BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umno akan tanding di Kuantan, kata pemimpin MCA

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Umno akan tanding di Kuantan, kata pemimpin MCA

FMT ReportersOctober 29, 2022 7:15 PM

Ti Lian Ker berkata, beliau ditawarkan kerusi Parlimen Indera Mahkota, tetapi menolaknya untuk membantu calon MCA di Pahang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Umno akan bertanding di kerusi Parlimen Kuantan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), manakala MCA diberikan kerusi Parlimen Raub, Bentong dan Indera Mahkota, kata Timbalan Pengerusinya, Ti Lian Ker.

Beliau berkata, rundingan awal menunjukkan MCA akan bertanding di Kuantan.

“Tetapi, akhirnya diputuskan Umno patut bertanding di Kuantan, manakala MCA diberikan tiga kerusi Parlimen lain di negeri itu.


“Pada mulanya, Barisan Nasional bercadang membenarkan MCA bertanding di Bentong, tetapi selepas beberapa rundingan, dipersetujui kami mendapat tiga kerusi di Pahang,” katanya dalam kenyataan yang dipetik China Press.

MCA dan Umno bertanding di Parlimen Kuantan pada PRU 2013 dan 2018, tetapi kalah dalam dua PRU itu kepada calon PKR, Fuziah Salleh.

Pada 2008, MCA kehilangan kerusi itu, juga kepada Fuziah, selepas memenanginya dalam PRU 2004.

Mengenai kedudukannya, Ti berkata, beliau menolak tawaran bertanding di Parlimen Indera Mahkota.

“Tetapi, saya akan membantu Ketua MCA bahagian, Quek Tai Seong yang akan dicalonkan di sana.

“Walaupun saya tidak bertanding, saya tetap berdedikasi kepada parti. Saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu parti memenangi tiga kerusi itu.”
 
Back
Top
Log in Register