BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umno Bangsa Pencuri (Tanah Rizab Melayu)

tangkisan

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
7,998
Joined
Dec 12, 2010
Messages
7,998
Reaction score
415
Points
81
Lagi - Anak Kecil Main Api -
Kenapa Perwakilan Nak MenangiS..???


Aku Mulakan Thread nie dengan Lagu Warisan...
Nak kecil Main Api yang bergema dalam PWTC..
Dinyanyikan oleh para PERWAKILAN UMNO (wakil Melayu kununnya)..
Siap sebak.. Hiba.. Mengalir air mata menangis..
X Caya.. Nah...
tengok Gambar nie...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri


Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

http://www.youtube.com/watch?v=WErVkXCwBTg

anak_kecil_main_api1.jpg


pau_2012_m_AK_cik_menangis.jpg


wanita_umno_menangis1.jpg


Lorrr....
Kenapa nak menangis....??
Sedih dengar lagu tentang MELAYU yang semakin terhimpit..??
Sedih dengar lagu tentang MELAYU yang hilang kuasa...???

:eek::eek::eek:



Aku Bagi Fakta dulu...

tanah_rizab.png


tanah_rizab1.png


Kalau X RETI Baca GRAF.. Aku Bagi Nombor...

tanah_rizab2.png


Sumber
SINI YER


Padahal...

Risalah_Tanah_Rezab_Melayu_Berkurangan.jpg


Huyoo...
Banyak tu Hilang...
APA SEBABnya Yek..???

Yang Nie Kot...

tanah_rizab_kedah.png


tanah_rizap.png


tanahrizab.jpg


Rembat...
SEMUA TANAH REMBAT...
TANAH KUBUR YANG MASING MASING DAPAT NANTI PUN REMBAT
tanah_rizap.jpg



Aikkk...
TANAH SURAU PUN REMBAT...

tanah_rizap1.jpg



Aduuuyai...

rizabtanahmelayu.jpg



INI DIA BERITA MEMBUKTIKAN
TANAH DI PIJAK MILIK ORANG


Dec 3 (Reuters) – Chinese property developer Country Garden Holdings Co Ltd(碧桂园) said it is buying 11 hectares of prime waterfront land in a big industrial zone in southern Malaysia for almost 1 billion ringgit ($328.97 million).

The deal would mark the biggest investment to date from mainland China in Iskandar, Country Garden said in a statement. Iskandar is in the southern Malaysian state of Johor near Singapore. “We are very confident and upbeat about the business outlook in Iskandar Malaysia,” Mo Bin, Country Garden’s president and executive director, said in the statement.

The Chinese company is expected to formalise the land purchase agreement on Tuesday with Malaysian government-linked firm Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd, which is the master developer of the 1,620 ha prime waterfront land. Country Garden plans to developed the 11-hectares site into an integrated property project with a gross development value of 18 billion ringgit ($5.92 billion).

The project will include the construction of a luxury clubhouse, commercial tower, shopping mall, high-end condominium and service apartment, it said. ($1 = 3.0397 Malaysian ringgit) Source: Reporting By Yantoultra Ngui; Editing by Muralikumar Anantharaman, REUTERS. Reference: Country Dec 3

Maksud yang di terjemahkan begini :

(Bernama) - Cina pemaju hartanah Country Garden Holdings Co Ltd (碧桂园) berkata ia akan membeli 11 hektar tanah tepi laut yang utama dalam zon perindustrian yang besar di selatan Malaysia berjumlah hampir 1 bilion ringgit ($ 328.970.000).

Perjanjian itu akan menandakan pelaburan terbesar setakat ini daripada tanah besar China di Wilayah Iskandar, Taman Negara berkata dalam satu kenyataan. Iskandar adalah di negeri selatan Malaysia Johor berhampiran Singapura.

"Kami amat yakin dan sangat yakin mengenai prospek perniagaan di Iskandar Malaysia," Mo Bin, presiden Taman Negara dan pengarah eksekutif, katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat Cina dijangka akan merasmikan perjanjian pembelian tanah pada Selasa dengan Malaysia berkaitan kerajaan firma Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd, yang merupakan pemaju induk 1.620 ha waterfront tanah utama.

Taman Negara merancang untuk membangunkan tapak 11 hektar ke dalam projek hartanah bersepadu dengan nilai pembangunan kasar sebanyak 18 bilion ringgit ($ 5920000000). Projek ini akan merangkumi pembinaan rumah kelab mewah, menara komersial, pusat membeli belah, kondominium mewah dan pangsapuri perkhidmatan, ia berkata. ($ 1 = 3,0397 ringgit Malaysia) Source: Laporan Oleh Yantoultra Ngui; Editing oleh Muralikumar Anantharaman, REUTERS. Rujukan: Negara

Apa yang gua nak HIGHLIGHT ialah Lyric lagu "Warisan ~ Anak kecil main api" yang lyricnya ada tulis.. Bumi di pijak milik orang..

