mereka. Bersatu ditubuhkan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada sekali gus menyelamatkan negara. Pentingnya sebuah kerajaan demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan BN dan Umno ini.
"Jika kita berkuasa kelak, kita akan memastikan amalan demokrasi yang menghormati undang-undang sedia ada dilaksanakan. Kita juga akan memastikan pilihan raya dijalankan dengan bebas tanpa ada unsur penyelewengan," katanya.
Sumber
TUN M JADI PENASIHAT PH, TAPI KIT SIANG PULA YANG DICELA...PEMIMPIN UMNO DAH MULA RESAH KE?
![]()
![]()
Sehingga ini sekurang-kurangnya tiga pemimpin tertinggi UMNO yang jelas tidak lagi dapat menahan kerisauan di hati berikutan perlantikan Tun Mahathir Mohamad bersama Dr.Wan Azizah Wan Ismail sebagai penasihat protem Pakatan Harapan.
Mereka ialah Salleh Said Keruak, Noh Omar dan Ismail Sabri Yaakob. Mungkin selain mereka, ramai lagi yang turut berkongsi kebimbangan yang sama, tetapi tidak meluahkannya secara terbuka.
Masing-masing bagaimanapun cuba menyembunyikan risau hati mereka dengan mengatakan Lim Kit Sianglah yang sepatutnya dilantik menerajui gabungan parti-parti pembangkang yang bakal didaftarkan secara rasmi itu.
Hujah kuno mereka tidak lain kerana DAP memiliki kerusi terbanyak, selain dikatakan Lim Kit Siang menyerahkan jawatan tertinggi itu kepada Tun Mahathir hanyalah untuk memperdaya orang-orang Melayu sedangkan hakikatnya parti itulah yang paling berkuasa sekali dalam Pakatan Harapan.
Lantaran itu, kata mereka, untuk membuktikan kejujurannya, Lim Kit Siang mesti berani menuntut jawatan tersebut?
Tidakkah mereka sebenarnya sedang resah dan gelisah, lalu dilihat seolah-olah "gila" dalam kenyataan yang dikeluarkan?
Tun Mahathir yang dapat jawatan, tetapi Lim Kit Siang yang murah hati dan tidak tamak jawatan pula yang dicela?
Kenapa tidak Tun Mahathir yang diserang dan diperlekeh?
Hakikatnya, dengan keputusan parti-parti pembangkang meletakkan Tun Mahathir sebagai penasihat Pakatan Harapan bersama Dr. Wan Azizah, ia adalah satu lagi langkah yang bakal memendekkan usia Najib Razak, UMNO dan BN di persada kuasa mentadbir negara ini.
Tun Mahathir, dengan rekod cemerlangnya mampu mencipta kejayaan dalam situasi paling sukar sebagaimana yang dbuktikannya sepanjang 22 tahun berkuasa, kini sedang merintis satu lagi sejarah yang secara totalnya adalah untuk kebaikan rakyat dan negara.
Apatah lagi dengan rekod buruk Najib yang dilihat hanya sinonim dengan pelbagai skandal, ditambah kegemarannya mendatangkan susah dan sengsara kepada rakyat jelata, kelebihan nyata memihak kepada Tun Mahathir.
Dalam mana-mana sejarah dunia pun, apabila rakyat mula susah dan sengsara sementara yang berkuasa terus boros dan bermewah tanpa hadnya, kejatuhanlah balasannya.
Di Malaysia, ia semakin hampir menjadi kenyataan.
UMNO, BN serta sekalian para pemimpinnya tahu dan sedar banyak kelebihan berada pada Tun Mahathir berbanding Najib. Gambar dan poster-poster besar Tun Mahathir sepanjang kempen PRU 14 nanti pasti akan lebih memikat hati rakyat dan dengan sendirinya menenggelamkan wajah Najib yang suram dan tak bermaya.
Mereka gelisah kerana kuasa dalam di tangan bila-bila masa akan terlepas daripada genggaman. Mahu menyerang Tun Mahathir secara terbuka dan terang-terangan, takut simpati lagi melimpah ruah.
Lalu Lim Kit Sianglah dijadikan sasaran. Sebenarnya Kit Siang ini begitu baik, murah hati dan budiman kerana tidak tamakkan jawatan. Beliau memahami erti perkongsian kuasa dan realiti sebenar masyarakat di negara ini.
Salahkah sikap Kit Siang itu?
Salleh Said Keruak, Noh Omar dan Ismail Sabri tentunya mengharapkan Lim Kit Siang dilantik mengetuai Pakatan Harapan hanya untuk membolehkan mereka melakukan serangan lebih terbuka dan terus mendendangkan lagu-lagu perkauman bagi meracuni pemikiran rakyat bagi kekal berkuasa.
Kini dengan Tun Mahathir dan Dr. Wan Azizah secara bersama mengetuai Pakatan Harapan, bukannya Kit Siang, matilah segala idea mereka. Lagu perkauman boleh jadi tidak lagi diminati dan bakal menjadi kaset usang semata-mata.
Maka, mereka jadi "gila" menyerang dalam bentuk yang lain pula. Sebetulnya, kematian sudah semakin dekat menghampiri mereka. (ShahbudinHusin 03/04/2017).