BTC USD 83,375.1 Gold USD 4,168.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda

Terapi Ruqyah Keatas Penyakit Gangguan Makhluk Halus

Rawatan ini adalah rawatan khusus keatas penyakit-penyakit mainan jin,syaitan dan juga iblis laknatullah, samada ianya berpunca dari perbuatan dengki khianat sesama manusia maupun daripada kejahatan syaitan itu sendiri.

Mempercayai kewujudan alam ghaib adalah WAJIB disisi Islam. Allah SWT juga telah membezakan antara orang beriman dengan orang tidak beriman. Kata Allah, kelebihan orang beriman dari orang tidak beriman ialah orang beriman percaya kepada alam ghaib. Justeru orang beriman itu wajib mempercayai kewujudan jin,syaitan dan juga iblis. Ini diperkuatkan lagi melalui firman Allah SWT :

وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ

Maksudnya:

“Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang panas” (Al-Hijr:27)

Dan umum juga mengetahui bahawa syaitan dan iblis itu sentiasa memusuhi manusia sebagaimana firman Allah SWT:
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِن أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu, maka anggaplah ia musuh kamu,kerana sesungghnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golonganya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala” (Fathir:6)

Maka bermula dari sinilah timbulnya berbagai penyakit dan masalah keatas manusia ekoran tipu daya syaitan. Antara penyakit dan masalah angkara tipu daya syaitan itu boleh dikategorikan kepada 4 perkara berikut :-

1. SERANGAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS

2. SIHIR

3. SANTAU

4. SAKA

Justeru itu tiada lain yang hak didalam merawat penyakit-penyakit ini selain daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Bermohon dan berserahlah kita kepadaNya yang Maha Berkuasa.




SERANGAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS


Dari segi realitinya tiada perbezaan diantara gangguan jin, syaitan dan iblis dengan gangguan makhluk halus. Pekerjaan utama syaitan ialah berusaha mengganggu dan mempengaruhi manusia agar manusia juga dilaknat Allah SWT dan kekal didalam neraka bersama mereka. Dalam ertikata yang lain syaitan itu tidak akan berhenti menggoda manusia selagi manusia tidak dilaknati Allah dan kekal didalam neraka bersama mereka.Justeru itu tumpuan utama golongan syaitan ini adalah kepada 4 perkara besar iaitu:-

- Berusaha agar manusia kufur dan syirik kepada AllahSWT :
كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّيأَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ

Saperti pujukan syaitan ketika dia berkata pada manusia;

“Kafirlah kamu” maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata “ Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam” (Al-Hasyr:16)

Apakah hubungkaitnya firman Allah ini dalam kontek “sakit”.”permasalahan” serta musibah lain?

Keadaan ini boleh berlaku apabila saja kita membelakangi syariat islam didalam menempuh ujian Allah SWT. Allah SWT menurunkan sakit beserta kesabaran.Tujuan diberikan sakit adalah untuk diampuni dosa.tanpa kesabaran kita tak mungkin mendapat keampunan.Lebih-lebih lagi bila kita berburuk sangka pada Allah SWT. Apatah lagi apabila kita menggunakan kaedah yang terang-terang syirik kepada Allah SWT dalam menangani sakit serta musibah.

Justeru apabila kita sudak kufur maka “berlepas tanganlah” syaitan laknatullah. Mungkin pada ketika itu sakit kita pun sembuh, permasalahan kita pun selesai. Ahli-ahli sihir dan bomoh-bomoh terlibat diagungkan kehebatanya. Namun yang batil itu tidak akan kekal dan pasti berkesudahan dengan kehancuran.

