BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ular Tedung "Ceroboh" Bilik Guru

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
31.10.2019 - Kuala Krai, Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi di sini berdepan detik cemas apabila seekor ular tedung selar seberat 12 kilogram (kg) masuk dalam bilik guru sekolah berkenaan.

Guru Besar, Mail Ibrahim berkata, pada jam 2.30 petang, ular sepanjang 3.5 meter itu dilihat memasuki pagar sekolah melalui bahagian belakang.

Katanya, dia dan beberapa orang guru segera keluar dan mengunci bilik guru bagi menghalang haiwan berbisa itu keluar dan mengancam keselamatan kakitangan sekolah.

"Di belakang sekolah, ada anak sungai dan mungkin ular itu datang dari arah sungai dan semak-samun berhampiran.

"Saya terus menghubungi talian Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memaklumkan mengenai kejadian ini.

"Ini adalah kejadian pertama kali ular sebesar itu memasuki kawasan sekolah. Saya bimbang sekiranya kehadiran binatang berbisa mengancam keselamatan pelajar dan kakitangan sekolah," katanya.

Sementara itu Pegawai APM Daerah Kuala Krai, Kapt (PA) Mohd Hanif Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3 petang dan tiba di lokasi pada jam 3.56 petang.

Katanya, operasi menangkap ular itu mengambil masa 24 minit dengan kekuatan tiga anggota.

"Kita menasihati orang ramai supaya segera melaporkan penemuan binatang berbisa. Jangan bertindak sendiri kerana ia boleh mengancam nyawa," katanya.

511097.jpg

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/54992/EDISI/Kelantan/Ular-tedung-ceroboh-bilik-guru
 
King Cobra ni memang ular bebisa terbesar di dunia.
Bahaya sungguh.
Tapi selalu tengok Panji Pertualang selamba je tangkap. :)

Baru ni ular tedung hitam datang rumah Saya.

Alhamdullillah.. isteri nampak dia menyorok belakang Almari dapur luar.
So...dia dah cornered..Saya tunggu je dia hulur keluar kepala..ketuk dgn buluh.

Memang terasa jugak mcm nak tangkap hidup..tapi..2nd thought..Tak sanggup nak ambik risiko.
Sekali kena patuk..kalau Tak melayang nyawa..anggota badan pun boleh cacat.
So.. terpaksa lah dibunuh sja.
 
Besar gila jgk ular tu,kalau aku nampak confirm lari trus..hahaha
 
mujur ada mata yang perasan ular tu dtg, sbb dia datang mana dengar tapak kaki mcm haiwan lain, tahu2 je sampai. besar gedabak pulak tu 12kg lebih berat dari sekampit beras dah. ni kalau patuk silap2 gajah pun tumbang ni.

tak tahu kenapa geli tengok segala jenis ular. entah
 
mgu lepas ada sekoq ular masuk umah den, tapi anak ular je la.. tak tau ular apa.. perasan, lepas angkat satu plastik berisi botol air mineral kosong.. dia duk bwh plastik tu..

call apm tak angkat, so den call bomba.. sambil menunggu, den stay je la kat tempat ular tu ada.. nampak dia sorok bwh kayu (untuk tutup ruang pintu yg bawah tu)

elok bomba tu dtg, dia ilang pula :LOL: .. dia kuar balik ikut ruang pintu tu.. dah selongkar abis, mmg takdok dah dlm umah..

abam bomba kata tu mungkin ular sampah, dia nasihatkan.. buh je belerang area situ..

den dah tutup lubang tu ngan kain, dan dah buh belerang.. dah usaha, kita tawakal saja la ;)
 
Ye ke 12kg, ada pulak yang rajin dok menimbang ular tu.
Selalu nya saiz ular dikira berdasarkan panjang.
 
Kalau boleh kenal jenis ular tu.. misalnya ular rusuk kerbau...atau ular lidi yg Tak merbahaya..boleh je try tangkap.

Tapi kalau Tak pasti..atau kenal ular tu kenis berbisa...memang jangan tangkap lah...bahaya.

Ular bisa tinggi yg biasa Ada Kat tempat kita...cobra, king cobra, katam tebu, ular kapak ( viper)...viper ni Ada byk jenis..yh biasa..kapak tanah/ bodoh...kapak hijau/tokong..lagi apa...lupa..

Baru ni Ada anak saudara Saya jumpa ular..dia takut..tunjuk gambar...Saya kenal ular tu ular rusuk kerbau...so..bagitau dia jangan takut..usir sja..
Tapi rusuk kerbau ni memang pandai takut Kan org...dia biasa menyerang org..macam hebat sgt..haha..tapi..Tak bahaya pun..cumq elak Kan kena gigit..boleh Luka..
 
Back
Top
Log in Register