BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ujian tentukan teruna diperkenal

achoy76

Active+ Member
Messages
2,706
Joined
Feb 27, 2008
Messages
2,706
Reaction score
70
Points
35
Kaedah pakar akupuntur bebaskan tiga lelaki daripada hukuman penjara

HANOI: Seorang pakar akupuntur mendakwa boleh mengesan sama ada seorang lelaki masih lagi teruna berdasarkan bintik kecil pada telinganya, kini menjadi selebriti Vietnam kerana berjaya membantu membebaskan lelaki yang didapati bersalah atas tuduhan rogol dari penjara.

Pakar akupuntur, Pham Thi Hong, melobi untuk pembebasan lelaki terbabit, merayu kesnya sehingga kepada presiden, kerana percaya mereka masih teruna dan tidak wajar didakwa bersalah atas tuduhan merogol.
“Mereka mempunyai bintik hitam di belakang telinga,” kata Hong, 54. “Bintik itu akan hilang jika mereka melakukan hubungan seks. Semua pesalah itu tidak pernah melakukan hubungan seks berdasarkan pengalaman saya selama beberapa tahun,” katanya.
Hong nampak bintik pada telinga Nguyen Dinh Kien buat kali pertama kali dia menemuinya untuk rawatan empat tahun lalu.

Dia dibawa ke hospital dari penjara untuk menjalani hukuman 16 tahun selepas didapati bersalah merogol beramai-ramai seorang wanita berusia 20 tahun pada 2000.

Selepas melihat bintik itu pada telinga Kien, Hong percaya dia tidak bersalah. Hong kemudian memeriksa dua orang lagi yang bersubahat dengannya dan melancarkan kempen pembebasan mereka.

Berikutan kempen itu, Presiden Nguyen Minh Triet kemudian mengarahkan kes terbabit disiasat semula.
Penyiasat yang mengkaji semula kes menemui beberapa kelemahan termasuk keterangan tidak bersalah tertuduh tidak dimasukkan dalam fail kes, lapor akhbar Pioneer. – AP
 
heh heh heh boleh caya ker anda masih teruna... saper teruna angkat tangan..:)
 
den ado yo bintik kt telingo ni..tp den dh ada anak pon arr..:D:D
 
den ado yo bintik kt telingo ni..tp den dh ada anak pon arr..:D:D

yup. sama la. aku pun ada bintik kecil belakang teliga. keke... tak sure plak ini ke yg pakar tu maksud.
 
nak carik marker pen merah la...nak titik belakang tinger.hahaha
 
Siapa yang ada anak lelaki tu gi lah belek2.
 
Back
Top
Log in Register