- Berusaha agar manusia melakukan amalan-amalan bida’ah

- Berusaha agar manusia terjerumus mengerjakan maksiat saperti menipu, mencuri, berzina dan bermusuhan sesama sendiri sebagaimana firman Allah SWT:
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِوَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ
فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran meminum khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang. Maka berhentilah kamu dari mengerjakan pekerjaan itu” (Al-Maidah:91)

Syaitan yang menjawat portfolio ini bernama DASIM. Hari ini dilihat rata-rata manusia tidak lagi bermusuhan dengan syaitan. Malah menggunakan khidmat syaitan untuk tujuan tertentu saperti untuk kelihatan cantik, untuk hancurkan perniagaan orang,lariskan perniagaan, untuk menceraiberaikan rumahtangga orang dan banyak lagi..

- Berusaha menghalang manusia daripada mengerjakan ibadat

Bertitik tolak dari 4 hajat besar syaitan inilah maka apabila kita pergi lebih jauh dalam realiti kehidupan seharian manusia kita akan menemui begitu banyak sekali tanda-tanda seseorang itu telah terkena gangguan syaitan.

Tanda-tanda gangguan syaitan/ serangan gangguan makhluk halus:

- Tidur dalam keadaan resah, rimas dan cemas serta selalu terjaga

- Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan

- Bermimpi melihat berbagai jenis binatang saperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain

- Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur

- Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi

- Terasa panas badan terutama dibahagian belakang

- Fikiran selalu kacau, terasa gelap dalam perut, badan terasa lesu dan malas

- Suka marah-marah tanpa suatu sebab yang munasabah

- Selalu sakit kepala

- Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan

- Sakit dibahagian bawah tulang kipas dan bawah punggung

Jangan biarkan keadaan ini berterusan, dapatkan lah rawatan yang bersesuaian dan mengikut kaedah yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.



SIHIR

Sihir terjadi adalah angkara kerakusan dan dengki khianat sesama manusia. Perbuatan sihir ini begitu mudah dilakukan apabila manusia bersedia untuk bersekongkol dengan syaitan yang sememangnya sentiasa inginkan manusia bermusuhan sesama sendiri sebagaimana yang telah dijelaskan dari awal tadi.

Kekuatan dan keberkesanan sihir yang dilakukan oleh tukang sihir itu adalah bergantung kepada tahap kekufuran dan penderhakaan tukang sihir itu sendiri kepada Allah SWT, tapi dalam hal ini manusia melihat sebaliknya. Manusia sering melihat ini sebagai satu kehebatan .
Tukang sihir menggunakan berbagai kaedah untuk merapatkan diri mereka dengan syaitan. antaranya pengunaan ayat Al-Quran secara songsang, menulis ayat-ayat Al-Quran menggunakan darah haid atau benda-benda kotor dan banyak lagi.
JENIS-JENIS SIHIR

Sihir pemisah atau perceraian

Sihir pemisah adalah sihir yang dilakukan dengan tujuan memutuskan hubungan seseorang individu dengan individu yang lain. Sihir jenis ini terlalu popular berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Golongan wanita selalunya menjadi mangsa sihir ini. Adalah dinasihatkan kepada anda agar perihatin dengan perubahan yang berlaku pada diri sendiri dan juga pasangan anda.Kalau tidak ditangani seawal mungkin ianya bakal memberikan kesan yang buruk dan seterusnya meruntuhkan institusi keluarga kita yang disayangi. Keadaan menjadi teruk sekiranya tidak ditangani dari awal kerana kebanyakan orang yang terkena sihir sukar untuk mempercayainya dan enggan dirawat. Ini semua adalah fitnah syaitan laknatullah. Mereka begitu petah bercakap dan berdebat, enggan menerima kenyataan dan sering menyalahkan orang lain dalam banyak hal. Maka huruharalah keharmonian keluarga dan bertepuk tanganlah orang ketiga menunggu kehancuran rumahtangga kita.
Sasaran sihir ini kepada golongan berikut:-

i. Suami dan isteri
ii. Ibubapa dan anak
iii. Mentua dan menantu
iv. Rakan konsi perniagaan dan lain-lain.
Tanda-tanda sihir pemisah

i. Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba
ii. Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan
iii. Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan misalnya nampak suami
atau isteri begitu buruk dan hodoh
iv. Masing-masing suka menegakan benang basah dan tidak mahu mengalah

v. Tiada mood atau minat untuk bersama/melakukan hubungan seks

vi. Sakit ketika melakukan hubungan seks terutamanya ketika mencapai klimaks
Sihir pengasih