Umno sering melagukan lagu ini dan menjadikan lagu wajib untuk kursus BTN.Dah terbaru semasa Perhimpunan Agung Umno tempohari,juga di nyanyikan lagu ini sehingA menangis nangis makcik2,pemuda DAN pemudinya..

Nampak tak tanah Wilayah Iskandar Malaysia milik siapa? sah sah kwsan mewah ni bukan dIpunyai oleh melayu! siapa pemiliknya nanti? cina. dari mana? Singapore.. so apa masalah di sini?


Akibat kebo.dohan melampau pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang.

batu_putih1.jpg


batu_putih.gif


muka_hadapan.jpg




Apa Akan Jadi Dgn 16, 997 Hektar Tanah Rezab Melayu Di WPI?

iskandar.jpg


wiskandar.jpg


Kenapa WPI dikatakan menguntungkan Singapura?

“Wawasan Malaysia untuk selatan Johor adalah cemerlang…”

Chua Lee Hoon, Pengarang Review, 2 Jun 2007, The Straits Times, Singapore

“Dengan adanya Iskandar, kita boleh mengalihkan perniagaan yang tidak akan menguntungkan di Singapura – kerana masalah kekurangan tanah dan pelbagai halangan lain – tapi menguntungkan jika dilakukan di selatan Johor”

Manu Bhashkaran, Felo Kanan Penyelidikan, Partner and Member of the Board, Centennial Group Inc. 5 Mei 2007,

The Straits Times, Singapore

Kat Cnie nak TEKANKAN...

Baca dan faham baik baik...


Tanah milik kita kini MILIK orang.. FAHAM?

Siapa serah? UMNO

Yang diburukkan masuk tv pong pang siapa? PAS,DAP,PKR

Inilah masalah yang berpunca dari umno tetapi dialehkan kepada PR.Cuba lihat ke Taman Nilam dan Bukit Malut Langkawi.. pendatang asing Burma di beri TANAH,RUMAH FREE semua tu.. semata mata hak eklusif mereka yang akan mengundi BN!!


HUH...
MENANGIS KUNUN...

anak_kecil_main_api1.jpg


nyonya_mansoor.png



blogger_Plus.jpg


kalam_akhir.jpg


NEW_B_2.jpg
​


TAMBAHAN DARI RAKAN...

gua tambah...

air mata darah bercampur keringat
blok L dan M milik orang....

nangis-darah.jpg


limbang.jpg




bro.. tertinggal satu lagik.. tanah melayu kini jadi milik org....

tanah orang melayu yg hendak dijual oleh company satim diman kepada cina di puchong.. tetapi diselamatkan oleh MB selangor dari PKR yg membatalkan tukar pemilikan status tanah...

Permohonan+Ditolak+Untuk+Kekal+Kuota+Bumiputra.jpg


SatimDiman-1.jpg


Photo4070.jpg
 
Last edited:
Nasi Tambah....

"Tanah Rezab Melayu disebut dalam Perlembagaan Malaysia sebagai suatu aset yang dilindungi dan dijamin hak untuk memulihara hak milik orang Melayu di negara ini. Tetapi sepanjang BN perintah Malaysia lebih 54 tahun, bilangan tanah rezab Melayu semakin pupus.

UMNO telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa digantibalik sepertimana yang diperuntukan perkara 153 Perlembagaan.

Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan. Dua perkara besar menyebabkan menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin. Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-mana mahkamah.

Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.

Kerajaan Negeri Kedah di bawah BN

Merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.

Di Johor pula

-Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM.
yang paling teruk ialah tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek WPI juga telah dijual kepada Cina Singapore

Di Melaka,

Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.

Di Terengganu,

Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.
Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.

Di Langkawi pada tahun 1990,

80 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk dirikan Pelangi Beach Resort. Di Selanggor seluas 8,299. 9 hektar telah hilang statusnya.

Di Negeri Sembilan

Seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan.
Selama 3 Dekad UMNO Memerintah, Tanah Rezab Melayu Berkurang dari 3 Juta Hektar kpd 1.7 Juta Hektar

Akibatnya jumlah keluasan tanah rezab Melayu menurun dengan drastik dalam tempoh hanya tiga dekad dari sejumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hamper 44% daripada asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun.

Manakala jumlah yang digantikan semula mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1995 hanya sekitar 34% sahaja. Jika pengambilan ini berterusan tanpa penggantian dibuat dengan alasan pembangunan, maka akan tinggal 14% sahaja pada tahun 2020.

Kadar Kehilangan Tanah Rezab Melayu Setelah Dijual Oleh UMNO

Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku di Kuala Lumpur iaitu daripada 1. 067.5 hektar keluasanan sebelumnya kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar. Pulau Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985.

