BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umat Islam mula berpuasa esok

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
JEDDAH: Pusat cerapan di beberapa negara Islam sebulat suara bersetuju anak bulan Ramadan tidak dapat dilihat petang semalam dan bermakna umat Islam mula puasa esok.

Timbalan pengerusi Persatuan Astronomi Arab Saudi, Sharaf Al-Sufyani, berkata pihaknya mengadakan upacara melihat anak bulan petang semalam di bawah seliaan Mahkamah Agung. Mahkamah Agung adalah institusi khas yang diberi kuasa memutuskan tarikh permulaan puasa di Arab Saudi. Beliau berkata, upacara melihat anak bulan juga dilakukan di Al-Hada, Taif. Di Bahrain, persatuan astronomi negara itu dalam kenyataan yang dikeluarkannya, juga melahirkan pandangan sama.
“Kami meramalkan, anak bulan Ramadan tidak dilihat pada petang Sabtu, sebaliknya akan kelihatan pada petang Ahad. Berikutan itu umat Islam akan menunaikan ibadat puasa pada Isnin,” kata kenyataan itu.

Di Ireland, pejabat Majlis Perayaan dan Penyelidikan Eropah di Dublin berkata, umat Islam di Eropah menyambut Ramadan Isnin.

Majlis itu meramalkan anak bulan Ramadan dapat dilihat dengan jelas pada petang Ahad di sebahagian Afrika Utara, Semenanjung Arab dan Amerika Utara.
Sementara itu di Makkah, Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais menggesa umat Islam menunaikan ibadat puasa dengan cara dan semangat yang disarankan di dalam kitab suci al-Quran. – Agensi
 
Kat Europe puasa panjang kerana puasa jatuh musim summer.
 
Alhamdulillah..selamat berpuasa kepada semua umat islam dimana saja anda berada.insya'Allah....
 
InsyaAlllah..semoga Allah panjangkan umur & kesihatan kita semua untuk menikmati ramadhan dengan penuh kegembiraan..
 
tu kat saodi daa....
kat mesia camna...dah teropong blom.?? huhu

ari ni baru nk teropong mlm ni umumkan..kalo esok puasa terawih mlm ni on la..:)cgrock selamat berpuasa semua nya...:)paid
 
Alhamdulillah dapat juga aku bertemu dengan bulan ramadhan..Aku harap puasa kali ini byk memberi keinsafan dan ketaatan kepada Allah yg Esa.

Selamat menunaikan ibadah puasa..
 
selamat berpuasa buat semua....

moga2 puasa tahun ini diberkati....
 
Back
Top
Log in Register