Sihir jenis ini juga dipanggil “guna-guna” yang mana ianya digunakan bertujuan untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang seseorang. Cabang kepada sihir pengasih ini adalah dikenali sebagai “sihir penunduk” bertujuan menundukan seseorang supaya tidak membantah sebarang percakapan dan kehendak mereka.

Orang-orang yang terkena sihir ini sukar untuk menyedari dirinya disihir yang akhirnya membawa kebinasaan kepada dirinya sendiri. Ini boleh berlaku kerana kebanyakan sihir begini menggunakan benda-benda kotor yang dipuja dan dimasukan kedalam makanan mangsa. Akhirnya mangsa jatuh sakit dan boleh membawa maut jika diizinkan Allah.
Tanda-tanda sihir pengasih

i. Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak kepada seseorang
ii. Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan
iii. Kuat berkhayal tentang adegan seks
iv. Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan seks.
Sihir menghadirkan penyakit

Sihir menghadirkan penyakit ini diperlakukan dengan tujuan untuk membuat saeseorang itu jatuh sakit samada pada anggota badan, otak atau pancaindera yang lain
Tanda-tanda sihir menghadirkan penyakit

i. Cakap merapu
ii. Fikiran bingung
iii. Sentiasa resah gelisah
iv. Tidak menjaga kebersihan diri
v. Gemar bersendirian
vi. Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
vii. Tidak ada kekuatan fizikal dan mental
Sihir pendarahan

Sihir ini terjadi keatas wanita dimana berlakunya pendarahan pada faraj seolah-olah darah haid namun ia berterusan dan tidak berhenti. Sihir ini amat merbahaya sekali kerana seseorang mangsa boleh kehilangan darah terlampau banyak. Badan akan menjadi terlampau lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada gangguan yang lebih serius. Adalah dinasihatkan agar tidak dibiarkan keadaan ini berterusan , dapatkanlah rawatan doctor, sekiranya tiada apa-apa perubahan berjumpalah dengan pengamal perubatan islam. Harus diingat haid seseorang wanita hanya selama 14 hari dan selebihnya adalah penyakit.


SANTAU

Santau adalah perbuatan memasukan bahan-bahan berbisa saperti debu kaca dan kadang racun kedalam makanan pesakit . Ianya berlaku dalam 2 cara:-

- Memasukan bahan tersebut secara terus kedalam makanan
- Menghantarnya melalui angin dengan bantuan jin
Tanda-tanda santau

i. Pendarahan yang berpanjangan saperti haid
ii. Sakit dibawah tulang kipas
iii. Sakit dibawah punggung
iv. Batuk yang berterusan
v. Bermimpi binatang yang menakutkan
vi. Sesak nafas
vii. Pemarah walaupun sifat asalnya adalah lembut dan penyabar
viii. Kelopak mata kehitaman kerana gangguan tidur
ix. Daya ingatan berkurangan

Adalah dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan dihospital dan sekiranya tidak dapat dikesan dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang yakini.



SAKA

Kehadiran jin yang terlalu lama didalam badan manusia dikenali sebagai saka. Ini berpunca daripada nenek moyang terdahulu yang mengamalkan ilmu-ilmu tertentu dengan menggunakan bantuan jin. Mereka mengadakan perjanjian dengan para jin ini saperti memberi makan dan sebagainya. Tujuan asal bersahabat dengan jin ini adalah untuk menjaga kepentingan dan keselamatan diri, menjadi kuat , digeruni dan ditakuti dan banyak lagi. Namun apabila nenek moyang sudah tua dan tidak lagi dapat menjaga jin tersebut, maka jin peliharaanya akan berpindah kepada anak cucu mereka. Begitu juga apabila nenek moyang tersebut meninggal dunia.
Oleh kerana kehadiran jin kepada “pewaris saka” tadi tidak disedari atau pun dijagai sebagaimana sebelumnya, maka jin tersebut akan mengganas dan menyusahkan bukan saja kepada “pewaris saka” malah kepada seluruh keluarga mereka.

