BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Uji tandatangan

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Uji tandatangan


TEMERLOH: Polis tidak menolak kemungkinan mendapatkan bantuan Jabatan Kimia bagi mengesan kesahihan tandatangan yang terdapat pada borang permohonan pinjaman sebanyak RM1.2 juta membabitkan seorang bekas kerani syarikat kurier di Taman Bahagia, di sini.

Semalam, akhbar ini melaporkan bekas kerani terbabit, Hoh Chew Yue, 21, mendakwa nama dan tandatangannya digunakan bekas majikan membuat pinjaman berjumlah RM1.2 juta dari sebuah institusi kewangan tahun lalu dan akibatnya, dia berdepan kesukaran membuat pinjaman.


Hoh membuat laporan polis mengenai dirinya yang didakwa teraniaya selepas mendakwa majikannya mengaku menggunakan salinan kad pengenalan selain memalsukan tandatangannya untuk mendapatkan pinjaman itu.

Sumber polis berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan bantuan Jabatan Kimia bagi menentukan sama ada tandatangan gadis itu ditiru atau sebaliknya.


“Semua dokumen berkaitan dengan urusan pinjaman itu akan diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk ujian dan hasilnya dapat membantu siasatan kes itu. Kami perlu memastikan bahawa tandatangannya benar-benar ditiru atau dia sendiri yang menurunkan tandatangan.


“Kami sedang menunggu institusi kewangan berkenaan untuk menyerahkan dokumen berkenaan dan selepas itu kami akan menghantarnya ke Jabatan Kimia.

“Usaha ini adalah untuk keadilan kedua-dua pihak (pengadu dan tertuduh). Selepas kami menerima laporan dari Jabatan Kimia, kami akan memanggil pihak terbabit dan merakamkan kenyataan mereka,” kata sumber itu sambil menambah semua dokumen berkenaan dijangka diterima dari institusi kewangan berkenaan selewat-lewatnya hujung minggu depan.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ujitandatangan/Article/index_html
 
1001 cara org menipu..
 
1.2 juta leh approve dgn sign je ek...??? mcm x logik je nih... aku wat personal loan tahun lepas baru 200k pon mcm ape je lg borang² nk kena isi n sign.... haiyyaaa....ada betuii ka ini kes ammoii..???
 
mungkin betul la tu.. kalau dah dapat loan 1.2M buat apa lagi dia mengeluh susah nak buat loan lain..
 
Bukan dia amik semua, bagi sorang sikit la dng pegawai....
 
umur 21.. keje makan gaji ngan bos.. pastu leh approve pinjaman 1.2 million... naper bos dia nak pakai nama dia... ada cerita disebaliknya nie agaknyer... kalu umur 21.. agak2 korang la.. keje aper dia.. paling tinggi cert dia pun diploma.. kalu diploma mesti baru keje... kalu cert biasa.. berapa gaji dia... utk lepas pinjaman 1.2 million.. silap2 nak beli proton saga pun kena pakai guarantor... so... polis kena siasat bukan setakat penipuan tandangan.. tp camner loan leh approve by bank.. byk tue amount...
 
Back
Top
Log in Register