BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ugut bunuh isteri minta baju raya

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KAJANG: Hanya kerana inginkan sepasang baju baru untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, seorang isteri bukan saja cedera ditumbuk, ditendang dan dipijak malah turut diugut bunuh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi apabila suspek yang berusia 20-an berang kerana mangsa yang juga berusia 20-an sering kali memintanya membeli baju raya baru.


Akibat tidak tahan didesak mangsa, suspek bertindak luar jangkaan apabila menumbuk muka isterinya selain menendang dan memijak perut isterinya sehingga menyebabkan mangsa cedera di mata dan lebam di beberapa bahagian badan.

“Suspek juga turut mengugut untuk membunuh mangsa jika terus memintanya membelikan baju baharu.


“Mangsa yang kesakitan merayu tidak terus diperlakukan sedemikian, tetapi suspek tidak mengendahkan rayuan mangsa,” katanya.


Rashid berkata, jeritan mangsa berjaya menarik perhatian jiran berdekatan menyebabkan mereka bertindak pergi melihat apa yang berlaku sebelum menyelamatkan mangsa.

Bimbang suspek bertindak lebih kejam, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada hari yang sama.


“Sebaik mangsa membuat laporan, sepasukan polis dari IPD Kajang kemudian ke rumah suspek untuk menjalankan siasatan.


“Menyedari kehadiran polis, suspek bertindak melarikan diri,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan mengugut.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ugutbunuhisterimintabajuraya/Article/index_html
 
hari-hari keluar berita suami pukul isteri, isteri pukul suami... apo nak jadi ngan dunia kita ni...
 
ermm.. tekanan kewangan sebab semua tu..
 
semua barang naik rege...mental la gaji ciput, bini nak baju raya, anak nak baju raya...

tapi tak patut la belasah macam tu...jantan tak guna....
 
punca gaduh kadang isu remeh je...boleh settel kalau thinks rasional
 
kerana mendesak nak baju raya..
rumah nak bayor,api air lagi,minyak kenderaan lagi,makan minum lagi..
dapat-dapat pulok anak muda zaman lani kahwin berhutang..
 
Back
Top
Log in Register