Tanda-tanda seseorang yang mempunyai saka

i. Sukar tidur
ii. Sering bermimpi perkara yang menakutkan
iii. Ketawa dan menangis ketika tidur
iv. Pening kepala
v. Malas dan lesu
vi. Lenguh-lenguh sendi
vii. Pemarah dan terlalu emosi
viii. Adakalanya juga orang yang ada saka dibenci oleh ramai orang kerana menzahirkan situasi negatif dan tidak menyenangkan

Perubatan membuang saka agak rumit dan memerlukan jangka masa yang agak panjang. Orang yang ada saka juga harus banyak bersabar menghadapinya. Lebih penting orang yang ada saka mesti patuh pada hukum Allah dan kuat beribadat.



PEDOMAN DAN RENUNGAN

i.Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau lebih-lebih lagi saka keberatan untuk melakukan rawatan. Keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan.Sebahagianya pula tidak mempercayainya.

Sebaliknya pula ada golongan yang ketagih dengan khidmat bomoh.Golongan ini lebih suka dikaitkan masalah mereka dengan “buatan orang”,walaupun sebenarnya tidak.Mengapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat kita?

Sukacita kami menyarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Dan kepada saudaramara,rakan taulan hendaklah sentiasa membantu mereka tanpa jemu demi kebaikan bersama.

Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

ii.Dapatkanlah rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini tidak terlibat dengan sebarang bentuk khurafat dan kekufuran. Ikutilah pedoman-pedoman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa kesemasa.

Semuga kita dirahmati ALLAH SWT.

Sumber: http://kartikabuana.com/terapi-ruqyah-keatas-penyakit-gangguan-makhluk-halusnon-medik/
 
Last edited:
Bulan puasa ni berkesan tak? Ehehe. Bukan ke jin tu dikurung?
Aku noob sikit bab ni. Thanks anyway for sharing :D
 
Bulan puasa ni berkesan tak? Ehehe. Bukan ke jin tu dikurung?
Aku noob sikit bab ni. Thanks anyway for sharing :D

Saya pun tidak lah pandai sangat mengenai bab ni..

mungkin petikan ini mampu menerangkan..

"Pada bulan Ramadhan yang diikat semua syaitan dan iblis, tapi jin tetap ada lagi.

Bukan ke jin tu makhluk macam kite, Allah pon ada berfirman ''AKU ciptakan jin dan manusia tu untuk mengabdikan diri pada AKU''.
Jin pon macam kita, ada yang jin Islam, ada jin kafir, ada Wali jin.
So, tidak mustahil la kalau ada gangguan lagi pada bulan Ramadhan, yang sebenarnya datang dari jin."

Wallahu'alam
 
ilmu yg byk manfaatnya...thanks tt boleh diamalkan....
 
Saya pun tidak lah pandai sangat mengenai bab ni..

mungkin petikan ini mampu menerangkan..

"Pada bulan Ramadhan yang diikat semua syaitan dan iblis, tapi jin tetap ada lagi.

Bukan ke jin tu makhluk macam kite, Allah pon ada berfirman ''AKU ciptakan jin dan manusia tu untuk mengabdikan diri pada AKU''.
Jin pon macam kita, ada yang jin Islam, ada jin kafir, ada Wali jin.
So, tidak mustahil la kalau ada gangguan lagi pada bulan Ramadhan, yang sebenarnya datang dari jin."

Wallahu'alam

Relevan jugak tu :-?
 
ini kalu...setiap masa juga mengantuk kena santau juga ka tt?
 
