BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ulama tegur pendirian PAS

Hukum PAS=janji bukan UMNO. Sebab tuh PAS sokong sesiapa xkira penjual cadbury,tokey judi dsbnya...Tgk jerlah apa yang berlaku kpd Nik Aziz...bala pelbagai penyakit
...benci PArti Sundal

emosi stabil ke tak ni..?
 
bro, ayat Quran turun dlm bahasa aper?

Quran ada juga dalam tulisan tamil,ada juga dalam tulisan china,ada juga dalam tulisan omputih...hg baca quran dalam tulisan mana? Tulisan panda atau dalam tulisan korea? :-?:-?
 
Ustaz Kazim menyesal tolak jadi MT UMNO

Ini kisah yang keluar sendiri dari mulut penceramah popular, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu malam.

Menurutnya, ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai, iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu.

Sumber:http://www.agendadaily.com/berita-utama/politik/11737-ustaz-kazim-menyesal-tolak-jadi-mt-umno.html
 
dia memang dah lama nak betulkan UMNO dari dalam, sebab tue dia terkilan.
 
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT MENYERU AGAR TIDAK DIPOLITIKKAN HAL HUDUD DALAM PRK PARLIMEN TELUK INTAN

Print

Email
Published on Wednesday, 21 May 2014 15:32 Written by YAB Ustaz Dato' Hj Ahmad Yakob

Kenyataan media
YAB Ustaz Dato' Hj Ahmad Yakob
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT MENYERU AGAR TIDAK DIPOLITIKKAN HAL HUDUD DALAM PRK PARLIMEN TELUK INTAN

Hudud adalah pendirian dan dasar PAS sejak awal penubuhannya. Pelaksanaan undang-undang berdasarkan hukum islam ini sudah dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan PAS iaitu dalam Fasal 5 (1) dibawah tujuan PAS yang berbunyi:

"memperjuangkan wujudnya dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup islam dan okum-hukumnya menuju keredhaan Allah."

Maka Ini adalah perjuangan utama PAS yang seluruh ahli-ahli dan pimpinan PAS tahu dan menjadi kewajipan mereka meneruskan matlamat ini walau dimana posisi dan situasi yang mereka tempuhi.

Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru semua agar jangan sekali-kali mempolitikkan hak Allah ini iaitu hudud. Hudud hendaklah dijadikan bahan pendidikan dan penerangannya adalah berpandukan kitab suci al-Quran dan bukannya dijadikan bahan cakap politik apatah lagi disertakan dengan unsur-unsur ejekan serta penolakan terhadapnya.

Merujuk kepada kenyataan calon DAP bagi PRK Teluk Intan untuk tidak memberi undian apabila rang undang-undang persendirian bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan dikuatkuasakan setelah dibawa ke Parlimen nanti, Dewan Ulamak PAS Pusat ingin jelaskan disini beberapa perkara:

1. Seseorang yang beragama Islam hendaklah menghormati dan menjaga batasan tuntutan Allah yang telah jelas dinyatakan dalam al-Quran seperti hukum hudud. Maka jangan ada unsur-unsur penolakan terhadap hukum Allah yang jelas ini walaupun berada dalam parti yang berbeza. Hak seseorang islam terhadap Allah hendaklah dijaga dengan penuh ketaatan.

2. Masih ramai pengundi melayu dan beragama islam dalam Parlimen Teluk Intan yang akan menjadi pengundi dalam PRK tersebut. Maka atas sensitiviti agama, semua calon sama ada calon daripada Barisan Nasional atau calon DAP mesti menjaga sensitiviti tersebut malahan jika pertikaian kepada hudud ini datang dari seseorang yang beragama islam seperti calon daripada DAP, maka ia lebih mengelirukan masyarakat.

3. Dewan Ulamak PAS Pusat mengharapkan agar PRK bagi Parlimen Teluk Intan berjalan dengan lancar dan ahli-ahli PAS yang datang berkempen bagi calon Pakatan Rakyat hendaklah menjaga tatasusila semasa tempoh tersebut semoga kemenangan berpihak kepada calon daripada Pakatan Rakyat.

"Rahmat Untuk Semua"

YAB Ustaz Dato' Hj Ahmad Yakob
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
21 Rejab 1435 / 21 Mei 2014
 
kekekeke dalam politik semua boleh.....hidup politik kekekeke....

Sebagai orang Islam Mukmin wajib berpegang pada rukun Islam, rukun Iman dan Ehsan.....
 
Waima parti pemerintah ape tah lagi parti pembangkang......mmg penipu.....dua2 ade kepentingan sendiri...musnah musnah..
 
kekekeke dalam politik semua boleh.....hidup politik kekekeke....

Sebagai orang Islam Mukmin wajib berpegang pada rukun Islam, rukun Iman dan Ehsan.....

betul ke kita dah berpegang kpd prinsip rukun tersebut..?
atau ckp shj..?
 
Back
Top
Log in Register