BTC USD 83,391.7 Gold USD 4,110.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda

RapidPoints

Active Member
Messages
1,503
Joined
Nov 5, 2008
Messages
1,503
Reaction score
32
Points
45
Salam Alaikum,

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1

Download MP3 Al_Ruqyah_Al_Shariah_Full_by_Sheikh_Mishary_Rashid_Al-Afasy di bawah ini dan dengar sehingga tamat.

Code:
http://kongsifile.com/p7dxn09x282z/Al_Ruqyah_Al_Shariah_Full_by_Sheikh_Mishary_Rashid_Al-Afasy.mp3.html

Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3

Perhatikan setelah selesai... Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.



Tambahan

CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*


Semoga bermanfaat.
​
 
Last edited:
Thanks TT...berguna ya amat ni..:)
 
Kalau saka bleh wat cara nie ker?
 
perkara ghaib tiada manusia yang tahu,lihat kecuali dengan petunjuk Allah dan Rasul. wallahu 'alam
 
Kalau saka bleh wat cara nie ker?

InsyaAllah Boleh..

Saya pernah perdengarkan bacaan Ruqyah ini kepada individu yang disyaki ada saka dibadannya. Individu tersebut tidak tenteram dan seperti saka di dalam badannya merasa kesakitan apa bila mendengar bacaan Ruqyah. kalau ada ciri2 ini, Segera lah berubat..

Tenkiu tt..good info

Thanks TT...berguna ya amat ni..:)

TQ tt sbb share

Sama2 :)

Ini adalah perkongsian yang bagi saya sangat bermanfaat untuk semua..
Untuk pengetahuan bacaan ini juga boleh dijadikan rawatan untuk pelbagai jenis penyakit.
saya secara peribadi sentiasa mengamalkan pendengaran bacaan Ruqyah terutama sebelum tidur.

Saya dalam beberpa minggu yang lalu telah terlantar di hospital sebab menghidap strok di usia muda iaitu 25 tahun. Tiada sebab yang munasabah saya diserang penyakit ini dan doktor masih membuat analisa untuk mencari punca. Separuh badan saya tidak dapat digerakkan, tidak mampu berjalan dan tidak dapat bercakap.

Tapi Alhamdulillah.. berkat doa orang yang menyayangi saya dan berkat pendengaran bacaan Ruqyah di atas, saya telah pun pulih 95% dalam masa 1 minggu sahaja. Syukur.

Setiap kali badan saya rasa lemah semacam, saya dengar bacaan Ruqyah dan rasa lemah dan sakit anggota badan saya berkurang dan fikiran saya menjadi tenang :)

Semoga kita sama2 mendapat manfaat.

wallahualam.
 
Back
Top
Log in Register