Jin Masuk Dalam Tubuh Manusia Melalui Jalan Darah

Diriwayatkan dari Sofiah binti Huyai r.a berkata: Pada suatu malam ketika Nabi s.a.w sedang beriktikaf aku datang menghampiri baginda. Setelah puas berbincang-bincang dengan baginda, akupun berdiri untuk pulang. Rasulullah s.a.w ikut berdiri untuk mengantarku. Tempat tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid. Tiba-tiba datang dua orang Ansar. Ketika mereka melihat Nabi saw mereka mempercepatkan langkahnya. Lalu Nabi saw bersabda: “Perlahankanlah langkahmu. Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai.”

Kedua orang ansor itu berkata, “Maha suci Allah, wahai Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setan itu berjalan pada aliran darah manusia Sebenarnya aku khawatir ada tuduhan buruk atau yang tidak baik dalam hati kamu berdua,” (Riwayat Bukhori di dalam Kitab I’tikaf hadits nomor 1894, 1897, 1898. – Etika hadits nomor 5751.
/ Riwayat Muslim di dalam Kitab Salam hadits nomor 4041.
/ Riwayat Abu Dawud di dalam Kitab Etika hadits nomor 4342.
4. Riwayat Ibnu Majah di dalam Kitab Puasa hadits nomor 1769).

Ternyata jin bisa keluar masuk dalam tubuh kita dengan sekehendak hati mereka. Mereka bisa tinggal di mana saja dalam jaringan urat darah kita yang mereka kehendaki, padahal kita tidak pernah merasakan keberadaan mereka

Barangkali kita semua memang harus diruqyah, supaya jin yang tinggal dalam urat darah kita itu tidak membelokkan aqidah Islamiyah kita, sehingga kita terhindar dari perbuatan syirik dan bid’ah, tidak terkecuali orang-orang yang ahli meruqyah?

Jin mempunyai kemampuan untuk masuk ke pembuluh darah yang memiliki sifat seperti sentruman yang dapat mengalir ke tubuh. Jin juga dapat membisik-bisiki, memanas-manasi, dan membakar hati manusia supaya menuruti hawa nafsunya. Jin menyusup melalui peredaran darah untuk mengganggu mekanisme tubuh dan jin menguasai frekuensi gelombang otak untuk mempengaruhi sistem syaraf yang berhubungan dengan pikiran,emosi, dan gerakan.

Jin yang masuk ke dalam pembuluh darah langsung menuju otak dan melalui otak, jin bisa mempengaruhi bagian mana saja karena memang dia sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh medis bahwa para penderita kesurupan memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.

Kesimpulannya, jika benar jin berjasad halus seperti udara, maka tidak mustahil bagi jin untuk masuk ke tubuh manusia seperti udara dan nafas keluar-masuk tubuh manusa. Ia masuk ke tubuh manusia seperti uang dimasukkan ke dalam amplop.

Al-Qadhi Abdul Jabbar al-Hamadzani berkata: “jika benar kesimpulan kami bahwa jin berjasad halus seperti udara, maka tidak mustahil baginya untuk masuk ke tubuh manusia sebagaimana udara dan nafas keluar masuk ke tubuh manusia. Hal ini tidak mengakibatkan bertumpuknya beberapa subtansi dalam satu wadah karena hal tersebut tidak akan ketemu kecuali dengan cara beriringan, bukan dengan cara menyatu. Ia masuk ke tubuh manusia seperti uang masuk ke dalam amplop

Sumber: http://islampos.com/jin-masuk-dalam-tubuh-manusia-melalui-jalan-darah-39068/
 
Kurang tidur?? :D

Mungkin ada jin dalam badan.. cuba dengarkan bacaan Ruqyah..

rasanya penghulu jin kot...mcm penghulu bunian tu kut...:)):)):))

kurang/lebih tido pun sama gak...sentiasa rasa mengantuk...

time skolah dulu2 yg plg best...siap leh tido sambil berdiri lagi sbb kena denda berdiri ...:eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register