BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umat Islam perlu terus teladani Rasulullah - PMX

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Umat Islam perlu terus teladani Rasulullah - PM

A view of the sea
ANWAR mahu umat Islam terus menjadikan Nabi Muhammad sebagai Uswatun Hasanah. FOTO Bernama.
Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata umat Islam wajar terus menjadikan Nabi Muhammad SAW yang merupakan murabbi terunggul dan teragung umat sebagai 'Uswatun Hasanah' atau teladan yang baik, ketika dunia kini dibadai kemarau contoh dan suri teladan.

Perdana Menteri berkata Rasulullah wajib diberi sorotan penuh perhatian, bukan sahaja dari segi keperibadian baginda, tetapi mencakupi sisi kepimpinan negara, masyarakat dan keluarga khususnya dalam konteks model negara bangsa Madinah.

"Cita-cita negara yang MADANI tidak lepas dari mengambil ibrah (pengajaran) dan model Piagam Madinah yang dipelopori Baginda, berasaskan formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan bertiangkan keadilan dan ihsan," katanya dalam catatan di Facebook sempena Maulidur Rasul hari ini.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H yang bertemakan 'Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI' diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan tersebut, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri dan kira-kira 6,000 tetamu.

Disiarkan pada: September 16, 2024 @ 11:47am
 
"Cita-cita negara yang MADANI tidak lepas dari mengambil ibrah (pengajaran) dan model Piagam Madinah yang dipelopori Baginda, berasaskan formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan bertiangkan keadilan dan ihsan," katanya dalam catatan di Facebook sempena Maulidur Rasul hari ini.

Bila tgk IBRAH tu, teringat kisah TGHH nk larang bukan Islam menjadi penentu dasar dlm kerajaan.

Harap itu dimasukkan dlm janji manifesto PN nnt, baru nmpk iltizam nk bawa Islam dalam pemerintahan.

X seronok lah dok kluk klek.
 
tp pmx sendiri teladani abu jahal

PMX ni malas nak cakap, sejak dulu, ada asbab kenapa atok tak pilih dia naik...itupon atok maseh menjaga lidah sekadar sebut immoral behaviour...

manusia ni bila dia susah, sangup cari cucu perempuan rothchild utk dpt kuasa, tak makan gaji tapi kaya, tgk pagar rumah pon cukupla
bila dah menjilat pada 13 elit family, islam pada nama saja...
erdogan tak cakap english, tapi belakon pegang fon cakap arab sama english, apa punya musibat la...
dah tua dekat 80 han dah, elok la ngaji agama bertaubat...
 
Back
Top
Log in Register