BTC USD 84,835.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umat Islam Membisu..

angah83

Super Active Member
Messages
5,121
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,121
Reaction score
84
Points
80
Dulu-dulu..

Kisah 1:
Pada zaman Umar Abdul Aziz, Seorang! Seorang banduan Muslim telah dimalukan di tanah Byzantine. Berita itu telah sampai kepada Umar Abdul Aziz & beliau telah menulis surat kepada gabenor dan dalam tulisannya berkata "sebelum kamu meletakkan surat ini, bebaskan banduan Muslim itu, demi Allah (jika kamu mengingkarinya) saya akan menghantar tentera yang bermula di sini & berakhir di mana kamu berada!"

Kisah 2:
Tidak pernah terjadi perkara serupa yang berlaku sekarang ini di Israel & Palestin pada zaman Mutasim. Seorang wanita Islam telah ditampar di tanah Byzantine dan dia berteriak "wa Mutasimah!" orang Rom mula ketawa dan mereka berkata, "Kenapa kamu memanggil Mutasim?" "Dia beribu-ribu batu jauhnya, kamu fikir dia akan melompat ke atas kuda hitam putihnya dan datang menyelamatkan kamu!" Berita itu sampai ke pengetahuan Mutasim & Mutasim menghantar tentera demi mempertahankan kumuliaan/maruah seorang wanita Muslim.

Wallahua'lam..

Kesimpulan: Dulu² seorang muslim kena jentik pon 1 batalion tentera turun. Sekarang, walaupun ramai muslim yang disembelih, kena tembak, kita jadi cengkerik!

http://www.youtube.com/watch?v=ZJkjR_Lnkxg

http://www.youtube.com/watch?v=T5yTdsyFYDk
 
semua umat islam dah lalai, sibuk mencari dunia..kasihan kpd yang mahu membantu tapi tak mampu..semoga Allah permudahkannya..amin
 
itu dari kalangan tentera.
bukan orang awam islam semua turun.

sekarang kita ada militia dari pelbagai negara join jihad di negara-negara islam.

official tentera memang tiada.
bab itu aku taknak komen, sebab musabab dia.
 
At least sumbangkan sedikit dari pendapatan ke tabung untuk membantu mereka

Jangan lupa doa sentiasa kerana doa itu senjata mukmin

Kerana bagi aku itu yang dapat dari dibuat dari kita kerana amanah dan kuasa terletak di bahu pemimpin2 negara Islam yang ada..
 
jika x mampu utk memikul senjata, cukopla sekadar kita sama2 sumbangkan sedikit sebanyak wang ringgit ke tabung2 bantuan yg ada utk kegunaan dan keperluan mereka disana... insyaALLAH...
 
Kita tiada pemimpin Islam yang betul2 berani menentang kezaliman. Pakat2 risau tentang kantung ekonomi dan mereka tidak sedar rezeki itu dari Allah..

Pada aku peminpim memainkan peranan..tiada 1 pun negara Islam yang ditakuti puak kafir sekarang ni..tiada...
 
jika x mampu utk memikul senjata, cukopla sekadar kita sama2 sumbangkan sedikit sebanyak wang ringgit ke tabung2 bantuan yg ada utk kegunaan dan keperluan mereka disana... insyaALLAH...

semoga sumbangan walaupun sedikit sampai kpd yg disumbangkan,dgn keadaan negara yg penuh rasuah ni,aku xtau nak kata apa...
 
ada je mujahidin yg pegi kat Syria tu

yg kat Mesir pun dah ramai mula pegi

secara senyap2 la......
 
semua umat islam dah lalai, sibuk mencari dunia..kasihan kpd yang mahu membantu tapi tak mampu..semoga Allah permudahkannya..amin

Selepas seminggu thread ini dibuka, Alhamdulillah anda org yg pertama komen. Ternyata umat Islam belum bisu. Apa yang nak ditekan dan diterapkan disini adalah keberanian untuk bangkit membela. Islam dan umatnya telah ditindas sekian lama.

Sesuai dengan hadis Nabi SAW;

Hadith:

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya”.

Huraian Hadith:

  1. Orang Islam wajib menolong saudaranya yang dizalimi.
  2. Orang Islam wajib menahan dan mencegah saudara seagamanya daripada melakukan kezaliman. Inilah yang dimaksudkan dengan menolong saudara yang zalim, kerana dengan menghalangnya daripada kezaliman bererti kita telah menyelamatkan daripada dosa dan azab.
  3. Islam ialah agama yang menentang kezaliman dalam apa-apa bentuk sekalipun sama ada berpunca daripada orang-orang Islam sendiri atau daripada yang bukan Islam.

Sumber: http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/menolong-orang-zalim-dan-yang-dizalimi-0
 
Back
Top
Log in Register