Kesan pengambilan di Kuala Lumpur lebih dashat, iaitu daripada ? hartanah di KL ini adalah hak milik Melayu pada tahun 1957 menjadi hanya 5.1 % sahaja pada sekarang sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah. Pemimpin-pemimpin Umno ini kianat terhadap bangsanya sendiri. Pengambilan tanah-tanah ini dibayar pampasan tidak mengikut harga pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian belum lagi ditukar status. Sebaik sahaja pengambilan tanah-tanah ini selesai dibuat, maka status tanah-tanah ditukar ke status kormesial dan dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan Melayu dengan nilai berjuta ringgit. Mereka menjadi kaya raya sekelip mata, buat untung atas angin. Begitulah cerdiknya pemimpin-pemimpin Umno.

Apa Akan Jadi Dgn 16, 997 Hektar Tanah Rezab Melayu Di WPI?

WPI akan melibatkan 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu (TRM) yang mana sebahagiannya adalah tanah Felda. Apakah nasib TRM ini? Pada masa sekarang banyak TRM yang diambil balik oleh kerajaan tidak digantikan semula. Dalam Pelan Pembangunan Komprehensif WPI tidak dinyatakan bagaimanakah kaedah untuk mengekalkan pemilikan TRM.

WPI juga akan melibatkan tanah-tanah milik orang Bumiputera/Melayu yang bukan berstatus TRM. Bagaimanakah nasib tanah-tanah ini? Setelah isu ini diketengahkan, Menteri Besar Johor pada 14 April, 2007 menyatakan kerajaan bercadang untuk menubuhan Amanah Hartanah (Property Trust) bagi membolehkan masyarakat bumiputera bersama-sama menyertai pemilikan harta di WPI walaupun pada nilai yang rendah. Modul operandi Amanah Harta ini sehingga sekarang tidak dijelaskan secara terperinci. Kita tidak mahu melihat nasib orang Melayu/Bumiputera di WPI akan menerima nasib seperti orang Melayu/Bumiputera di Pulau Pinang dan Pulau Langkawi yang terpinggir dan terkorban atas nama pembangunan. Kita mahu melihat pegangan pemilikan hartanah oleh Melayu/bumiputera akan terus kekal walaupun tanah-tanah mereka dibangunkan.


Pemilikan Tanah WPI Oleh Singapura

Pemilikan tanah oleh pelabut-pelabur dan syarikat-syarikat dari Singapura akhirnya akan menjadikan Singapura memiliki kuasa perundingan yang significant (significant bargaining power) ke atas Malaysia. Dengan kata lain dalam perundingan selepas dari ini khususnya berkaitan dengan WPI, suara, pandangan serta persetujuan daripada Singapura hendaklah diperolehi. Secara tidak langsung Singapura boleh “memandrumkan” Malaysia supaya tunduk kepada pelbagai tuntutan daripada Singapura di masa hadapan. Ini adalah antara risiko yang perlu ditanggung apabila kerajaan mengambil tindakan “menjual” negara kepada warga asing. Singapura selepas dari ini tidak berlu lagi menggunakan pendekatan berkonfrantasi dengan Malaysia tetapi memadai dengan ugutan untuk menarik balik pelaburan daripada WPI sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh Malaysia. Akhirnya Malaysia akan menjadi barua kepada Singapura.

Baca lagi di sini

Apa sudah jadi dengan tanah orang Melayu? Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:-

• 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

• 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)

• 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor, Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

• Akibat ke****.han pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang.​

* Sebahagian fakta bersumberkan kenyataan di sini.
* Sebahagian lagi fakta bersumberkan kenyataan di sini.



anak_kecil_main_api.png


umno_terus.jpg


​
~X(~X(~X(


P/s: Sedarlah MELAYU!!! Janganlah terus diperbo.dohkan!!!​
 
Last edited:
kalu nak nangis pun pakai le tudung tu betul2...bruk benor nampaknya

pau_2012_m_AK_cik_menangis.jpg
 
Dia yg jual..dia yg takutkan org lain lak. Yg t0ng0ng2 semua percaya... wakakakaka...
 
pasti ada penjelasannya,,tunggu bro e.k masuk jap lagi
 
Kasik bongkar lagi. Patut dah boleh wat sticky kat sect politik! :)
 
aku dengar & hafal lagu ni sejak dari sekolah rendah lagi,
masuk asrama jadi nyanyian wajib tiap2 minggu.

pasal lagu ni la aku sedar pengkhianat dan perosak sebenar bangsa Melayu ni adalah UMNO & pemimpinnya.
 
patutnya lagu ni ditujukan kepada umno....

bukannya dinyanyikan oleh umno....:))
 
Memang betul lah tu. Rapid kat pengerang & Iskandar tu boleh kata majoritinya tanah rezab melayu. Kesian orng johor.
 
Back
Top
Log in Register